wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PERCUBAAN SPM 2018 PERNIAGAAN (Terengganu)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

X - Sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh

y - Aktiviti yang boleh mendatangkan faedah

Pilih pernyataan yang tepat tentang X dan Y.

a)

X - Perniagaan, Y - Perkhidmatan

b)

X - Barang, Y - Keuntungan

c)

X - Barang, Y - Perkhidmatan

d)

X - Keperluan, Y - Kehendak

2.

Gambar 1 berkaitan dengan pemilikan perniagaan En Yusmadi. Mengapakah En. Yusmadi memilih pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Bilangan pemilik 2 hingga 20 orang

c)

Proses penubuhan rumit

d)

Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan

3.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?

I - Francais perlu membuat bayaran fi kepada francaisor

II - Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

III - Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan

IV - Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniaga secara bersama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Gambar 2 berkaitan dengan agensi kerajaan. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?

a)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

b)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

c)

Menjamin kedudukan kewangan usahawan

d)

Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

5.

Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.

"En. Ali, seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora".

Pengangguran di atas dikenal sebagai

a)

pengangguran kitaran

b)

pengangguran struktur

c)

pengangguran teknologi

d)

pengangguran bermusim

6.

Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.

> Menurunkan kadar cukai

> Menurunkan kadar faedah

Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah

a)

deflasi

b)

inflasi

c)

subsidi

d)

peningkatan cukai

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pendapatan perniagaan?

I - Faedah simpanan

II - Dividen dibayar

III - Sewa dibayar

IV - Komisyen diterima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Apakah maksud visi perniagaan?

a)

Tujuan penubuhan sesebuah organisasi

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi

c)

Tujuan untuk memotivasikan pekerja

d)

Apa yang ingin di capai oleh organisasi

9.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30,000 unit produk X.

Kos tetap - RM360,000

Bahan langsung - RM150,000

Buruh langsung - RM120,000

Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga jualan produk itu ialah RM15 seunit?

a)

60,000 unit

b)

56,000 unit

c)

42,000 unit

d)

36,000 unit

10.

Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?

a)

Memperoleh pendapatan yang tinggi

b)

Aktiviti promosi dapat dikurangkan

c)

Meningkatkan kualiti barang

d)

Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan

11.

Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?

a)

Teknologi maklumat dan komunikasi

b)

Demografi

c)

Kewangan

d)

Sosiobudaya

12.

Pernyataan yang manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi

b)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

c)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

d)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

13.

Gambar 3 berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat. Mengapakah penggunaan aplikasi tersebut sangat penting kepada sesebuah organisasi?

a)

Mengurangkan gangguan dalam komunikasi

b)

Meningkatkan komunikasi di kalangan pekerja

c)

Maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat

d)

Maklumat perniagaan dapat dihantar dengan mudah dan cepat

14.

Pernyataan yang manakah merupakan peranan bahagian fungsian jualan kepada perniagaan besar?

a)

Menyediakan sebut harga produk yang diminta oleh pengguna

b)

Menjawab pernyataan pengguna tentang produk yang dijual

c)

Membantu bahagian fungsian pemasaran dalam usaha mempromosi produk dan perkhidmatan

d)

Memaklumkan bahagian fungsian pembelian tentang jenis bahan dan kuantiti yang diperlukan

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumber manusia.

» Menjaga kebikan pekerja

» Mengagih sumber manusia berdasarkan kelayakan dan

kemahiran

Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Pengurusan sumber manusia

b)

Kebolehkerjaan sumber manusia

c)

Sistem penggajian sumber manusia

d)

Struktur organisasi sumber manusia

16.

Gambar 4 menunjukkan pekerja yang diberikan penghargaan. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusiaorganisasi di atas?

a)

Prestasi pasukan

b)

Pemberhentian pekerja

c)

Latihan peningkatan kemahiran

d)

Pemberian insentif yang munasabah

17.

Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?

a)

Dikenal sebagai sistem berbilang arahan

b)

Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil

c)

Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan

d)

Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah

18.

Gambar 5 menunjukkan sumber fizikal. Apakah tujuan sumber fizikal di atas digunakan?

a)

Menyimpan stok

b)

Mengedar produk

c)

Memproses bahan mentah

d)

Mempercepatkan urusan perniagaan

19.

Gambar 6 menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan. Manakah yang benar mengenai agensi tersebut?

a)

Menyediakan kemudahan ruang niaga

b)

Menawarkan modal tambahan kepada usahawan

c)

Memberi jaminan kredit

d)

Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi

20.

Maklumat di bawah berkaitan dengan rancangan perniagaan.

> Alamat tetap

> Pengalaman

> Kedudukan akademik

Bahagian manakah maklumat tersebut direkodkan?

a)

Rancangan operasi

b)

Latar belakang perniagaan

c)

Objektif projek

d)

Latar belakang pemilik