NEW
Font size
WorksheetsUnit 6: Hubungan Mesra Keluarga Bahagia
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga akan....
menyayangi keluarganya dengan hati yang ikhlas.
memastikan anak-anak mendapat apa-apa sahaja yang mereka inginkan.
sanggup menghantar anak-anak ke sekolah swasta.
menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah yang sudah tidak upaya kepada pembantu rumah.
Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?
Hidup bahagia dan gembira.
Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.
Mesra dan saling bermaafan antara adik-beradik.
Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup.
Sebagai anak, apakah yang kamu lebih perlukan daripada ibu bapa?
Harta kekayaan
Rumah yang selesa
Wang yang cukup
Kasih sayang dan perhatian
Pendekatan terbaik mendidik anak-anak adalah....
berlembut dengan mereka.
mendengar kata mereka.
lembut, tetapi tegas.
berfikiran terbuka.
Yang berikut adalah peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak, kecuali...
mengasuh
mendidik
melindungi keluarga
menyediakan infrastruktur
Apakah reaksi kamu apabila dimarahi oleh ibu bapa?
menengking mereka
melawan cakap
menumbuk meja
berdiam diri
Puan Aminah memasukkan anaknya ke kelas seni selepas melihat anaknya gemar melukis.
Berdasarkan penyataan di atas, apakah peranan Puan Aminah terhadap anaknya?
Mengasuh
Mendidik
Membina personaliti
Menegur dan menasihati
Apakah erti kasih sayang yang utama yang harus dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak?
Merawatnya jika sakit.
Belaian dan perhatian untuk perkembangan emosi.
Mengawal pergerakan anak-anak.
Menegur perbuatan yang salah.
Ibu bapa yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anak sebaik mungkin, namun ada anak-anak yang dididik oleh pembantu rumah.
Yang manakah bukan kesan jika ibu bapa membiarkan pembantu rumah mengambil alih tugas utama mereka terhadap anak?
Anak-anak lebih menyayangi pembantu rumah.
Tidak mengenali personaliti anak-anak dengan mendalam.
Anak-anak lebih mendengar kata pembantu rumah daripada ibu bapa.
Ibu bapa berasa tenang untuk bekerja kerana aspek kebajikan anak dijaga oleh pembantu rumah.
Ibu yang menyayangi anak-anaknya akan melakukan perkara-perkara di bawah, kecuali...
sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya.
akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya.
memberikan anaknya kepada orang lain yang hidup lebih sempurna.
Penyataan berikut ialah kepentingan nilai kasih sayang terhadap keluarga, kecuali....
mewujudkan sebuah keluarga yang hidup dalam kemewahan.
sumber inspirasi untuk kejayaan.
pendorong untuk melakukan kebaikan.
melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia.
Bagaimana anak memberikan layanan yang sopan kepada keluarga?
Bercakap secara behemah dengan ahli keluarga.
Bermain telefon semasa makan.
Mencuci pinggan dengan kuat dan bising.
Menyanyikan lagi semasa ibu bapa menonton berita di ruang tamu.
Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?
Berdiam diri apabila ibu bapa bergaduh.
Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.
Tidak endah tentang masalah keluarga.
Sentiasa bersembunyi di dalam bilik tidur.
Salah satu cara menyayangi anggota keluarga adalah berkongsi masa suka dan duka.
ya
tidak
Yang manakah merupakan cara berkongsi masa suka dan duka dengan keluarga yang betul?
Memarahi ahli keluarga kerana beremosi.
Menemani ahli keluarga apabila mereka mempunyai masalah
Mendengar masalah yang diceritakan sambil bermain telefon.
Memberi komen yang kamu suka.
Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga kecuali
Ibu bapa dapat memberikan wang kepada anak-anak.
Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa.
Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan.
Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Semua yang berikut adalah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
Sembahyang bersama-sama
Bersenam bersama-sama
Merokok bersama-sama
Buat kerja rumah bersama-sama
Mewujudkan keluarga bahagia adalah kewajipan
Semua ahli keluarga
Bapa sahaja
Ibu sahaja
Anak-anak sahaja
Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali
Saling menyayangi
Saling menghormati
Saling iri hati
Peka akan perasaan anggota keluarga
Terdapat pelbagai etiket di rumah yang perlu diamalkan oleh anggota keluarga bagi menjaga _______________ dalam institusi keluarga.
keharmonian
kepincangan
kekecohan
kesederhanaan
