wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 70

Worksheet time: 2hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

daripada

2.

Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam

a)

di

b)

pada

c)

hingga

d)

daripada

3.

Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.

a)

daripada

b)

hingga

c)

di

d)

dari

4.

Mak Cik Siti termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________ anaknya yang menuntut di Mesir.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

kepada

5.

Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang berwarna hitam.

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

hingga

6.

Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

dari

7.

Paras air sungai Rajang sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa

a)

pada

b)

dari

c)

hingga

d)

daripada

8.

Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu.

a)

demi

b)

bagi

c)

akan

d)

pada

9.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.

a)

di ... ke

b)

dari ... ke

c)

di ... kepada

d)

daripada ... kepada

10.

________________ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu ________ yang lain.

a)

Di ... terhadap

b)

Pada ... terhadap

c)

Di ... dengan

d)

Pada ... dengan

11.

Perompak itu menikam Pak Sharif __________ belakang semasa cubaan merompaknya.

a)

daripada

b)

ke

c)

pada

d)

dari

12.

Lagu 'Si Baju Hijau' ini ditujukan khas __________ para perajurit.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

demi

13.

Aduan __________ para pekerja kilang Tanako itu harus diberi perhatian.

a)

kepada

b)

dengan

c)

daripada

d)

dari

14.

"Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR, " kata ayah kepada Farhan. A di ...dengan B bagi ... pada C oleh ... di D akan ... dalam

a)

akan ... dalam

b)

atas ... pada

c)

dengan ... di

d)

dengan ... dalam

15.

Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik __________ awal hingga akhir permainan.

a)

dari

b)

di

c)

pada

d)

daripada

16.

Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.

a)

pada

b)

hingga

c)

sejak

d)

untuk

17.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang- undang negara.

a)

dengan

b)

kepada

c)

akan

d)

terhadap

18.

Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

a)

di

b)

kepada

c)

ke

d)

dengan

19.

Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.

a)

dengan

b)

akan

c)

kepada

d)

terhadap

20.

Tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan ___________ 14 April 2020.

a)

pada

b)

sejak

c)

sehingga

d)

untuk

21.
Hari ini ialah hari jadi Ahmad.
a)
betul
b)
salah
22.
Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
a)
betul
b)
salah
23.
Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
a)
betul
b)
salah
24.
Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.
a)
betul 
b)
salah
25.
Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.
a)
salah
b)
betul
26.
Tuduhan itu ialah palsu.
a)
betul 
b)
salah
27.
Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
a)
betul 
b)
salah
28.
Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
a)
betul
b)
salah
29.
Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.
a)
betul
b)
salah
30.
Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.
a)
betul 
b)
salah
31.
Ayahnya _______________seorang bekas polis.
a)
ialah
b)
adalah
32.
Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
a)
adalah
b)
ialah
33.
Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
a)
ialah
b)
adalah
34.
Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan
para pekerja sekolah ini.
a)
ialah
b)
adalah
35.
Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan
Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
a)
adalah
b)
ialah
36.

Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ______________ orang ibu bapa murid

a)

para

b)

semua

c)

beberapa

d)

sesetengah

37.

Encik Razif sampai di pejabat lewat ___________jam kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

a)

kelima

b)

separuh

c)

setengah

d)

segelintir

38.

Zarul mendapat tempat yang ____________ dalam pertandingan lumba lari itu.

a)

ketiga

b)

satu per tiga

c)

bertiga

d)

ketiga-tiga

39.

Tokoh sukan itu tidak menghiraukan kata-kata negatif__________orang terhadapnya apabila beliau kalah.

a)

para

b)

segala

c)

segelintir

d)

masing - masing

40.

Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.

a)

setiap

b)

sekalian

c)

separuh

d)

beberapa

41.

Anggota polis telah menembak mati ______ orang perompak yang merompak sebuah bank di ibu kota kota semalam.

a)

segala

b)

sebilangan

c)

kelima

d)

lima

42.

Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.

a)

sebahagian

b)

seluruh

c)

pelbagai-bagai

d)

pelbagai

43.

Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.

a)

satu

b)

kesatu

c)

johan

d)

pertama

44.

_____________________cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.

a)

Ribuan

b)

Semua

c)

Setengah-tengah

d)

Berbagai-bagai

45.

______________daripada penduduk setinggan di kawasan itu enggan berpindah ke penempatan baharu.

a)

Beberapa

b)

Sebahagian

c)

Setiap

d)

Semua

46.

Siti dan keluarganya akan bersiar-siar di taman itu pada _____________ petang.

a)

beberapa

b)

sesetangah

c)

tiap-tiap

d)

pelbagai

47.

Pihak kerajaan akan memastikan ____________ masalah yang disuarakan itu diselesaikan secepat mungkin.

a)

para

b)

segala

c)

seluruh

d)

separu

48.

Mui Leng akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang fotografi selama _____________ tahun di kolej.

a)

empat

b)

keempat-empat

c)

keempat

d)

satu per empat

49.

Fatin mengambil masa ____________ minggu untuk menyiapkan jahitan sulaman itu.

a)

ketiga

b)

beberapa

c)

pelbagai

d)

sebahagian

50.

Buah nangka ini akan dibahagi dua. Jadi, seorang akan dapat _____________.

a)

seperdua

b)

sepertiga

c)

seperempat

d)

seperlima

51.

Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.

a)

semua

b)

seluruh

c)

separuh

d)

sesetengah

52.

_________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.

a)

Setiap

b)

Segelintir

c)

Separuh

d)

Sebahagian

53.

_______________tubuhnya terasa lemah ____________kali diserang demam panas.

a)

Tiga suku..........sekalian

b)

Setengah ....... beberapa

c)

Seluruh....sekalian

d)

Seluruh....setiap

54.

Stadium itu penuh sesak dengan ___________penyokong Pasukan Hijau Kuning.

a)

puluhan

b)

ribuan

c)

setiap

d)

separa

55.

Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.

a)

beberapa

b)

beribu-ribu

c)

berkali-kali

d)

beratus-ratus

56.

Kerja-kerja menaiktaraf bangunan sekolah__________siap sebulan yang lalu.

a)

telah

b)

masih

c)

akan

d)

mesti

57.
Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.
a)
masih
b)
mesti
c)
sudah
d)
sedang
58.
“Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.
a)
akan
b)
sudah
c)
hendak
d)
belum
59.
Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
a)
sudah
b)
akan
c)
sedang
d)
masih
60.
Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.
a)
hendak
b)
akan
c)
masih
d)
mesti
61.
Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.
a)
masih
b)
hendak
c)
akan
d)
mesti
62.
Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.
a)
telah
b)
sedang
c)
akan
d)
sudah
63.
Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.
a)
telah
b)
mesti
c)
sedang
d)
hendak
64.
Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.
a)
telah
b)
masih
c)
belum
d)
akan
65.
Datuk_______belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.
a)
telah
b)
masih
c)
sudah
d)
akan
66.
Buah mangga ini _________dibasuh sebelum dimakan.
a)
sudah
b)
mesti
c)
mahu
d)
dapat
67.
Puan Maznah________menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan.
a)
telah
b)
sudah
c)
pernah
d)
belum
68.
Kamu________berhati-hati ketika melalui jalan yang licin itu.
a)
mesti
b)
masih
c)
belum
d)
boleh
69.
Saya________cuba memujuk adik yang sedang menangis itu.
a)
akan
b)
dapat
c)
mahu
d)
masih
70.
 Kakak saya________dinaikkan pangkat pada tahun hadapan.
a)
akan
b)
belum
c)
masih
d)
telah