wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7.1 : Sistem Endokrin Manusia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan ciri sistem endokrin?

a)

terdiri daripada kelenjar tanpa duktus

b)

hormon dirembeskan secara terus di dalam sistem peredaran darah

c)

satu jenis hormon untuk satu organ sasaran

2.

Kelenjar manakah yang hanya dipunyai perempuan?

a)

kelenjar adrenal

b)

pankreas

c)

ovari

3.

Apakah nama kelenjar berwarna kuning di atas buah ppinggang (ginjal).

a)

tiroid

b)

adrenal

c)

pankreas

4.

Apakah nama kelenjar endokrin yang terletak di bahagian hadapan trakea?

a)

pituitari

b)

tiroid

c)

testis

5.

Yang manakah hormon bukan dirembeskan oleh kelenjar pituitari?

a)

hormon antidiuresis

b)

hormon pertumbuhan

c)

hormon tiroksina

6.

Yang manakah bukan cara badan disediakan untuk kegiatan kecemasan?

a)

mengurangkan kadar metabolisme

b)

meningkatkan kadar denyutan jantung

c)

meningkatkan aras glukosa dalam darah

7.

Hormon apakah dirembeskan oleh pankreas?

a)

estrogen

b)

testosteron

c)

insulin

8.

Hormon apakah penting semasa kehamilan?

a)

estrogen

b)

progesteron

c)

testosteron

9.

Yang mnakah bukan ciri-ciri seks sekunder perempuan?

a)

pembesaran pinggul

b)

pembesaran payu dara

c)

pertumbuhan bulu dada

10.

Hormon manakah tidak dirembeskan oleh organ tersebut?

a)

estrogen

b)

insulin

c)

progesteron

11.

Apakah kesan kekurangan hormon tiroksina dalam badan?

a)

lambat akil baligh

b)

anak yang dilahirkan kerdil

c)

akromegali

d)

goiter

12.

Pak Cik Kordi adalah penghidap diabetes mellitus. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan rembesan hormon oleh kelenjar?

a)

kelenjar pituitari

b)

kelenjar tiroid

c)

kelenjar pankreas

d)

kelenjar adrenal

13.

Semasa bersiar-siar, secara tiba-tiba Syamir dikejar seekor anjing yang sangat bengis. Syamir berlari sekuat mungkin, jantungnya berdegup kencang dan anak matanya membesar. Hal ini disebabkan rembesan hormon?

a)

adrenalina

b)

testosteron

c)

insulin

d)

tiroksina

14.

Hormon progesteron berfungsi mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki.

a)

betul

b)

salah

15.

Hormon estrogen berfungsi untuk merangsang penghasilan ovum dan menyediakan uterus untuk penempelan embrio.

a)

betul

b)

salah

16.

Kelenjar endokrin manakah yang juga di kenali sebagai kelenjar induk ?

a)

Ovari

b)

Tiroid

c)

Pankreas

d)

Pituitary

17.

Kelanjar manakah yang menyebabkan pembengkakan di bahagian leher ?

a)

Testis

b)

Pankreas

c)

Kelenjar tiroid

d)

Kelanjar pituitari

18.

Ammar sentiasa berasa dahaga dan kerap meminum air. Maka, urin yang dihasilkan berlebihan dan meyebabkan dia menghidap diabetis insipidus. Hal ini disebabkan oleh

a)

Hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan

b)

Hormon insulin yang berlebihan

c)

kekurangan hormon tiroksina

d)

kekurangan hormon antidiuresis (ADH)

e)

kekurangan hormon insulin

19.

Merujuk kepada rajah, apakah fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Y ?

a)

merangsang penghasilan sperma

b)

merangsang pertumbuhan di peringkat kanak-kanak

c)

menyediakan uterus untuk penempelan embrio

d)

mengawal aras glukosa dalam darah

e)

mengawal kadar metabolisme badan

20.

Apakah hormon yang dirembeskan oleh kelenjar X?

a)

Hormon antidiuresis (ADH) dan hormon insulin

b)

Hormon pertumbuhan dan hormon antidiuresis (ADH)

c)

Hormon adrenalina dan hormon pertumbuhan

d)

Hormon insulin dan hormon tiroksina