WorksheetsUlang kaji
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Sultan Melaka tidak menghadiri majlis itu kerana _________ gering.
baginda
beta
hamba
beliau
Kami pulang ke kampung untuk menziarahi mak cik saya yang baru melahirkan ______________.
cahaya mata
buah tangan
buah hati
anak emas
Sebagai anak, kita perlulah _________ perasaan ibu bapa kita.
menjaga
berjaga
terjaga
dijaga
"Baju ini tinggal _________ helai sahaja," kata pekerja di butik itu.
beberapa
pelbagai
setengah
berapa
Su Yin pergi ke stesen kereta api untuk __________ sepupunya yang datang dari kampung.
menjemput
jemputan
dijemput
sejemput
Kita hendaklah segera membawa kereta ke bengkel jika berlaku kebocoran pada enjin kereta.
Pilih perkataan antonim bagi segera.
lambat
hampir
dekat
cepat
Sebelum kita ____________ rumah, pastikan pintu rumah telah dikunci.
meninggalkan
ketinggalan
tinggalan
peninggalan
"__________ jaga adik dan ___________ biarkan adik bermain seorang diri," kata ibu kepada kakak.
Tolong .... jangan
Minta .... sila
Harap .... tolong
Harap .... jangan
Bungkusan itu diterima_________ kakaknya yang berada di Kedah.
daripada
dari
pada
kepada
_____________ itu berjalan sambil menggayakan fesyen pakaian terkini.
Peragawati
Seniwati
Wartawan
Sasterawan
