NEW
Font size
WorksheetsLatihan Ekonomi Bab 1.1
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Ilmu ekonomi mengkaji tentang
Bagaimana pengguna mencapai kepuasan maksimum
Bagaimana pasaran mencapai keseimbangan dalam permintaan dan penawaran barang
Bagaimana manusia menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas
Bagaimana pengeluar mencapai keuntungan maksimum melalui penggunaan sumber ekonomi yang terhad
En. Joe mempunyai rumah dan wang. Dia ingin mendapat ganjaran daripada sumber ekonomi yang dimilikinya itu. Apakah ganjaran yang mungkin diterima oleh En. Joe?
Untung dan bayaran pindahan
Faedah dan sewa
Dividen dan faedah
Upah dan bayaran pindahan
Mengapakah usahawan layak mendapat untung?
Dia menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam aktiviti pengeluaran.
Dia terlibat secara aktif dalam aktiviti pengeluaran.
Dia menanggung risiko perniagaan.
Dia menyumbangkan modal perniagaan.
Gambar di atas berkaitan dengan pilihan barang. Siti ada RM50. Jika dia membeli ensiklopedia berharga RM40, berapakah kos lepasnya?
RM10 kerana tidak membeli kamus
RM40 kerana membeli ensiklopedia
RM30 harga kamus
RM50 kerana wangnya tidak mencukupi
Maklumat di atas berkaitan dengan kombinasi keluaran oleh firma X. Berapakah kos lepas sekiranya firma X menukar kombinasi keluaran dari R ke S?
15 unit kasut
60 unit kasut
25 unit pakaian
100 unit pakaian
Terdapat beberapa keputusan kerajaan dilihat tidak menguntungkan negara. Namun, kerajaan masih memilih keputusan tersebut. Sebagai contoh, kerajaan dilihat menggunakan banyak tenaga buruh di dalam pentadbirannya dan tidak beralih kepada penggunaan teknologi yang lebih cekap. Mengapa kerajaan bertindak demikian?
Kerajaan menghadapi kekurangan sumber hasil
Ramai orang politik di dalam pentadbiran kerajaan
Kerajaan tidak mahir membuat pilihan
Kerajaan ingin memaksimumkan kebajikan masyarakat
Syarikat Rasa Riang memilih untuk mengeluarkan minuman berkhasiat yang istimewa dengan jumlah pengeluaran sebanyak 10,000 botol sehari dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah. Apakah objektif syarikat tersebut?
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan kos pengeluaran
Memaksimumkan keuntungan
Memaksimumkan kebajikan
Berikut merupakan ciri-ciri tanah, kecuali
Penawarannya tidak terhad
Sumber alam semula jadi
Menerima ganjaran sewa
Contohnya, kayu balak dan tapak kilang
Apakah masalah kekurangan bagi isi rumah?
Kekurangan pendapatan
Kekurangan faktor pengeluaran
Kekurangan sumber hasil negara
Kekurangan sumber ekonomi
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang kos lepas bagi kerajaan?
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Produk kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
Keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Antara berikut, manakah bukan unit-unit ekonomi?
Ahli keluarga
Perniagaan IKS
Kerajaan Malaysia
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Pilih definisi modal yang paling tepat
Alat ciptaan manusia yang digunakan dalam pengeluaran
Menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi
Wang tunai yang digunakan untuk memulakan perniagaan
Pilih contoh yang betul dengan faktor pengeluaran yang diberikan
Tanah - Bangunan kilang
Buruh - Operator kilang
Modal - Tapak kilang
Usahawan - Penyelia kilang
Faktor pengeluaran juga dikenali sebagai
Bahan mentah
Sumber ekonomi
Wang tunai
Aset perniagaan
Muthu ada wang RM100. Dia ingin membeli buku, kasut dan baju yang masing-masing berharga RM75, RM99 dan RM129. Jika dia membeli kasut, apakah kos lepas bagi Muthu?
Kasut
Baju
Buku dan baju
Buku
