wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA TAHUN 6 OLEH CIKGU MARINI

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Amira berasa ________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dinanti-nantikan selama ini akan diumumkan tidak lama lagi.

a)

gusar

b)

risau

c)

celaru

d)

teruja

2.

Tok Dalang mengait _______ kelapa dan memetik _______ langsat di kebun buah-buahannya.

a)

sebiji...setandan

b)

sebutir...selonggok

c)

sebuah...setangkai

d)

setandan...segugus

3.

Anak kembar Cikgu Norazila _______ melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.

a)

masih belum

b)

sudah pernah

c)

masih sedang

d)

belum pernah

4.

"Semalam awak tergesa-tergesa pulang dari sekolah ________?" tanya Roslan kepada sahabat karibnya, Ahmad.

a)

apa

b)

kenapa

c)

di mana

d)

bagaimana

5.

Pejalan kaki dinasihatkan supaya menggunakan _______ yang disediakan untuk melintas jalan yang sibuk.

a)

jejari

b)

jejantas

c)

jejenang

d)

jejambak

6.

"________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading," nasihat Cikgu Dila kepada salah seorang muridnya.

a)

Kami

b)

Kamu

c)

Kalian

d)

Engkau

7.

Encik Khairul memasang semua tingkap dan pintunya dengan _______ untuk menjamin keselamatan keluarganya.

a)

jeriji

b)

gerigi

c)

temali

d)

jemari

8.

Tentera laut telah menembak mati ________ lanun yang merompak sebuah kapal di perairan negara semalam dalam kejadian dalam kejadian tembak-menembak tersebut.

a)

semua

b)

segala

c)

sesetengah

d)

sebilangan

9.

"________ bertenang, semua masalah kalian akan saya selesaikan sedaya upaya saya," kata ketua kampung kepada anak buahnya.

a)

Usah

b)

Harap

c)

Minta

d)

Jemput

10.

_________ untuk bekerja di kedai gunting rambut wanita itu adalah perempuan.

a)

Prakata

b)

Prasyarat

c)

Prasarana

d)

Prawacana

11.

Upacara ________ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

pertabalan

b)

keputeraan

c)

pemakaman

d)

keberangkatan

12.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Delima dinasihati oleh Guru Besar supaya tidak terpengaruh _______ fesyen rambut yang tidak sesuai untuk murid sekolah rendah.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

13.

________ rumah tradisional itu masih utuh kerana diperbuat daripada kayu cengal yang berusia ratusan tahun.

a)

Jenang-jenang

b)

Langit-langit

c)

Para-para

d)

Jari-jari

14.

Bot pendatang tanpa izin yang ditahan oleh pihak berkuasa itu ________ dengan penumpang yang ingin menyusup masuk ke perairan negara.

a)

sarat

b)

sesak

c)

padat

d)

penuh

15.

Pak Cik Adib ________ seberkas kayu api di atas kepalanya sambil ________ selaras senapang dibahunya.

a)

menjulang...mengepit

b)

menjunjung...menyandang

c)

mengandar...mengendong

d)

memikul...menggendong

16.

Tidakan Munirah _______ kerana menceritakan keburukan ahli keluarganya itu kepada rakan-rakannya.

a)

seperti musuh dalam selimut

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai membuka pekung di dada

17.

Teknik _______ batik merupakan salah satu teknik dalam menghasilkan batik yang turut menjadi pilihan penggemar batik.

a)

melukis

b)

melakar

c)

mengecap

d)

mencanting

18.

Arif belum menghantar borang permohonannya untuk ke sekolah asrama penuh ________ tarikh tutup semakin hampir.

a)

namun

b)

walhal

c)

lagipun

d)

lantaran

19.

Puan Mariam menjahit koyakan pada baju itu menggunakan se______ benang.

a)

utas

b)

buku

c)

lembar

d)

gulung

20.

_______, aku tidak percaya Amirul yang menjadi punca pertelingkahan antara Wajdi dan Faiz!

a)

Oh

b)

Ah

c)

Amboi

d)

Aduhai