Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Tatabahasa)
Total questions: 15
Worksheet time: 42mins
Apakah maksud Kata Ganda?
Proses pengulangan kata secara berseluruh atau bahagian tertentu
proses pengulangan makna pada sesuatu perkataan
proses pengulangan irama pada sesuatu perkataan
proses mengubah suai perkataan
Berapakah jenis kata ganda yang ada?
1
2
3
4
Antara berikut, yang manakah bukan termasuk dalam jenis kata ganda?
Kata ganda penuh
Kata ganda separa
Kata ganda imbuhan
Kata ganda terbitan
Antara berikut, yang manakah contoh yang betul bagi kata ganda penuh?
Layang-layang
kuih-muih
cecair
sayur-sayuran
Antara berikut, contoh manakah yang betul bagi kata ganda separa?
Pepohon
batu-bata
Rama-rama
sayang-menyayangi
Antara berikut, pilih contoh yang betul bagi kata ganda imbuhan.
kasih-mengasihi
Mandi-manda
Bayang-bayang
tergesa-gesa
Antara berikut, pilih contoh yang betul bagi kata ganda berirama/berentak
Lalu-lalang
lauk-pauk
kejar-mengejar
bukit-bukau
"Dedaun yang ada pada pohon tersebut jatuh berguguran"
Berdasarkan contoh di atas, kata ganda jenis apakah yang terdapat dalam ayat tersebut?
kata ganda imbuhan
kata ganda penuh
kata ganda berirama/berentak
kata ganda separa
"Pertandingan memancing tersebut telah berjaya menarik minat peserta-peserta dari seluruh Malaysia"
Berdasarkan contoh di atas, kata ganda jenis apakah yang terdapat dalam ayat tersebut?
kata ganda imbuhan
kata ganda separa
kata ganda berirama/berentak
kata ganda penuh
"Keluarga Yasmin menjalankan perniagaan menjual kuih tradisional secara kecil-kecilan"
Berdasarkan contoh di atas, kata ganda jenis apakah yang terdapat dalam ayat tersebut?
kata ganda penuh
kata ganda berirama/berentak
kata ganda separa
kata ganda berimbuhan
"Kami sekeluarga menjadikan aktiviti mendaki gunung-ganang sebagai hobi bagi mengisi masa lapang"
kata ganda berirama/berentak
kata ganda imbuhan
kata ganda separa
kata ganda penuh
Sila bina ayat berdasarkan contoh kata ganda penuh di bawah
Meja-meja
Sila bina ayat berdasarkan kata ganda berirama/berentak di bawah
Gotong-royong
Sila bina ayat berdasarkan kata ganda separa di bawah
Jejentik
Sila bina ayat berdasarkan kata ganda imbuhan di bawah
Berlari-berlarian
