wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang kita dapat dengan mempelajari tajuk Keselamatan Diri?

a)

Memahami cara menjaga diri

b)

Berkata TIDAK kepada orang yang dikenali dan orang yang tidak dikenali berdasarkan situasi

c)

Menilai akibat jika menerima pelawaan orang yang tidak dikenali

d)

Mengetahui cara melawan orang yang tidak dikenali

2.

Bagamanakah cara menjaga keselamatan diri?

a)

Berjalan berseorangan bila pulang ke rumah

b)

Maklum kepada ibu bapa tentang keberadaan kita

c)

Berjalan berpasangan atau berkumpulan

d)

Elakkan diri dari mengikut orang yang tidak dikenali

3.

Apakah maksud orang yang dikenali?

a)

Orang yang baru berpindah ke negara kita

b)

Orang yang jarang kita nampak

c)

Orang yang kenal rapat dengan diri kita

4.

Siapakah contoh orang yang dikenali?

a)

Ahli keluarga

b)

Pak Cik Bangladesh

c)

Guru

d)

Jiran

5.

Apakah maksud orang yang tidak dikenali?

a)

Orang yang tidak pernah berjumpa atau menyamar sebagai kawan kepada ibu bapa kita

b)

Jiran yang pernah tinggal setaman dengan kita sejak 30 tahun

c)

Rakan sekolah yang bersama-sama belajar dari tahun 1 hingga tahun 6

6.

Mengapa kita perlu berkata TIDAK?

a)

Mendekatkan diri kepada orang yang dikenali

b)

Mengelakkan diri dari orang yang tidak dikenali

c)

Menjauhkan diri dari orang yang dikenali dan tidak dikenali

7.

Situasi yang sepatutnya kita mengatakan TIDAK kepada orang yang dikenali adalah

a)

Ibu menyuruh Ahmad membeli roti di kedai

b)

Adik memberikan buku baru dibeli kepada kita

c)

Azman diajak oleh rakannya untuk mandi manda di sungai

8.

Situasi yang sepatutnya kita mengatakan TIDAK kepada orang yang tidak dikenali adalah...

a)

Perempuan di luar sekolah itu menawarkan aiskrim kepada Zainab selepas habis sesi persekolahan

b)

Ummi Kalsom, kawan kita ingin berkongsi makanan dengan kita semasa waktu rehat di sekolah.

c)

Lelaki berambut keriting mengajak kita berjalan-jalan di taman

9.

Apakah akibat jika kita ikut orang yang tidak dikenali?

a)

Kita akan diculik dan dilarikan oleh mereka

b)

Kita akan dicederakan oleh mereka

c)

Kita akan dilayan seperti raja dan permaisuri

d)

Ibu bapa akan bimbang tentang diri kita

10.

Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan di internet, apakah langkah bijak yang wajar anda lakukan?

a)

Tidak berkongsi maklumat peribadi diri untuk tatapan awam

b)

Tidak upload gambar peribadi di internet

c)

Tidak berhubung dengan orang lelaki

11.
Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _________________ sesebuah keluarga. 
a)
keharmonian
b)
kekayaan
c)
kegagalan
d)
keruntuhan
12.

Apakah maksud komuniti?

a)

Kumpulan manusia yang tinggal di sesuatu tempat

b)

Kumpulan manusia yang tinggal di suatu tempat serta mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat

c)

Kumpulan manusia yang tidak dikenali

13.

Aminah mendapati gambar yang dimuat naik olehnya telah disalahgunakan dan di'viral'kan (ditularkan). Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukannya?

a)

Memadam gambar asalnya

b)

Membalas dendam kepada orang yang menyalahgunakan gambarnya

c)

Melaporkan kepada pihak yang berkuasa

14.

Kumar dan Ah Chan telah dibuli oleh rakan sekelasnya di sekolah. Apakah yang perlu dilakukan mereka?

a)

Memberitahu rakan-rakan untuk membalas dendam

b)

Memaklumkan guru disiplin sekolah

c)

Menjauhi diri daripada pembuli setiap kali di sekolah

15.

Bagaimana cara saya menjaga keselamatan diri di tempat awam?

a)

Saya keluar bersiar-siar ke pusat membeli belah bersama ibu, bapa atau ahli keluarga saya.

b)

Saya tidak akan bertegur sapa dengan orang yang saya tidak kenal.

c)

Saya suka bermain dan berlari-lari di tempat awam seperti pusat membeli belah, perpustakaan awam dan masjid.

d)

Ketika tiba di pusat membeli belah, saya suka untuk bergerak bebas secara bersendirian.

16.

Sewaktu berada di pasaraya bersama ahli keluarga, Suzi ingin ke bilik air. Apakah yang dia perlu lakukan?

a)

Meminta ibu menemaninya.

b)

Meminta izin daripada ayah dan ibu, kemudian pergi bersendirian.

c)

Menahan hajat membuang air kecil sehingga sampai di rumah.

d)

Terus pergi ke tandas tanpa pengetahuan ahli keluarganya

17.

Pilih situasi yang mendorong kepada gangguan tingkah laku sosial

a)

Berhimpit-himpit dengan penumpang lain dengan sengaja semasa berada di dalam pengangkutan awam.

b)

Memasuki tandas awam (perempuan) dengan sengaja

c)

Makan bersama-sama ahli keluarga

d)

Beriadah bersama-sama ahli keluarga

18.

Apakah yang berlaku dalam situasi gambar di atas ?

a)

Gambar tersebut menunjukkan iklan

b)

Gambar tersebut menunjukkan berlaku gangguan seksual daripada seorang penumpang lelaki

c)

Ramai penumpang

d)

Penumpang melayari telefom bimbit.

19.

Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual

b)

Supaya dapat belajar bersama-sama

c)

Supaya tidak bergaduh

20.

Ramli sentiasa menyentuh Fatin semasa berbual dengannya. Antara berikut yang manakah cara penyelesaian bagi situasi di atas?

a)

Membiarkan sahaja Ramli berbuat begitu

b)

Tidak berjumpa dengannya lagi

c)

Menasihati supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi

d)

Menyentuh semula Ramli