WorksheetsKata Kerja Tahap 2
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Cikgu Malim ________ ke hospital setelah mendapat tahu anaknya ditimpa kemalangan.
bergegas
bergerak
berjalan
berlari
Pada setiap hujung minggu, saya akan menemani ibu _______ sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar raya yang berhampiran.
menjual
membeli
menawar
membawa
Lawatan tersebut ________ oleh 36 orang murid dan 4 orang guru pengiring.
disertai
dilawati
dihadiri
diceburi
Malam itu Azizah tidak dapat _______ matanya kerana terbayangkan penderitaan kawannya.
merapatkan
melelapkan
mengelipkan
membukakan
Burung hantu ________ pada dahan pokok itu.
duduk
berdiri
hinggap
berada
Kita hendaklah ________ kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
melepaskan
membuangkan
meletakkan
menanggalkan
Kamal ________ buah rambutan di kebunnya dengan sebatang galah yang panjang.
merentap
menjolok
menolak
memukul
Para petani bermandi peluh semasa ________ padi di tengah sawah padi.
memarut
meraut
mengerat
menuai
Ayam betina sedang _______ telur-telur di sangkarnya.
mengait
mengeram
mencakar
menyimpan
Ibu _______ pakaian yang baru dibasuh di ampaian.
membasuh
membaling
menyidai
menggosok
Doktor itu memberi _______ kepada John yang menghidapi demam panas.
panahan
suntikan
minuman
cairan
Kakak _______ baju yang kotor di dalam sebuah baldi.
merendam
merenjis
menyimbah
menyiram
Air di dalam besen _______ keluar kerana paip air lupa ditutup.
membuak
mengalir
memecik
melimpah
Tok Ngah masih menggunakan kerbau untuk __________ sawahnya.
membanting
menuai
membajak
menyemai
Air yang dijerang oleh Puan Zaitun telah ___________.
menggigil
mengering
melimpah
mendidih
