NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tingkatan 2: Bab 7
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Siapakah nama wakil yang mentadbir Pahang semasa Pahang masih belum ada sultan yang dilantik?
A. Seri Bija Diraja
B. Bendahara Tun Perak
C. Laksamana Hang Kesturi
X terletak dalam negeri Pahang. Kawasan ini merupakan pusat pemerintahan awal negeri Pahang. Nyatakan.
A. Tanah Abang
B. Pekan
C. Riau
Berikut merupakan faktor Sultan Abdul Jamil Shah dianggap sebagai Sultan Pahang yang masyhur KECUALI,
Mempertahankan Pahang daripada ditawan oleh kerajaan Siam.
Mengekalkan hubungan diplomatik yang harmoni dan baik dengan kerajaan Melaka.
C. Membantu negeri-negeri yang dikuasai kesultanan Melaka memerdekakan negeri masing-.masing.
Berdasarkan pernyataan di bawah manakah yang sesuai menyebabkan pusat-pusat pentadbiran kerajaan Melayu sentiasa bertukar-tukar.
A. Mengekalkan kekuatan sultan yang memerintah negeri.
B. Mengekalkan kedaulatan, mengurangkan ancam luar dan memajukan ekonomi negeri masing-masing.
C. Memudahkan pemerintah negeri Pahang dapat bersuka ria, lebih bersemangat.
Antara nama-nama di bawah, yang mana satu merupakan sultan Perak yang pertama?
A. Sultan Mahmud Riayat Shah
B. Sultan Muzaffar Shah
C. Sultan Ahmad Shah
Sultan Perak yang pertama merupakan putera Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Nama dua orang pembesar Perak yang telah menjemput anak sultan Melaka itu ialah,
A. Tun Sabar dan Sarjan kassim
B. Tun Saban dan Nakhoda Kassim
C. Tun Saban dan pembesar berempat.
Berikut merupakan alat-alat kebesaran kerajaan Perak KECUALI
A. Keris
B. Cap mohor
C. Payung Simanjakini
Raja Petani dari wilayah selatan Siam telah bertanggungjawab melantik sultan Terengganu yang pertama. Antara berikut yang mana satu BETUL menjelaskan nama sultan Terengganu yang pertama tersebut.
A. Sultan Zainal
B. Sultan Zainal Shah
C. Sultan Zainal Abidin I
Kawasan wilayah pemerintahan kerajaan Terengganu meliputi kawasan Kemaman hingga Besut. Antara penyataan di bawah mana satu BETUL merupakan pusat pemerintahan pertama Terengganu?
A. Tanjung Baru, Kuala Berang
B. Tanjung Batu , Kuala Kemaman
C. Tanjung Pura, Kuala Berangan.
Pada pendapat anda, yang mana satu BETUL sumbangan Sultan Zainal Abidin III sehingga membawa kepada kemakmuran kerajaan Terengganu pada masa lalu?
A. Membina jaringan jalan keretapi.
B. Menggubal Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu.
C. Membina alat sistem sukat dan timbang yang lebih memguntungkan pedagang dari kerajaan Terengganu.
Sultan Selangor yang pertama digelar Sultan Sallehuddin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Lumu.
Antara berikut yang mana satu BENAR mengenai cara pelantikan sultan pertama Selangor ini.
A. Raja Lumu menghadap Sultan Mahmud Shah di Melaka untuk mendapatkan pengiktirafan.
B. Membantu Melaka menentang Portugis dan Acheh.
C. Memberikan hadiah kepada sultan Melaka.
Pusat pemerintahan Selangor yang pertama terletak di,
A. Klang
B. Kelang
C. Kuala Selangor
Antara penyataan berikut, pada pendapat anda yang mana satu PENTING menjadi tanggungjawab seorang pemimpin pada masa kini?
A. Mengekalkan kebersihan.
B. Menyediakan tempat rekreasi masyarakat.
C. Mengekalkan perpaduan kaum dan melahirkan rakyat yang berilmu dan berdisiplin .
Namakan Undang-undang yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan negeri Perak.
A. Undang- undang laut Perak
B. Undang-undang 99 Perak.
C. Undang-undang Kanun Perak.
Pada pendapat anda, mengapakah pusat-pusat pentadbiran kerajaan Melayu sentiasa berubah?
A. Mencari tanah pertanian yang subur.
B. Mengelakkan daripada bertembung dengan kuasa luar yang lain.
C. Mengekalkan kedaulatan, memajukan ekonomi dan mengelakkan ancaman musuh.
Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di negeri Pahang?
A. Sistem pewarisan takhta
B. Sistem perkahwinan putera raja dan puteri raja antara wilayah.
C. Sistem penggiliran takhta yang ditentukan oleh bendahara dan pembesar negeri.
X merupakan gelaran bagi pewaris takhta Terengganu. Yang mana satu BETUL nama gelaran X,
A. Tuan yang terutama
B. Yang di Pertuan Muda
C. Yang Mulia di Pertuan muda
Di negeri Selangor, Dewan Di- Raja merupakan institusi yang membantu dan menasihati sultan.
Anggota dalam Dewan Di-Raja Selangor terdiri daripada tokoh-tokoh di bawah KECUALI,
A. Raja Muda
B. Tengku Bendahara
C. Tengku Penghulu Bendahari
Aspek utama warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah tokoh X yang menjadi tonggak utama kerajaan yang berasaskan Adat Temenggung.
Siapakah tokoh X ?
A. Sultan
B. Pembesar berempat
C. Bendahara dan Temenggung.
Negeri-negeri Melayu mewarisi agama Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh hal demikian, agama ini menjadi __________ di semua negeri yang beraja sehingga hari ini.
A. agama dominan
B. agama ikutan segelintir rakyat
C. agama rasmi
