Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tugasan Sains T3 (7) - 4.2 Siri kereaktifan logam

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Pilih persamaan oksida logam yang benar.

a)

Ferum + Oksigen → Ferum oksida

b)

Magnesium + Oksida → Magnesium oksida

c)

Zink + Oksigen → Zink oksigen

d)

Aluminium + Oksigen → Aluminium oksida

2.

Pilih pemerhatian yang tepat bagi logam zink dalam eksperimen untuk menentukan siri kereaktifan logam.

a)

Terbakar dengan sangat cerah dan sangat cergas.

b)

Terbakar dengan cerah dan cergas.

c)

Berbara dengan cerah dan kurang cergas.

d)

Berbara dengan malap dan perlahan.

3.

Pernyataan manakah yang benar tentang kereaktifan logam-logam tersebut?

a)

Magnesium lebih reaktif daripada kalsium.

b)

Natrium lebih reaktif daripada magnesium.

c)

Zink kurang reaktif daripada magnesium.

4.

Hidrogen terletak di antara .... dan .... di dalam siri kereaktifan logam.

a)

karbon

b)

zink

c)

aluminium

d)

ferum

5.

Pilih unsur-unsur yang tidak bertindak balas dengan oksigen.

a)

Emas

b)

Zink

c)

Platinum

d)

Perak

6.

Logam bertindak balas dengan .... dalam udara untuk membentuk ....

a)

oksigen, logam oksigen

b)

karbon dioksida, oksida logam

c)

oksida, oksida logam

d)

oksigen, oksida logam

7.

Apakah fungsi hablur kalium manganat (VII) di dalam eksperimen tersebut?

a)

Menghalang oksigen daripada terbebas ke persekitaran.

b)

Sebagai mangkin

c)

Membekalkan oksigen ke persekitaran dalam tabung uji.

d)

Tiada jawapan.

8.

Berikut merupakan unsur-unsur logam yang boleh bertindak balas dengan oksigen:

  • Zink, Plumbum, Ferum, Aluminium

Susun unsur-unsur tersebut mengikut kereaktifan dalam susunan menurun.

a)

Ferum, Zink, Aluminium, Plumbum

b)

Zink, Aluminium, Plumbum, Ferum

c)

Aluminium, Plumbum, Ferum, Zink

d)

Aluminium, Zink, Ferum, Plumbum

9.

Mengapakah logam seperti emas dan perak tidak bertindak balas dengan oksigen?

a)

Kerana emas dan perak terlalu reaktif.

b)

Kerana emas dan perak merupakan logam yang bernilai sangat tinggi.

c)

Kerana emas dan perak merupakan logam yang tidak reaktif.

d)

Kerana emas dan perak tidak serasi dengan oksigen.

10.

Semakin .... kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam, semakin .... untuk hidrogen menyingkirkan oksigen.

a)

tinggi, mudah

b)

rendah, sukar

c)

rendah, mudah

11.

Logam disusun dalam siri kereaktifan logam berdasarkan tindak balas logam terhadap (a)   (karbon/oksigen).


Pilih salah satu jawapan dalam kurungan di atas.

12.

Logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam ialah (a)   (kalsium/kalium).


Pilih salah satu jawapan dalam kurungan di atas.

13.

Siri kereaktifan logam diaplikasikan dalam (peleburan/pengekstrakan) logam daripada bijihnya.


Pilih salah satu jawapan dalam kurungan di atas.

(a)  

14.

Nyalaan yang marak menunjukkan logam yg mempunyai tindak balas yang ____________________.

a)

sangat reaktif

b)

kurang reaktif

15.

Mengapakah karbon termasuk dalam siri kereaktifan logam?

a)

Karbon bertindak balas dengan logam dan oksigen untuk menghasilkan logam oksida

b)

Karbon adalah unsur logam yang bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida

c)

Karbon adalah unsur bukan logam yang bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida

d)

Karbon adalah unsur bukan logam yang tidak bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida