Font size
Worksheets2.8 Graviti
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
____________________ graviti merupakan suatu kawasan di mana sesuatu objek mengalami daya yang dsebabkan oleh tarikan graviti.
Medan
Kawasan
Persekitaran
Daya
Bumi kita dikelilingi oleh suatu medan graviti yang menghasilkan ___________________ ke atas semua objek di dalam medan itu.
tekanan
momentum
inersia
daya
impuls
Daya yang bertindak atas sesuatu objek dalam medan graviti disebut daya ___________________.
keupayaan
graviti
tekanan
tarikan
Daya graviti ____________________ semua objek ke arah ______________ Bumi.
menarik, atmosfera
menolak, atmosfera
menarik, pusat
menolak, pusat
Kekuatan medan graviti ditakrif sebagai daya graviti yang bertindak ke atas unit ____________________.
berat
jisim
isipadu
ketumpatan
luas
Pengukuran menunjukkan bahawa di permukaan bumi, 1 kg mengalami daya sebanyak 9.8 N, iaitu, beratnya adalah 9.8 N. Maka kekuatan graviti di bumi adalah 9.8 N kg-1.
Adakah anda faham dengan penerangan ini?
Ya, saya faham
Maaf, saya kurang faham
Tidak, saya tidak faham
Semua objek jatuh bebas ke bumi dengan _____________________ seragam yang sama, tanpa mengira jisimnya.
laju
halaju
pecutan
nyahpecutan
Pecutan seragam yang dialami oleh objek yang jatuh bebas disebabkan oleh daya graviti dikenali sebagai pecutan __________________________.
tekanan
ketumpatan
graviti
medan
keupayaan
Pecutan graviti bagi objek yang jatuh bebas mempunyai nilai sebanyak
7.8 m s-1.
9.8 m s-1.
7.8 m s-2.
9.8 m s-2.
Pecutan graviti juga diberi simbol "g" dalam abjad italik. Apabila sesuatu objek jatuh bebas pecutan objek itu adalah sama dengan _______.
g
g
m
kg
Apabila sesuatu objek berada dalam keadaan pegun, kekuatan graviti bumi yang bertindak pada objek itu, g ialah
9.8 kg ms-1
9.8 kg ms-3
9.8 N
9.8 N kg-1
___________________ sesuatu objek ialah daya graviti yang bertindak ke atasnya.
Jisim
Berat
Ketumpatan
Tekanan
Hukum Newton _____________ menyatakan bahawa, F =ma . Oleh itu untuk suatu objek berjisim m yang mengalami pecutan graviti, g , berat objek, W , diberikan oleh W=mg .
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Berat disukat dalam unit _________________.
kilogram, kg
gram, g
newton, N
joule, J
Oleh kerana nilai g berbeza sedikit dari satu tempat ke tempat yang lain di permukaan Bumi, ___________________ suatu objek juga berbeza sedikit dari satu tempat ke tempat yang lain.
jisim
berat
ketumpatan
isipadu
_______________________ bagi sesuatu objek adalah sukatan bagi inersianya.
Jisim
Berat
Ketumpatan
Isipadu
Jisim adalah kuantiti malar. Ia adalah ___________________ di sebarang tempat.
berbeza
sama
bertambah
berkurang
Pilih ciri-ciri bagi jisim
Tetap di sebarang tempat
Berbeza di tempat-tempat yang berlainan
Merupakan satu kuantiti skalar
Merupakan satu kuantiti vektor
Diukur dalam unit kilogram, kg
Pilih ciri-ciri bagi berat
Tetap di sebarang tempat
Berbeza di tempat-tempat yang berlainan
Merupakan satu kuantiti skalar
Merupakan satu kuantiti vektor
Diukur dalam unit newton, N
Berat seorang pelajar di permukaan Bumi ialah 450 N. Berapakah berat pelajar itu di permukaan Bulan jika kekuatan medan graviti di Bumi ialah 6 kali kekuatan medan graviti di Bulan?
25 N
50 N
75 N
100 N
Sebiji bola dilontarkan tegak ke atas dengan halaju awal 20 ms−1 . Jika g=10 ms−2 dan rintangan udara boleh diabaikan, tentukan tinggi maksimum yang tercapai.
10 m
15 m
20 m
25 m
Berdasarkan soalan tadi, sebiji bola dilontarkan tegak ke atas dengan halaju awal 20 ms−1 . Jika g=10 ms−2 dan rintangan udara boleh diabaikan, tentukan masa untuk bola kembali ke titik permulaannya.
1 s
2 s
3 s
4 s
5 s
