wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA TEPAT

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Emak sedang .....nasi untuk makan malam

a)

menyalai

b)

menanak

c)

merebus

d)

memasak

2.

Kakak sedang ....ikan untuk dijadikan hidangan tengah hari

a)

menyembelih

b)

menyiang

c)

menggiling

3.

Pakaian di ampaian itu .....oleh adik.

a)

digantung

b)

dilekat

c)

disidai

4.

Pak Sidin ....kayu dengan ...kapak yang tajam

a)

menetak...sebatang

b)

mencantas....sebilah

c)

membelah....sebilah

d)

menghiris...setongkol

5.

Tuanku Permaisuri berkenan ....air mawar kepada pasangan mempelai itu di atas pelamin.

a)

menyembur

b)

merenjis

c)

memercik

d)

menyiram

6.

Datuk ....kayu itu untuk dijadikan tiang penyidai.

a)

menakik

b)

mengikis

c)

menyabit

d)

meraut

7.

Mangsa kemalangan yang cedera itu telah ...oleh pasukan paramedik ke dalam ambulans.

a)

didukung

b)

diusung

c)

ditarik

d)

diarak

8.

Rafi ...tepung iu untuk membuat roti canai.

a)

mengadun

b)

mengisar

c)

mencanai

d)

menguli

9.

Akibat terlalu lama terdedah , biskut itu menjadi....

a)

rangup

b)

lemau

c)

rapuh

d)

lembik

10.

Anis memegang tangan ibunya ....ketika melintasi jalan yang sibuk itu.

a)

ketat-ketat

b)

rapat-rapat

c)

erat-erat

11.

Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.

a)

hebat

b)

mujarab

c)

berperisa

d)

berkhasiat

12.

Dia tidak mengharapkan...................................atas pertolongannya.

a)

balasan

b)

kurniaan

c)

pemberian

d)

permintaan

13.

Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk mengelakkan.................................nya.

a)

kematian

b)

kepupusan

c)

kehilangan

d)

kebinasaan

14.

Perempuan muda itu ......................................dua baldi air di kiri dan kanan tangannya.

a)

membimbit

b)

memegang

c)

mengandar

d)

mengangkut

15.

Ranting-ranting pokok yang menghalang laluan itu telah....................... oleh Pak Abu.

a)

ditakik

b)

ditebas

c)

ditebang

d)

dicantas

16.

Kenderaan awam yang melalui jalan itu.......................................beberapa jam akibat kemalangan jalan raya.

a)

terhenti

b)

tersekat

c)

terkandas

d)

terhumban

17.

Shasha ............................memikirkan masalah yang dihadapinya.

a)

keliru

b)

matang

c)

bingung

d)

bengang

18.

Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada

................................ke lembah yang hina.

a)

terjatuh

b)

terperosok

c)

terjerumus

d)

terhumban

19.

Pada masa lapang, nelayan itu akan ............................. jalanya yang rosak.

a)

menyirat

b)

menenun

c)

menjahit

d)

menyulam

20.

Pelari itu sempat ................................ air untuk menghilangkan dahaganya.

a)

menjilat

b)

meneguk

c)

menuang

d)

menghirup

21.

Setelah meneliti permohonan daripada Encik Tahir, pegawai itu bersetuju untuk....................................... permohonan tersebut.

a)

melihat

b)

mengadili

c)

mengambil

d)

menimbangkan

22.

Dari jauh kelihatan asap...................................dari serombong kapal itu.

a)

mengepul

b)

mengarak

c)

mengumpul

d)

membumbung

23.
Siti yang berambut panjang sentiasa __________ supaya sentiasa kelihatan kemas.
a)
berdandan
b)
berdendang
c)
beramah
d)
bersimpuh
24.
   Pihak penganjur Larian Jambatan Pulau Pinang terpaksa __________ jadual pertandingan kerana berlaku gangguan elektrik.
a)
menghebahkan
b)
merombak
c)
menamatkan
d)
melanjutkan
25.
  Puan Aniza duduk __________ untuk membasuh pakaian keluarga.
a)
bersila
b)
bersimpuh
c)
bertinggung
d)
berlunjur
26.
Mangsa kemalangan yang mengalami cedera ringan __________ oleh seorang pemuda yang lalu di situ.
a)
diusung
b)
dipapah
c)
diangkat
d)
digendong
27.
Majalah Dewan Pelajar keluaran terbaharu __________ esei yang ditulis oleh murid sekolah ini.
a)
menerbitkan
b)
mengumumkan
c)
menghebahkan
d)
menghebohkan
28.
Datuk __________ kulit kambing yang baru disembelih itu.
a)
melapah
b)
mengoyak
c)
menyembelih
d)
mengerat
29.
Gunung berapi itu telah __________ .
a)
mengalir
b)
meletus
c)
melebur
d)
mengapi
30.

Tukang kebun itu sedang ______________ air ke arah pokok bunga dengan menggunakan paip getah.

a)

memancut

b)

menyiram

c)

menyimbah

d)

menjirus