wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA MELAYU SPM

Total questions: 15

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis kerana memandu melebihi had laju.

a)

Polis menahan pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju.

b)

Kerana memandu melebihi had laju, pemandu lori pasir itu ditahan oleh polis.

c)

Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju

2.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Pertandingan melukis potret pemimpin negara telah disertai oleh ramai murid.

a)

Telah disertai oleh ramai murid pertandingan melukis potret pemimpin negara.

b)

Ramai murid telah menyertai pertandingan melukis potret pemimpin negara.

c)

Polis ditahan oleh pemandu lori pasir itu kerana memandu melebihi had laju

3.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Sayur-sayuran yang segar ini saya beli di pasar tani pada pagi tadi.

a)

Saya membeli sayur-sayuran yang segar ini di pasar tani pada pagi tadi.

b)

Di pasar tani pada pagi tadi, saya membeli sayur-sayuran yang segar ini.

4.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Buku cerita ini mesti kamu pulangkan kepada Siti minggu depan.

a)

Kamu mesti pulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.

b)

Kamu mesti memulangkan buku cerita ini kepada Siti minggu depan.

5.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Novel ini belum habis saya baca kerana terlalu tebal.

a)

Kerana terlalu tebal, saya belum habis baca novel ini.

b)

Saya belum habis membaca novel ini kerana terlalu tebal.

c)

Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.

6.

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asal.


Buku tersebut telah dikarang oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.

a)

Telah dikarang buku tersebut oleh Pengarah Kesihatan Malaysia.

b)

Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengarang buku tersebut.

c)

Saya belum habis baca novel ini kerana terlalu tebal.

7.

Tukar AYAT MAJMUK di bawah menjadi AYAT TUNGGAL tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih dua jawapan.


Air merupakan bahan paling banyak di bumi malah merupakan keperluan utama kehidupan.

a)

Air merupakan bahan paling banyak.

b)

Air merupakan bahan paling banyak di bumi.

c)

Air merupakan keperluan utama kehidupan.

8.

Tukar AYAT MAJMUK di bawah menjadi AYAT TUNGGAL tanpa mengubah maksud asalnya. Sila pilih empat jawapan.


Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.

a)

Tanpa air segala hidupan mungkin tidak wujud.

b)

Tanpa air manusia tidak wujud.

c)

Tanpa air haiwan tidak wujud.

d)

Tanpa air tumbuhan tidak wujud.

e)

Tanpa air segala hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan mungkin tidak wujud.

9.

Tukar cakap ajuk (ayat dialog) di bawah kepada cakap pindah (ayat penyata)


Azri : Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu.

Hadi: Banyak ke ikan yang ditangkap?

a)

"Ramai betul orang bertanding memancing ikan di tasik itu," beritahu Azri kepada Hadi.

b)

Azri memberitahu rakannya, Hadi bahawa ramai orang yang menyertai pertandingan memancing di tasik.

10.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


Pasukan sepak takraw wanita kita telah memenangi perlawanan separuh akhir.

a)

AYAT PENYATA

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT MAJMUK

d)

AYAT SERUAN

11.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


"Amboi, cantiknya kasut baharu kamu!" puji Imran.

a)

AYAT PENYATA

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT MAJMUK

d)

AYAT SERUAN

12.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


Jangan kita ingkar arahan yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 ini.

a)

AYAT TANYA

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT PERINTAH

d)

AYAT SERUAN

13.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


Orang ramai dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan Covid-19.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT PERINTAH

d)

AYAT SERUAN

14.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


" Bilakah sekolah akan dibuka semula?" tanya Khairina kepada Cikgu Rozita.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT TANYA

d)

AYAT SERUAN

15.

Kenal pasti sama ada ayat di bawah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat tunggal atau ayat majmuk.


Warna baju kebaya Shafiqah sangat merah.

a)

AYAT MAJMUK

b)

AYAT TUNGGAL

c)

AYAT TANYA

d)

AYAT SERUAN