Font size
WorksheetsKUIZ 3 - F4
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Hemah Tinggi
Kasih Sayang
Hormat
Baik Hati
Bertolak Ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahtheraan hidup diri dan orang lain. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Hemah Tinggi
Kasih Sayang
Hormat
Toleransi
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kasih Sayang
Hormat
Toleransi
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Hormat
Toleransi
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengikhtirafan dan penghargaan. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Berterima Kasih
Toleransi
Berupaya menjaga maruah diri. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Berterima Kasih
Harga Diri
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan memathui segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kebebasan
Berterima Kasih
Harga Diri
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kebebasan
Rasional
Harga Diri
Berdasarkan sedutan berita tersebut;
Siapakah golongan sasaran?
(klik gambar untuk lebih jelas)
Murid sekolah
Masyarakat umum
Gelandangan
Orang ramai
Apakah maksud gelandangan?
Haiwan ternakan yang berkeliaran di tempat umum
Masyarakat Umum yang berjogging di tempat umum
Pasangan muda-mudi yang sedang bersiar-siar
Orang yang tidak
mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap
Apakah sikap yang dipamerkan oleh masyarakat yang membantu golongan gelandangan.?
Mempunyai wawasan
Berpandangan jauh
Berperikemanusiaan
Imaginasi tinggi
Nyatakan 3 nilai universal yang boleh anda pelajari dengan mengamalkan sikap berperikemanusiaan.
Tinggi diri
Hemah Tinggi
Kepercayaan kepada Tuhan
Kasih Sayang
Sedutan berita di atas adalah berkaitan dengan kes pembuangan bayi.
Apakah perasaan anda apabila mendengar berita tentang pembuangan bayi ?
Teruja
Kecewa
Sedih
Geram
Berikut adalah kepentingan berperikemanusiaan
Menjejaskan maruah dan imej diri
Melahirkan masyarakat penyayang
Melahirkan masyarakat harmoni
Meningkatkan ego masyarakat
- Sikap seperti tolong-menolong, baik hati dan berkerjasama akan wujud ketika membantu orang yang dalam kesusahan
- Anggota masyarakat akan bersatu padu dan bermuafakat dalam segala aspek kehidupan
Penyataan di atas merujuk kepada kepentingan berperikemanusiaan dalam aspek
Melahirkan masyarakat yang harmoni
Keselamatan masyarakat terjamin
Persepakatan dalam masyarakat dapat diperkukuhkan
Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang
Apakah yang dimaksudkan dengan perikemanusiaan?
Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani
Sifat yang wajar bagi manusia seperti , tolong-menolong dan mengasihani
Sifat yang wajar bagi manusia seperti mengasihani
Sifat yang tidak wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani
Berikut adalah perlakuan berperikemanusiaan untuk kesejahteraan masyarakat kecuali,
Membantu mangsa bencana alam
Menjaga dan memberikan perlindungan kepada haiwan
Memberikan bantuan kepada golongan gelandangan
Memberikan sumbangan kepada orang miskin
Melayan pekerja dengan tidak adil
Yang manakah kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan?
Pegangan agama dan nilai moral dalam kehidupan menjadi goyah
Mengancam keselamatan dan kesihatan golongan yang terabai
Jurang komunikasi dan nilai kehidupan terjejas
Kehidupan masyarakat sejagat semakin harmoni
Nyatakan perasaan anda apabila dapat mengamalkan nilai berperikemanusiaan
Bangga
Gembira
Menyesal
Sedih
Gambar menunjukkan pergaduhan suami isteri dalam sesebuah keluarga sehingga menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
Nyatakan dua nilai universal yang harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga untuk mengelakkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
KASIH SAYANG
HORMAT
RASIONAL
TOLERANSI
Terangkan dua punca yang menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan
Anggota keluarga yang sering sibuk bekerja
Pengaruh dadah
Vandalisme
Tiada ketua keluarga
Ramalkan dua kesan terhadap anak-anak jika hubungan keluarga semakin renggang.
Anak-anak terlibat dalam kegiatan gejala sosial
Anak-anak tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain
Anak -anak akan berjaya dalam pelajaran
Keluarga akan lebih bahagia
Berikan ciri integriti keluarga.
Saling Menghormati
Integriti
individualistik
Angkuh
Nyatakan dua cara Andy menunjukkan integriti keluarga apabila berlaku percanggahan pendapat tentang pemilihan kerjaya dengan ayahnya.
Menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat ayahnya
Bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara terhadap ayahnya
Tetap dengan pilihan diri
Meninggikan suara sekiranya ayah meninggikan suara
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan pergaduhan dalam kalangan ahli keluarga ketika berbincang sesuatu perkara.
Memberi pendapat sebab pendapat diri sendiri lebih baik
Tidak memandang rendah terhadap pendapat ahli keluarga yang lain
Mengejek pandangan ahli keluarga yang lain
Menerima sahaja apa keputusan ahli keluarga tanpa memberikan pandangan
Nyatakan kesan yang mungkin berlaku jika anggota keluarga melakukan perbuatan yang tidak berintegriti
meruntuhkan institusi kekeluargaan
kerosakkan akhlak dalam kalangan anggota keluarga
Imej keluarga akan terjejas
Keluarga akan bahagia
Apakah kesan perbuatan tidak berintegriti terhadap negara
Keamanan negara terjejas
Maruah diri tercemar
Hubungan kekeluargaan renggang
Gelap masa depan
Bagaimana cara untuk menangani masalah plagiarisme semasa melakukan kerja kursus seni di sekolah
Kerja kursus seni ditolak dan tidak diberi markah.
Kerja kursus seni dipotong markah
Kerja kursus seni diterima dan diberi markah penuh
Kerja kursus seni ditolak dan buat semula Kerja kursus seni yang baru
Gambar diatas berkaitan dengan kes pembuangan bayi. Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh ibu - bapa bayi berkenaan?
Kasih sayang
Hormat
Harga diri
Kasih sayang terhadap keluarga
Mengapakah kes pembuangan bayi tetap berlaku?
Kurang didikan awal
Pergaulan bebas lelaki dan perempuan
Masalah kewangan
Vandalisme
#Melindungi haiwan
#Menjaga kebajikan pekerja
#Memelihara dan memulihara alam sekitar
sikap - sikap di atas menunjukkan perlakuan
Berperikemanusiaan
Kasih sayang
Pecinta alam
berintegriti
Cadangkan tiga langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi di negara kita
Mengadakan kempen kesedaran berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak
Mengadakan kursus keibubapaan
Memberi elaun kepada ibu bapa muda
Menggalakkan perkahwinan dibawah 16 tahun
Terangkan dua kesan akibat banjir kepada rakyat
Merosakkan harta benda. Mangsa terpaksa menanggung kerugian
Menyebarkan penyakit merbahaya. Penduduk terputus bekalan air bersih
Ekonomi negara terjejas. Kilang tidak dapat beroperasi
Kerajaan terpaksa memberi bantuan khas banjir. Supaya beban masyarakat dikurangkan
Nyatakan bentuk bantuan yang boleh anda berikan kepada mangsa banjir
Bantuan kebendaan
Bantuan sara hidup
Bantuan pekerjaan
Bantuan tempat tinggal
Cadangkan dua cara untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan bandar
Tidak boleh membuang sampah sarap ke dalam sungai dan longkang
Membina sistem perparitan yang terancang memudahkan aliran air hujan
Membina terowong SMART dengan lebih banyak untuk mengurangkan kesesakan trafik
Mencetekkan sungai dan longkang
Berikut adalah kepentingan sikap berperikemanusiaan. Kecuali
Menjejaskan maruah dan imej diri
Mewujudkan masyarakat yang prihatin
Mengukuh perpaduan masyarakat
Melahirkan masyarakat yang harmoni
Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh anggota masyarakat yang sanggup membantu mangsa banjir.
Baik hati, dengan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan
Kepercayaan kepada tuhan.
Kasih sayang
Kasih sayang, dengan mengecam mangsa banjir yang meminta - minta bantuan
Berikut merupakan kesan negatif mengabaikan sikap berperikemanusiaan, kecuali.
Menjejaskan maruah dan imej diri
Kepupusan haiwan akan berlaku
Masalah pembuangan bayi akan berkurang
Masalah penderaan kanak - kanak akan meningkat
Apakah tujuan penubuhan Persatuan Aktivis Sahabat Alam?
Memperjuangkan nasib alam sekitar dengan pelbagai pendekatan dan merangkumi semua golongan masyarakat.
Memperjuangkan nasib hutan hujan negara dengan pelbagai pendekatan dan merangkumi semua golongan masyarakat.
Memperjuangkan nasib hidupan liar Malaysia bersama- sama pelajar sekolah
Memperjuangkan nasib alam sekitar dengan pelbagai pendekatan melibatkan pelajar universiti awam dan swasta negara
Berikan maksud nilai Kepercayaan Kepada Tuhan?
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing.
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing- masing selaras dengan prinsip Negara merdeka
Apakah maksud Nilai Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.
Perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan terima kasih
Ucapan terima kasih
Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik ke dalam sungai menyebabkan banyak hidupan akuatik mati. Sejumlah besar kos terpaksa dikeluarkan untuk membersihkan sungai tersebut.
Sebagai individu yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang patut dilakukan untuk memelihara alam sekitar.
Tidak membuang sisa domestik ke dalam sungai
Melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak aktiviti memancing di sungai
Menyertai kempen cintai sungai kita yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PBT
menyebarkan berita yang bersifat provokasi untuk menaikkan bilangan pengikut di media sosial
Zuki seorang pemuda OKU telah datang ke pejabat pos untuk membayar bil utiliti. Ketika sampai di pejabat pos, terdapat ramai orang sedang berbaris panjang. Oleh itu, dia beratur dibelakang pelanggan lain untuk mengambil nombor giliran. Sekiranya anda berada di dalam barisan tersebut, apakah tindakan berperikemanusiaan yang akan anda ambil?
Beratur seperti biasa
Meminta orang lain memberikan laluan kepada Zuki
Memberikan giliran anda kepada Zuki
Tidak pedulikan Zuki
Seorang pemuda OKU telah datang ke pejabat pos untuk membayar bil utiliti. Ketika sampai di pejabat pos, terdapat ramai orang sedang berbaris panjang. Oleh itu, dia beratur dibelakang pelanggan lain untuk mengambil nombor giliran.
Seandainya anda adalah orang OKU tersebut, apakah perasaan anda apabila anda dilayan dengan berperikemanusiaan?
Sedih
Gembira
Kecewa
Tiada apa apa perasaan
Kechara Soup Kitchen (KSK) adalah kumpulan tindakan komuniti bukan agama yang mengedarkan makanan, bantuan perubatan asas dan kaunseling kepada golongan kehilangan tempat tinggal dan miskin bandar di Malaysia.
Siapakah golongan sasar bagi NGO ini?
Gelandangan dan Miskin bandar
Gelandangan dan kanak- kanak
Haiwan Liar
Ibu / Bapa tunggal
Apakah logo bagi Persatuan Haiwan Malaysia?
Sekiranya diberikan pilihan, organisasi manakah yang ingin anda sertai sebagai sukarelawan?
5.Apabila kita menghormati upacara keagamaan agama lain, kita akan dapat....
Menyelesaikan masalah
Menjamin kesejahteraan
Menikmati keindahan agama
Menyanjungi agama tersebut
8. Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum?
Berdasarkan jumlah bilangan peserta yang menyertai
Melalui sekolah-sekolah yang menyertai aktiviti kokurikulum
Berdasarkan kawasan aktiviti tersebut dilakukan
Melalui penglibatan pelbagai kaum
10. Kesepakatan antara negara penting untuk
Mengelakkan perpecahan
Meningkatkan hasil hutan
Meningkatkan pembangunan serantau
Mudah bertukar-tukar maklumat
