wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA#3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat yang prihatin akan hidupan liar akan memastikan hidupan itu tidak akan ..................

a)

A hilang

b)

B ghaib

c)

C tenggelam

d)

D pupus

2.

Bukan sahaja golongan muda yang perlu tahu akan teknologi maklumat ............ golongan tua juga patut mengetahuinya.

a)

A kalau

b)

B walaupun

c)

C malah

d)

D apabila

3.

Pengetua memberikan tempoh selama ............ hari kepada Cikgu Mira untuk membaiki jadual kurikulum.

a)

A dua

b)

B kedua-dua

c)

C berdua-dua

d)

D dua-dua

4.

............ ialah pergerakan otot yang berterusan dengan mengikut rentak muzik.

a)

A Yoga

b)

B Joging

c)

C Senamrobik

d)

D Karate

5.

Hanim telah melupakan jasa dan pengorbanan keluarga angkatnya yang bersusah payah selama ini. Perbuatan tersebut .......................................

a)

A bagai aur dengan tebing

b)

B bagai kacang lupakan kulit

c)

C bagai melukut di tepi gantang

d)

D bagai melepeaskan batuk di tangga

6.

Pejuang terdahulu sanggup berkorban demi mempertahankan negara dan memperjuangkan kemerdekaan tanah air.


Peribahasa yang dapat dikaitkan dengan situasi di atas ialah .............................

a)

A alang-alang mandi biar basah

b)

B biar putih tulang jangan putih mata

c)

C di mana ada gula di situ ada semut

d)

D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

7.

Pasukan pengakap yang berbaris secara ...................... dalam perhimpunan rasmi kokurikulum itu mendapat tepukan gemuruh.

a)

A sekata

b)

B seragam

c)

C serasi

d)

D seiram

8.

Anak Puan Annie .................... minuman untuk diberikan kepada tetamu mereka.

a)

A menatang

b)

B menghulur

c)

C mengangkat

d)

D memikul

9.

" .................. sultan berkenan menerima datuk mengadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung.

a)

A Patik

b)

B Tuanku

c)

C Baginda

d)

D Beliau

10.

Rakyat Malaysia mesti bersatu padu dan bertolak ansur ........ kesejahteraan negara

a)

A agar

b)

B bagi

c)

C oleh

d)

D demi

11.

Mak Bedah berjalan ................... selepas turun dari feri itu akibat mabuk laut.

a)

A tersenggok-senggok

b)

B tergopoh-gapah

c)

C terhincut-hincut

d)

D terhuyung-hayang

12.

Nenek yang ................ itu berjalan perlahan-lahan di belakang rumah sambil memegang tongkat

a)

A bengkok

b)

B bongkok

c)

C condong

d)

D serong

13.

Zainab berasa ............. dengan sikap kawan baiknya yang telah menceritakan masalahnya kepada orang lain.

a)

A terkilan

b)

B terkelam

c)

C terkuat

d)

D terkisah

14.

Apabila ............ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

A termangu

b)

B terngiang

c)

C terimbas

d)

D terkenang

15.

Ah Leong akan menyertai pertandingan ........... sotong di Pulau Aman pada minggu hadapan.

a)

A mencandat

b)

B memukat

c)

C memancing

d)

D menyauk

16.

Baginda sultan .......... untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang itu.

a)

A bersetuju

b)

B berkenan

c)

C bersedia

d)

D bersiap

17.

Sesuatu perhubungan itu akan bertambah teguh dan utuh jika kita saling membantu, manakala akan musnah jika kita bermusuhan sesama sendiri.


Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah .......

a)

A bersatu teguh bercerai roboh

b)

B rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

18.

Bagai mencurah air ke daun keladi


Peribahasa lain yang boleh digantikan dengan peribahasa di atas ialah ..............

a)

A bagai telur di hujung tanduk

b)

B bagai kacang lupakan kulit

c)

C bagai mencurah garam ke laut

d)

D bagai isi dengan kuku

19.

Sejak kematian datuk, tiada sesiapa yang ...... rumah pusaka itu.

a)

A mendekati

b)

B mendiami

c)

C menghampiri

d)

D merapati

20.

Gopal .......... di sebalik rimbunan buluh untuk mengintip kegiatan penagihan di kampungnya.

a)

A terhendap-hendap

b)

B tergesa-gesa

c)

C terkocoh-kocoh

d)

D tergopoh-gopoh

21.

Peserta perkhemahan itu harus mendirikan khemah ......... hari senja.

a)

A lantaran

b)

B walaupun

c)

C sebelum

d)

D kerana

22.

Jika tiada aral, Jenny berhasrat untuk ............ rumah ibunya sebelum dia berhijrah ke bandar.

a)

A besarkan

b)

B membesar

c)

C memperbesar

d)

D memperbesarkan

23.

Murid-murid menggunakan .......... untuk menyelesaikan soalan Matematik itu.

a)

A jangka sudut

b)

B pita ukur

c)

C papan tanda

d)

D garis pusat

24.

Bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca ............. kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab

a)

A dari

b)

B daripada

c)

C pada

d)

D oleh

25.

Tugu itu dibina untuk ....... jasa para pejuang kemerdekaan negara

a)

A mengingati

b)

B menyayangi

c)

C mendahului

d)

D memayungi

26.

Encik Razali seorang guru Bahasa Melayu. ......... telah dianugerahkan Guru Cemerlang

a)

A Dia

b)

B Ia

c)

C Baginda

d)

D Beliau

27.

Sambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini .......... berbanding tahun lepas

a)

A lebat

b)

B deras

c)

C surut

d)

D dingin

28.

Rakan rakan Akmal tidak mengetahui .......... Akmal menyambung pelajaran di Universiti Harvard dalam jurusan undang-undang

a)

A yang

b)

B bahawa

c)

C kerana

d)

D untuk

29.

Mendapat musibah atau malang secara berturut-turut.


Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah

a)

A sudah jatuh ditimpa tangga

b)

B bagai telur di hujung tanduk

c)

C bagai mencurah air ke daun keladi

d)

D bagai kacang lupakan kulit

30.

Laksana bunga dedap, warnanya merah baunya tidak.


Maksud bagi peribahasa di atas ialah

a)

A seseorang yang tidak cantik tetapi berbudi bahasa

b)

B seseorang yang suka bercakap banyak tetapi baik hati

c)

C seseorang yang suka bercerita dan pandai menyimpan rahsia

d)

D seseorang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa