wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa bahasa melayu tahun 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

dari

2.

“Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. Kata Samad kepada adiknya.

a)

sebatang

b)

sebilah

c)

sebuah

d)

sekeping

3.

_______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu.

a)

Aku

b)

Saya

c)

Awak

d)

Anda

4.

“Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah disiapkan tadi”, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.

a)

kalian

b)

kamu

c)

anda

d)

kita

5.

Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.

a)

perlahan

b)

pantas

c)

cepat

d)

beransur-ansur

6.

Suara juruhebah itu kurang ____________ .

a)

jelas

b)

gopoh

c)

kasar

d)

kuat

7.

Sazali, Kamal dan Yahya berlatih _menyanyi sambil __________ alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

a)

bermain

b)

permainan

c)

memainkan

d)

memetik

8.

Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________ bas yang ada di hadapannya.

a)

melanggar

b)

menyelit

c)

memotong

d)

menyusup

9.

Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.

a)

pada

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

10.

Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.

a)

bagi

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

11.

Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.

a)

oleh

b)

hingga

c)

sambil

d)

supaya

12.

Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana dikejar oleh anjing.

a)

sambil

b)

dengan

c)

seraya

d)

dan

13.

“Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada Puteri.

a)

harus

b)

dapat

c)

boleh

d)

hendak

14.

Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.

a)

setiap

b)

beberapa

c)

sebilangan

d)

sebahagian

15.

Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi nilainya.

a)

rendah

b)

benar

c)

nian

d)

agak