NEW
Font size
WorksheetsEJAAN YANG BETUL - SET 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem __________ Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee untuk mengingati pemergiannya.
lagenda
legenda
Pemakaian _________ yang berlainan warna telah menjadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.
stokin
stoking
Pihak pengurusan pasar raya itu memperkenalkan tiket ________ untuk kemudahan pengunjung meletakkan kenderaan di premis tersebut.
pra-bayar
prabayar
Dia tetap berpegang pada adat dan budaya _________ walaupun berada di luar negara lebih daripada sembilan tahun.
timur
timor
Hubungan ____________ yang terjalin erat membolehkan negara dikenali seantero dunia.
antara bangsa
antarabangsa
Pada setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk membiayai pusat-pusat serenti dan menjalankan kempen____________.
anti-dadah
antidadah
Peraduan menulis ________ sewajarnya diperbanyak demi meningkatkan kemahiran menulis bahan ilmiah.
essei
esei
Rakyat Malaysia turut berbangga dengan pencapaian __________kurang upaya dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa.
atlit
atlet
Penerokaan angkasa lepas merupakan bidang baharu yang perlu ________ oleh generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara lain.
dicebori
diceburi
Pertandingan mewarna yang disertai oleh pelajar ________ itu dapat meningkatkan kemahiran seni lukis.
prasekolah
pra sekolah
Remaja hendaklah mengelakkan diri daripada melepak di __________ beli-belah kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah.
komplek
kompleks
___________ kerajaan membasmi kemiskinan tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama antara semua pihak.
Matalamat
Matlamat
Pencapaian _________ pelajar-pelajar sekolah itu amat mengagumkan.
akedemik
akademik
Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menemui pemilik _________ antarabangsa yang hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
passport
pasport
Pelantikan dua hakim wanita sebagai hakim syarie mendapat perkenan daripada Yang _______ Agong.
di Pertuan
di-Pertuan
Penjual barangan __________ itu menyasarkan golongan wanita sebagai pelanggan mereka.
kosmatik
kosmetik
Kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang yang tegas kepada pengguna-pengguna ___________ yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.
jalanraya
jalan raya
Setiap rakyat Malaysia hendaklah fasih bertutur dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan kecintaan mereka terhadap bahasa ___________ negara.
rasmi
resmi
Matlamat sekolah mengadakan program _______ adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.
gotong royong
gotong-royong
Upacara pelantikan pengawas sekolah bagi _______ 2020 akan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.
sessi
sesi
