wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Kerja Pasif

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pasukan bomba __________ di tempat kejadian ketika api marak.

a)

timbul

b)

keluar

c)

tiba

d)

terbit

2.

Pemuda itu telah __________ oleh pihak berkuasa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

a)

diberkas

b)

ditahan

c)

diusir

d)

diikat

3.

Sampah sarap di atas sungai itu _______ oleh aliran air sungai yang deras.

a)

dialirkan

b)

dibawakan

c)

dihanyutkan

4.

Kuih donut itu akan _________ ke kedai yang terletak berhampiran rumahnya.

a)

dihantar

b)

dipam

c)

dijual

d)

disidai

5.

Rancangan hiburan itu terpaksa ________ kerana mengalami masalah teknikal.

a)

dibiarkan

b)

dilewatkan

c)

ditangguhkan

d)

dilakukan

6.

Azaman kecewa kerana ___________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.

a)

ditipu

b)

disapa

c)

ditegur

d)

dikunjungi

7.

Piala kejohanan pertandingan hoki itu _________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Taman Megah.

a)

diangkat

b)

disambut

c)

dipegang

d)

dijulang

8.

Pokok rambutan di belakang rumah anaknya _______ oleh Pak Cik Halim.

a)

dicantas

b)

ditetak

c)

dikupas

d)

ditebang

9.

Basikal yang rosak itu terpaksa __________ dengan cepat oleh adik kerana hujan telah turun dengan lebat.

a)

dibawa

b)

dikayuh

c)

dipikul

d)

dituntun

10.

Lubang itu telah _________ oleh Kasim dengan menggunakan sebatang cangkul.

a)

digali

b)

dikopek

c)

dicangkul

11.

Hari Penyampaian Hadiah sekolah saya telah _______ pada bulan Oktober yang lalu.

a)

ditetapkan

b)

dirayakan

c)

diraikan

d)

diadakan

12.

Segala masalah yang dihadapi telah dapat __________ dalam mesyuarat itu.

a)

dibaiki

b)

diselesaikan

c)

diputuskan

d)

ditamatkan

13.

Sebuah banglo di atas bukit telah ________ awal pagi semalam.

a)

runtuh

b)

didiami

c)

musnah

d)

tumbang

14.

Puncak gunung itu ___________ awan pada waktu pagi.

a)

diselubungi

b)

diselaputi

c)

dilingkari

d)

disaluti

15.

Lori itu ______ ke dalam gaung kerana pemandunya mengantuk.

a)

tergolek

b)

terbabas

c)

terpelanting

d)

terperosok

16.

Kakinya ________ ke dalam lubang ketika dia berjalan dalam gelap.

a)

terjelepok

b)

terperosok

c)

tersungkur

d)

terjunam

17.

Aziz ___________ daripada lamunannya apabila disergah oleh rakannya.

a)

tersentak

b)

termangu

c)

terpegun

d)

tercengang

18.

Lutut adik berdarah setelah _________ sewaktu bermain di padang.

a)

terhantuk

b)

terkena

c)

tergesel

d)

terjatuh

19.

Para penonton sungguh _______ apabila melihat kejelitaan penyanyi itu.

a)

terpaku

b)

terpesona

c)

tersentak

d)

tergamam

20.

Papan dinding rumah datuk saya telah berlubang-lubang kerana ________ oleh anai-anai.

a)

digigit

b)

dikunyah

c)

dimakan

d)

ditelan