NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Tingkatan 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10hrs 0mins
Orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia dan lebih suka akan budaya Barat. Mereka sepatutnya menjunjung adat dan budaya tempatan kerana .......
Bagai limau masam sebelah
Biar mati anak jangan mati adat
Balik belakang lain bicara
Biar putih tulang jangan putih mata
Remaja sekarang lebih mementingkan trend semasa dan hidup dalam kelompok mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan orang tua-tua. Mereka hanya memikirkan diri masing-masing seperti ................
Enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Elok lenggang di tempat datar
Embun di hujung rumput
Enggang lalu ranting patah
Walaupun kita mengejar kemajuan, namun jangan menggadaikan budaya sendiri. Kita memang sedang menuju ke arah kemajuan agar setanding dengan negara maju, bak kata peribahasa ..........
Dalam berselam, diangkat berjingkat
Dalam dua, tengah tiga
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Ayah berusaha untuk menyelesaikan prselisihan faham rakan-rakannya itu dengan berhati-hati agar tidak seorang pun daripada mereka yang berkecil hati.
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Ibarat perahu takkan karam sebelah
Ibarat melukut di tepi gantang
Emak sukar membuat pilihan apabila melihat pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian yang terkenal di Kuala Lumpur.
Rambang mata
Ranting reput
Rezeki mata
Runtuh iman
Setelah bekerja dan berjaya mendapat jawatan yang tinggi di Kuala Lumpur, dia jarang pulang ke kampung walaupun ibunya sedang sakit.
Seperti menangguk di air keruh
Seperti menunggu buah yang tak gugur
Seperti kacang lupakan kulit
Seperti rusa masuk kampung
Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan mengenakan caj baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang mengalami masalah rumah terbengkalai.
Menangguk di air keruh
Macam ular kekenyangan
Makin banyak orang, makin banyak niat
Mahal dibeli sukar dicari
Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang pelajar yang sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak menunjukkan perubahan.
Mabuk di enggang lalu
Mengangkat bendera putih
Malas bergarit perut perit
Mencurah garam ke laut
Setelah berjaya memperoleh ijazah pendidikan, Cikgu Razali kembali menabur bakti untuk mengajar murid-murid di sekolah.
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dakwat dengan kertas
Belut pulang ke lumpur
Burung terbang dipipiskan lada
Rugi dalam sesuatu perniagaan.
Gaji buta
Gelap mata
Gigit jari
Gulung tikar
Melakukan sesuatu mengikut kemampuan.
Ukur baju di badan sendiri
Ucap habis niat sampai
Ukur mata dengan telinga
Udang hendak mengatai ikan
Seseorang yang tidak menghargai pemberian orang lain.
Seperti anjing bertemu pasir
Seperti kera mendapat bunga
Seperti anai-anai makan kayu
Seperti kucing dapat tikus
Ayah tidak akan meminta Rahmat membaiki motosikalnya lagi kerana dia selalu menambahkan kerosakan pada barang yang dibaikinya.
Bagai gagak menggonggong telur
Bagai tikus membaiki labu
Bagai kucing lepas senja
Bagai ayam mengeram telur
Walaupun Tuan Malik telah meninggal dunia enam tahun yang lalu, namun setiap jasa dan sumbangannya kepada penduduk kampung menjadi sebutan.
Harimau menunjukkan belangnya
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari
Hidup segan mati tak mahu
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Tidak hilang martabat, darjat atau pangkat seseorang itu biarpun dia seorang yang merendah diri.
Ukur mata dengan telinga
Untung bagai untung kapas
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Ubur-ubur airnya hitam
Perselisihan faham antara adik-beradik tidak akan berpanjangan dan mereka akan berbaik-baik semula.
Biar putih tulang, jangan putih mata
Biduk lalu kiambang bertaut
Burung terbang dipipiskan lada
Bagai aur dengan tebing
Membahagikan sesuatu barang dengan adil dan saksama.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Habis kapak berganti beliung
Harta orang hendak digalas
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Semua keputusan bergantung kepada diri sendiri untuk melakukannya.
Digantung tinggi, dibuang jauh
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Dicocok orang hidungnya
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
Kita perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.
Lain padang lain belalang
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negara sendiri
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu sama dengan yang lain. Jika seseorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.
Ibarat perahu takkan karam sebelah
Ibarat air dicincang takkan putus
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
