WorksheetsTEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah yang dimaksudkan dengan suhu badan?
Kesejukan dan kepanasan badan manusia.
Kesejukan badan manusia apabila terdedah pada air.
Darjah kepanasan dan kesejukan badan manusia.
Kepanasan badan manusia apabila duduk di hadapan api.
Apakah jenis termometer ini?
Termometer klinikal
Termometer makmal
Termometer infra merah
Termometer rektal
Apakah jenis termometer ini?
Termometer klinikal
Termometer makmal
Termometer infra merah
Termometer rektal
Apakah jenis termometer ini?
Termometer digital
Termometer makmal
Termometer infra merah
Termometer rektal
Apakah jenis termometer ini?
Termometer digital
Termometer makmal
Termometer infra merah
Termometer rektal
Berapakah suhu badan manusia yang normal?
35°C
36.9°C
37°C
26.9°C
Apakah kegunaan utama termometer rektal?
Mengukur suhu badan manusia ketika demam.
Mengukur suhu badan bayi yang berumur kurang 3 bulan.
Mengukur kepanasan badan manusia dan diletakkan di bawah ketiak.
Mengukur suhu badan manusia di bawah lidah.
Antara berikut, ciri yang manakah benar mengenai termometer klinikal?
Tiada pencerutan.
Boleh mengukur suhu dalam julat antara -10oC hinggan 110oC.
Boleh digunakan untuk mengukur suhu pepejal dan cecair semasa eksperimen.
Mempunyai senggatan yang kecil dengan nilai maksimum adalah 43oC.
Situasi berikut menyebabkan suhu badan meningkat kecuali
bersenam
jangkitan penyakit
tekanan darah tinggi
nyahhidrat
Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan darah?
Tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri semasa peredaran darah ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh badan.
Tekanan yang dikenakan oleh jantung pada salur darah ketika darah dipam ke seluruh badan.
Tekanan yang dikenakan pada jantung semasa peredaran darah ke seluruh badan.
Tekanan pada jantung ketika jantung mengepam darah ke seluruh badan.
Berapakah bacaan tekanan darah pada manusia normal?
120/80
135/85
145/90
180/120
Apakah unit pengukuran tekanan darah?
cm Hg
km Hg
mm Hg
mm Hb
Berikut merupakan alat pengukuran tekanan darah, sfigmomanometer kecuali
Pengambilan makanan apakah yang membuatkan tekanan darah menjadi tinggi?
Daging lembu
Daging kambing
Garam
Gula
Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Jisim Badan?
Ukuran jisim badan berbanding ketinggian.
Ukuran jisim badan berbanding kalori.
Ukuran jisim badan berbanding kegemukan.
Ukuran jisim badan berbanding lilitan pinggang.
Antara yang berikut, yang manakah masalah kesihatan yang akan dialami oleh individu dengan BMI melebihi 30?
Penurunan daya tahan penyakit.
Keletihan yang kronik.
Penyakit jantung.
Anemia.
Jika berat badan Kevin adalah 70 kg dan ketinggiannya adalah 1.45 m, apakah yang boleh dikatakan tentang kategori BMInya?
Kurang berat
Berat normal
Berat berlebihan
Obes
Makcik Kiah mempunyai seorang anak, Arianti, yang mempunyai masalah jisim badan berlebihan. Jika anda adalah seorang pakar pemakanan, apakah saranan anda kepada Arianti untuk mencapai berat badan yang ideal?
Berlari sejauh 5 kilometer setiap hari.
Berhenti mengambil gula sepenuhnya.
Buat beberapa perubahan dalam cara pemakanan.
Menukarkan tiga hidangan makanan kepada satu.
Mengapa denyutan nadi manusia meningkat ketika membuat kerja-kerja yang lasak?
Denyutan jantung meningkat kerana jantung mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan.
Darah dalam badan mengalir laju.
Metabolisme badan meningkat.
Banyak tenaga diperlukan bagi melakukan kerja-kerja berat.
Antara berikut, yang manakah titik nadi pada badan kita?
Hujung jari
Belakang telinga
Pergelangan kaki
Pergelangan tangan
