wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 5 BAB 1- BAB 4

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Situasi di atas menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks di atas?

a)

Prestasi pasukan

b)

Keperluan pekerja

c)

Pemberian insentif

d)

Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

2.

Hasil kreativiti atau ciptaan seseorang dikenali sebagai :

a)

harta modal

b)

harta intelek

c)

harta perkongsian

d)

harta persendirian

3.

Konsep "pinjaman asas simpanan" adalah pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berikut:

a)

MARA

b)

TEKUN

c)

MOSTI

d)

AGROBANK

4.

Apakah maksud Pengurusan Sumber Manusia dalam konsep definisi ?

a)

ialah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

b)

ialah satu usaha keperluan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

c)

ialah pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan pengurusan dalam pembahagian kerja.

d)

ialah pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja dan pengurusan dalam pembahagian kerja.

5.

*Puan Ayana ingin membuka cawangan kafe di kampung halamannya di Kuching,Sarawak. Beliau bercadang untuk mendapatkan pembiayaan dalaman. Manakah antara berikut jenis sumber pembiayaan yang sesuai?

a)

Simpanan Peribadi

b)

Keuntungan syarikat

c)

Pajakan

d)

Sewa beli

6.

Apakah tujuan usahawan mendaftarkan paten mereka?

a)

Memastikan idea reka cipta adalah hak milik mereka

b)

Memastikan idea reka cipta boleh dikongsi

c)

Memastikan idea reka cipta tulen

d)

Memastikan idea reka cipta dihargai

7.

*Berdasarkan logo di atas, manakah antar berikut merupakan fungsi agensi tersebut?

a)

Memberi bantuan pinjaman kepada perniagaan yang baru memulakan operasi.

b)

Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan harta intelek

c)

Menyediakan bangunan untuk sesebuah perniagaan

d)

Mengukuhkan undang-undang harta intelek

8.

Penyataan di bawah adalah berkaitan dengan dokumen dalam pengurusan sumber manusia.


A. Dokumen ini mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja terhadap sesuatu tugas.

B. Isi kandungan merangkumi tugas-tugas utama, tujuan sesuatu tugas, tanggungjawab kerja dan cara sesuatu kerja dilakukan.


Apakah dokumen yang peru dirujuk?

a)

Latihan dan pembangunan

b)

Rekrut pekerja

c)

Deskripsi tugas

d)

Permohonan pekerjaan

9.

*Kenyataan yang manakah kepentingan sumber manusia?

a)

sumber manusia sentiasa mencukupi

b)

keperluan sumber manusia

c)

kebajikan pekerja sentiasa dijaga

d)

prestasi sumber manusia

10.

Apakah insentif yang disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi?

a)

Geran penyelidikan dan pembangunan

b)

Geran Tanah

c)

Pemfaktoran

d)

Overdraf

11.

Rajah di atas merupakan prosedur mengurus sumber teknologi .

Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur yang betul bagi T?

a)

Keselamatan

b)

Penyelenggaraan

c)

Hak Cipta Terpelihara

d)

Insurans

12.

*Antara berikut, manakah merupakan sumber teknologi?

a)

Banguanan dan kemudahan

b)

Lesen perisian

c)

Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

d)

Kemahiran dan pengalaman

13.

Nyatakan jenis kesalahan yang berkait dengan petikan di bawah.


"Pihak pengurusan telah melantik Encik Jamal sebagai Pengurus Projek bagi Syarikat Tow Yang Sdn Bhd . Syarikat Tow Yang Sdn Bhd telah mendapat projek pembinaan jalan raya dari kerajaan negeri Johor dengan nilai tender sekitar RM 30 juta. Encik Jamal bertanggungjawab melantik dan meluluskan kepada pihak kontraktor yang dipilih untuk melakukan kerja-kerja pembinaan.Beliau telah menetapkan bagi setiap kontraktor yang dilantik perlu memberikan 3% komisen kepada beliau sebagai hadiah atau sumbangan peribadi.


Nyatakan jenis kesalahan yang berkait dengan petikan di atas.

a)

Ingkar arahan tanpa sebab yang kukuh

b)

Rasuah

c)

Pecah Amanah

d)

Ponteng kerja

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada pekerja?

a)

Kemudahan perubatan

b)

Gaji asas

c)

Elaun

d)

Upah

15.

Antara berikut, manakah butiran yang akan mengurangkan gaji bersih yang diterima oleh pekerja?

a)

Biasiswa pendidikan

b)

Bonus Tunai

c)

Elaun kerja lebih masa

d)

Pinjaman perumahan

16.

Cara yang betul menguruskan paten ialah?

a)

mendaftar dengan Bank Negara Malaysia

b)

Mendaftar dengan MyIPO

c)

mendaftar dengan SSM

d)

mendaftar dengan syarikat koperasi

17.

Tujuan mengurus harta intelek ialah :

a)

mengelakkan syarikat daripada ancaman cetak rompak dan peniruan

b)

memastikan kedudukan syarikat sentiasa kukuh

c)

menghasilkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat

d)

memudahkan urusan pengurusan sumber manusia serta sumber bukan manusia

18.

Sumber pembiayaan dalaman merupakan

a)

modal permulaan yang diperoleh daripada bank

b)

modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi

c)

modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan

d)

modal yang diperoleh daripada kemudahan overdraf

19.

Apakah peranan syarikat pemfaktoran?

a)

menyewa aset tetap daripada institusi kewangan atau bank

b)

memberikan pinjaman kewangan kepada syarikat awam

c)

memberikan kemudahan overdraf kepada pelanggan

d)

Mengutip hutang bagi pihak peniaga daripada pelanggan mereka

20.

Apakah jenis penggajian yang dibayar oleh majian kepada para pekerjanya pada akhir suatu tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat?

a)

Pelanggan

b)

Matriks

c)

Elaun

d)

Bonus Tunai

21.

Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi?

a)

Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan

b)

Polisi piawaian kerja

c)

memelihara keselamatan pekerja

d)

meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

22.

Manakah antara berikut, bukan penentu kepada sistem penggajian bagi sesebuah perniagaan?

a)

Permintaan dan penawaran kuasa majikan

b)

Bentuk dan jenis tugas

c)

Kemampuan organisasi

d)

Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing

23.

Antara berikut manakah merupakan sumber fizikal?

a)

harta intelek

b)

bangunan

c)

lesen perisian

d)

pengalaman

24.

Perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan kerana

a)

boleh melindungi diri usahawan daripada penyakit berjangkit

b)

boleh melindungi nyawa pekerja

c)

boleh melindungi ahli keluarga semua pekerja

d)

boleh melindungi perniagaan daripada risiko kecurian

25.

Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah:

a)

memulakan perniagaan atau memohon semula

b)

menyediakan rancangan perniagaan

c)

menyediakan penyata bank

d)

membuat rundingan dengan pakar kewangan

26.

Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan kepada usahawan yang mempunyai akau semasa ialah:

a)

overdraf

b)

pajak gadai

c)

kad kredit

d)

draf bank

27.

Antara berikut manakah merupakan contoh sumber pembiayaan luaran?

a)

Bank Negara

b)

Media prima berhad

c)

Bsn takaful

d)

Affin Bank Berhad

28.

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia memberikan jaminan kepada pinjaman yang dipohon oleh usahawan yang menghadapi kesukaran

a)

mendapatkan khidmat nasihat daripada bank

b)

menyediakan rancangan perniagaan

c)

mendapatkan pembiayaian daripada bank

d)

mendapatkan bantuan geran daripada bank

29.

Apakah definisi kemahiran kebolehkerjaan?

a)

kepakaran yang dimiliki oleh pekerja.

b)

kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.

c)

kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.

d)

kemahiran yang dimiliki oleh pekerja.

30.

Elaun ialah

a)

bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam atau jumlah jam mengikut hari bekerja.

b)

bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja.

c)

bayaran tambahan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja.

d)

bayaran yang diterima tidak melibatkan bayaran tambahan.

31.

*Antara berikut, manakah merupakan contoh teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Telifon pintar

b)

beg komputer peribadi

c)

maja komputer

d)

komputer peribadi

32.

*Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri sumber fizikal?

a)

boleh dilihat

b)

boleh di sentuh

c)

mudah ditunaikan

d)

tidak mempunyai susut nilai

33.

*Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan luaran?

a)

pinjaman daripada bank

b)

modal daripada keuntungan (rizab)

c)

akaun simpanan

d)

bantuan daripada agensi kerajaan

34.

*Bagi permohonan pembiayaan melalui MARA,dokumen yang diperlukan ialah:

a)

Borang Cukai

b)

Borang Jaminan atau Cagaran

c)

Borang Maklumat Peribadi

d)

Borang KWSP

35.

Apakah sumber pembiayaan secara gadaian yang diberikan oleh institusi kewangan islam kepada peminjam?

a)

Al Mudharabah

b)

Ar Rahnu

c)

Al Musyarakah

d)

Al Wadiah

36.

*Antara berikut, manakah potongan wajib dalam sistem penggajian pekerja?

a)

Caruman kepada PERKESO

b)

Caruman KWSP

c)

Bayaran balik pinjaman perumahan

d)

Bayaran skim insurans

37.

"Puan Aimi bekerja sebagai Eksekutif Perakaunan yang dibayar gaji asas berjumlah RM 3000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian perkerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%."


Berapakah jumlah caruman KWSP bagi Puan Aimi dalam sebulan?

a)

RM 690

b)

RM 330

c)

RM 123

d)

RM 679

38.

" Encik Azid telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat."


Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Azid?

a)

Salah guna aset syarikat

b)

Rasuah

c)

Pecah Amanah

d)

Ingkar arahan tanpa sebab yang kukuh

39.

Apakah kelebihan mengurus sumber fizikal?

a)

mengurangkan kos penyelenggaraan

b)

meningkatkan nilai

c)

mengurangkan keutungan jangka panjang

d)

meningkatkan kos operasi perniagaan

40.

Penyelenggaraan berkala ke atas mesin membolehkan:

a)

mesin ditukar baharu

b)

ushawan menjual mesin kepada syarikat lain

c)

operasi kilang berjalan lancar

d)

operasi pengeluaran terus diberhentikan

41.

Apakah tujuan menguruskan stok?

a)

mengelakkan berlakunya kekeliruan terhadap barang yang dijual

b)

memastikan pengurus stok menyelia barangan didalam stor

c)

memastikan stok barangan sentiasa sedia ada apabila diperlukan

d)

memastikan stor barangan sentiasa kemas dan tersusun

42.

Tujuan mengurus bangunan dan kemudahan ialah:

a)

memberi akses kepada semua pihak

b)

mengekalkan sesebuah bangunan dan kemudahan dalam keadaan efektif dari permulaannya

c)

menaikkan keuntungan syarikat dengan sentiasa membaik pulih bangunan dan kemudahan

d)

memberi peluang kepada saingan terdekat dengan melihat contoh binaan

43.

Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber teknologi?

a)

Aset

b)

Harta wasiat

c)

harta peninggalan

d)

harta intelek

44.

*Manakah antara berikut merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan ?

a)

bantuan modal

b)

pemfaktoran

c)

Jaminan kredit

d)

sewa beli

45.

*Antara berikut, manakaha merupakan contoh sumber pembiayaan dalaman?

a)

syer

b)

overdraf

c)

modal daripada keuntungan (rizab)

d)

simpanan peribadi

46.

Gina memaklumkan bahwa perniagaannya akan memperoleh untung kasar sebanyak 0.50 sen setiap RM 1 kos jualan. Apakah analisis nisbah yang digunakan?

a)

Margin untung kasar

b)

Nisbah kecairan

c)

Analisis nisbah untung

d)

Kadar pusing ganti stok

47.

Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?

a)

Membantu ushawan mengehadkan perbelanjaan semasa

b)

Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan

c)

Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan

d)

Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang

48.

Bagaimanakah sesebuah perniagaan dapat memperbaiki nisbah semasa perniagaannya?

a)

Mendapat pinjaman bank

b)

Menambahkan nilai pemuitang

c)

Mengurangkan nilai penghutang

d)

Menambahkan aset tetap

49.

Setiap bulan pihak pengurusan perniagaan perlu membayar pinjaman kepada pihak institusi kewangan secara tetap mengikut jadual. Apakah jenis kos yang berkait dengan pembayaran tersebut?

a)

Kos tetap

b)

Kos berubah

c)

Kos marginal

d)

Kos purata

50.

Pilih pernyataan yang benar tentang ekuiti pemilik

a)

Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan

b)

Tuntutan pemilik terhadap perniagaan

c)

Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga

d)

Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan perniagaan