wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tsaqafah Ramadan (Siri 2 : Fiqh Asas Puasa)

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Menurut ulama, terdapat 2 sebab bulan ini dinamakan Ramadhan. Nyatakan sebab yang ke-2?

a)

Bulan yang membakar (menghapus) dosa

b)

Bulan yang memberi kemuliaan kepada umat islam

c)

Bulan yang mengajar umat islam untuk bersabar

d)

Bulan yang lebih baik dari seribu bulan

2.

Ramadhan juga disebut sebagai?

a)

Sayyidul ayyam

b)

Sayyid asy-syuhur

c)

Sayyidul 'am

d)

Sayyidul wuqud

3.

Sayyid al-Syuhur bermaksud?

a)

Penghulu hari

b)

Penghulu bulan

c)

Bulan terindah

d)

Bulan terbaik

4.

Berikut merupakan peringkat pensyariatan puasa KECUALI?

a)

Mula puasa ketika malam

b)

Tidak perlu puasa dan bayar fidyah sahaja

c)

Boleh memilih sama ada mahu puasa atau tidak

d)

Wajib puasa kecuali bagi yang tidak mampu

5.

Berikut merupakan dalil dalil peringkat pensyariatan puasa ramadhan KECUALI?

a)

al-Baqarah : 187

b)

al-Baqarah : 183

c)

al-Baqarah : 184

d)

al-Baqarah : 189

6.

Terdapat 4 bulan mulia (Ashurul hurum) yang disunatkan berpuasa setiap tahun. Nyatakan salah satu daripadanya.

a)

Zulqaedah

b)

Safar

c)

Syaaban

d)

Syawal

7.

Puasa istisqa’ termasuk dalam jenis jenis puasa. Apakah hukum puasa tersebut?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

8.

Hukum melaksanakan puasa kaffarah adalah wajib. Antara sebab puasa kaffarah adalah?

a)

Zhihar

b)

Diarah pemerintah

c)

Berbuka kerana sakit

d)

Ganti fidyah sembelihan

9.

Apakah maksud zhihar?

a)

Perbuatan mengumpat di bulan Ramadan

b)

Perbuatan menyamakan isteri dengan mahram sendiri

c)

Perbuatan melengahkan niat puasa

d)

Perbuatan mekan dengan sengaja ketika puasa

10.

Bagaimanakah pelaksanaan puasa nabi daud?

a)

Setiap hari

b)

Setiap Isnin dan Khamis

c)

Selang sehari

d)

Sebulan sekali

11.

Antara syarat sah lain adalah berakal. Oleh itu,

a)

Tidak sah puasa orang bodoh

b)

Tidak sah puasa orang lembah

c)

Tidak sah puasa orang gila

d)

Sah puasa orang gila

12.

Terdapat berapakah syarat wajib berpuasa?

a)

5

b)

4

c)

3

d)

2

13.

Mengapa syarat pertama wajib puasa adalah Islam?

a)

Umat islam adalah sebaik-baik umat

b)

Umat islam umat pertama berpuasa

c)

Niat puasa memerlukan kepada ahli niat iaitu orang islam

d)

Hanya orang islam yang boleh berpuasa

14.

Berikut merupakan syarat wajib puasa kecuali?

a)

Mukhallaf

b)

Mampu

c)

Sihat

d)

Suci daripada haid dan nifas

15.

Antara syarat wajib berpuasa adalah mukallaf. Berikut adalah syarat mukallaf KECUALI?

a)

Berakal

b)

Sampai seruan Islam

c)

Baik pendengaran dan penglihatan

d)

Mampu membezakan baik dan buruk

16.

Apakah istilah yang merujuk kepada keadaan sakit yang tidak diwajibkan berpuasa?

a)

Mahzur at-tayamum

b)

Ta'ajil

c)

Fitrun

d)

Rukhsah

17.

Ketika niat puasa wajib, kita wajib "taayin". Apa itu taayin?

a)

Menentukan jenis puasa (Ramadan)

b)

Melafazkan "sahaja aku"

c)

Melafazkan "kerana Allah taala"

d)

Berniat pada waktu malam

18.

Berbeza dengan puasa sunat, puasa wajib perlu at-tabyiit. Apakah at-tabyiit?

a)

Niat ketika malam (maghrib hinggu subuh)

b)

Niat bermula maghrib hingga zohor

c)

Niat dengan lafaz sekali

d)

Niat dengan lintasan hati sahaja

19.

Terdapat berapa perkara yang membatalkan puasa?

a)

5

b)

8

c)

9

d)

12

20.

Berdasarkan formula Buya Yahya, berikut adalah 3 serangkai dari perkara yang membatalkan puasa yang melibatkan wanita KECUALI?

a)

Haid

b)

Nifas

c)

Wiladah

d)

Istihadah

21.

Berikut adalah 4 keadaan sakit yang dibolehkan berbuka KECUALI?

a)

Jika dia berpuasa, dia akan mati

b)

Jika dia berpuasa, dia lambat sembuh

c)

Jika dia berpuasa, dia akan bertambah sakit

d)

Jika dia berpuasa, dia akan lapar dan dahaga

22.

Berikut merupakan jenis puasa yang haram. Yang manakah jenis puasa yang haram tetapi sah?

a)

Puasa isteri tanpa izin suami

b)

Hari Syak

c)

Hari-hari tasyrik

d)

Puasa pada 1 Syawal

23.

Rasulullah s.a.w wafat pada 11 Hijrah di bulan Rabiul Awal dan baginda sempat berpuasa Ramadan sebanyak 9 kali. Jadi, bilakah puasa Ramadan mua disyariatkan?

a)

Syaaban 3 Hijrah

b)

Syaaban 2 Hijrah

c)

Syaaban 5 Hijrah

d)

Syaaban 9 Hijrah

24.

Bagaimanakah prestasi puasa Ramadan anda sepanjang sepertiga Ramadan ini?

a)

Alhamdulillah, masih bersemangat

b)

Sedang berusaha

c)

Seperti bulan-bulan biasa

d)

Agak lesu