wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PUTARAN DAN PEREDARAN BUMI - TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan bumi. Ia berputar ______________ .

a)

24 jam sehari

b)

12 jam sehari

c)

dari timur ke barat

d)

mengelilingi bulan

2.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh bumi untuk beredar mengelilingi matahari?

a)

100 hari

b)

365 1/4 hari

c)

24 jam

d)

6 bulan

3.

Bagaimanakah siang dan malam terjadi?

a)

Apabila matahari berputar pada paksinya

b)

Apabila bumi berputar pada paksinya

c)

Apabila bumi bergerak pada orbit yang bujur

d)

Apabila bumi beredar mengelilingi matahari

4.

Matahari terbit di sebelah?

a)

Barat

b)

Timur

c)

Utara

d)

Selatan

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN kesan putaran bumi?

a)

Perubahan fasa bulan

b)

Kejadian siang dan malam

c)

Kedudukan matahari kelihatan berubah-ubah

d)

Arah bayang-bayang objek di bumi berubah

6.

Rajah di atas menunjukkan putaran bumi pada paksinya. Pilih pernyataan yang benar.

a)

Satu putaran lengkap mengambil masa 1 jam

b)

Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam

c)

Menyebabkan kejadian fasa bulan

d)

Menyebabkan kejadian gerhana

7.

Rajah di atas menunjukkan sebatang pokok. Pada pukul berapakah bayang-bayang itu terbentuk?

a)

9.00 a.m

b)

12.00 p.m

c)

3.00 p.m

d)

5.00 p.m

8.

Putaran dan peredaran bumi mengikut _______________________.

a)

arah lawan jam iaitu barat ke timur

b)

arah lawan jam iaitu timur ke barat

c)

arah jam iaitu barat ke timur

d)

arah jam iaitu timur ke barat

9.

Pilih pernyataan yang betul tentang perubahan kedudukan matahari.

a)

Apabila matahari kelihatan rendah di langit, bayang-bayang objek adalah pendek.

b)

Apabila matahari kelihatan tinggi di langit, bayang-bayang objek adalah panjang.

c)

Arah bayang-bayang adalah sama dengan kedudukan matahari.

d)

Apabila matahari kelihatan rendah di langit, bayang-bayang objek adalah panjang.

10.

Bagaimanakah putaran bumi pada paksinya?

a)

Dari utara ke selatan

b)

Dari barat ke timur

c)

Dari timur ke barat

d)

Dari selatan ke utara

11.

Semasa bumi berputar, ia juga beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Apakah maksud orbit?

a)

Landasan atau jalan di ruang angkasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

b)

Jalan yang menghubungkan semua planet di angkasa

c)

Landasan yang menghubungkan jalan-jalan di bumi

d)

Jalan yang digunakan untuk menerokai angkasa

12.

Berdasarkan rajah, bahagian bumi yang manakah menunjukkan hari siang?

a)

J

b)

K

c)

L

d)

M

13.

Kejadian malam dibumi terjadi apabila?

a)

Matahari dilindungi awan tebal.

b)

Matahari dihalang oleh bulan.

c)

Bumi menghadap matahari dan menerima cahaya matahari.

d)

Bumi membelakangi matahari dan tidak menerima cahaya matahari.

14.

Daniel tinggal di tempat R. Apakah yang sedang dia lakukan pada waktu itu?

a)

Dia sedang tidur.

b)

Dia sedang bersarapan.

c)

Dia sedang bermain bola di padang.

d)

Dia sedang belajar di sekolah.

15.

Maklumat di atas menunjukkan ciri-ciri bagi objek X. Apakah objek X?

a)

Bulan

b)

Bumi

c)

Bintang

d)

Komet

16.

Dalam arah manakah bayang-bayang suatu objek akan terbentuk pada waktu petang?

a)

Menghala ke utara

b)

Menghala ke selatan

c)

Menghala ke timur

d)

Menghala ke barat

17.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan arah putaran bumi yang betul?

a)
b)
c)
d)
18.

Garisan X merupakan garisan yang menganjur secara condong di antara kutub utara ke kutub selatan . Namakan garisan X .

a)

Paksi bumi

b)

Orbit bumi

c)

Garisan kutub

d)

Garisan condong

19.

Di samping berputar pada paksinya, pada masa yang sama bumi beredar mengelilingi _______________.

a)

matahari

b)

bulan

c)

planet lain

d)

bintang

20.

Pada waktu tertentu, bayang-bayang hampir tidak kelihatan di bumi walaupun kita berada di tempat lapang semasa cuaca panas.


Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Matahari berada di sebelah timur.

b)

Matahari telah terbenam.

c)

Matahari berada tegak di atas kita.

d)

Matahari terlindung di sebalik awan