Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh ____________ dengan suara yang lantang.
juruacara
juruhebah
juruulas
jurucakap
"Kita akan berehat di sini sebelum meneruskan pendakian ke ____________________ gunung,"kata ketua pasukan pendakian itu.
kaki
puncak
sudut
sisi
Pak Karim_______pisang dan manggis yang diambil dari kebunnya.
mengelek
mengandar
menjunjung
menyandang
Pasukan bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah__________seekor kambing di Kampung Gajah.
meratah
menelan
menggigit
mengunyah
Pasukan bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah__________seekor kambing di Kampung Gajah.
meratah
menelan
menggigit
mengunyah
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir
akan kami serahkan kepada
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
kami akan serahkan kepada
Bangku yang terdapat di taman itu diperbuat daripada besi yang bertahankan karat.
dari besi yang tahan karat
dari besi yang tahan akan karat
daripada besi yang tahan karat
daripada besi yang bertahankan karat
Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah
seperti aur dengan tebing
seperti kata mendapat air
seperti tikus membaiki labu
seperti katak di bawah tempurung
Hisham memberi pelbagai alasan kepada rakannya semata-mata tidak mahu ke masjid. Peribahasa yang sesuai ialah
bagai aur dengan tebing
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
berteduh
berlindung
berhenti
berehat
Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.
bersinar-sinar
berpinar-pinar
berbalam-balam
berpusing-pusing
Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.
sasaran
wawasan
harapan
impian
Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.
nian
betul
benar
paling
Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.
prabawa
pracukai
prabayar
prasyarat
Buaya yang besar itu ___________ ekornya sebelum membaham mangsanya.
melebarkan
mengibaskan
mengibarkan
melibaskan
KENAL PASTI & BETULKAN TIGA KESALAHAN BAHASA
Haida masih belum membuat keputusan samada hendak melanjuti pengajian di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta.
membuat keputusan - membuatkan keputusan
samada - sama ada
melanjuti - melanjutkan
dan - atau
KENAL PASTI DAN BETULKAN TIGA KESALAHAN BAHASA
Encik Dain teramat terkejut sekali apabila melihat bil elektrik rumah baginda mencecah beribu ringgit bulan lepas.
teramat terkejut sekali - terkejut sekali
teramat terkejut sekali - amat terkejut sekali
bahawa - apabila
rumah baginda - rumahnya
beribu - beribu-ribu / ribuan
KENAL PASTI EMPAT KESALAHAN BAHASA
Keputusan kerajaan untuk memajukan kawasan air terjun di Kampung Setia Amat menggembirakan semua pihak, khususnya penduduk kampung itu. Cadangan untuk membina berapa gerai menjual cenderamata, peralatan mandi-manda, dan makanan timbul ekoran kampung tersebut sering dikunjungi oleh para pelancong-pelancong termasuklah daripada luar negara.
memaju kawasan air terjun
menggembirakan semua pihak
berapa gerai
para pelancong-pelancong
daripada luar negara
KENAL PASTI & BETULKAN TIGA KESALAHAN BAHASA
Pemilik Mesra Pasar Mini pihak polis tangkap kerana menjual lembu susu tiruan.
Mesra Pasar Mini - Pasar Mini Mesra
polis tangakap - ditangkap oleh pihak polis
kerana - sebab
lembu susu tiruan - susu lembu tiruan
KENAL PASTI & BETULKAN DUA KESALAHAN BAHASA
Ibu melarangkan abang mandi di kawasan lombong itu kerana sangat merbahaya.
melarangkan - melarang
di kawasan - pada kawasan
kerana - bahawa
merbahaya - berbahaya
