wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BM PEMAHAMAN 2

Total questions: 20

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
a)
baris
b)
buah
c)
bidang
d)
carik
2.
“_______ mahu ke mana?” tanya Suraya kepada Allysha dan Fatin. 
a)
Anda
b)
Kamu
c)
Kalian
d)
Engkau
3.
Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______ Rantau Abang Terengganu untuk bertelur.  
a)
Bukit
b)
Sungai
c)
Pantai
d)
 Lembah 
4.
Pasukan ekspedisi __________ Gunung Ledang itu bertolak dari Kaki Gunung Ledang pada pukul tujuh pagi.
a)
melalui 
b)
mendaki
c)
menaiki
d)
melewati
5.
Puan Aminah membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.
a)
sebiji
b)
seulas
c)
sesikat
d)
segugus
6.
Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Khassreen, Bassyirah berasa ________ untuk berhadapan dengannya.
a)
malu
b)
rindu
c)
selesa
d)
bangga 
7.
Segala permintaan ibunya, akan __________ oleh Amalin kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.
a)
dipenuhi
b)
memenuhi
c)
dipenuhkan
d)
memenuhkan
8.
Cik Kasinah terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi. 
a)
ke
b)
dari
c)
kepada
d)
daripada
9.
Ibu akan memberikan hadiah kepada Kiswah _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
a)
ketika
b)
supaya
c)
sekiranya
d)
sementara
10.
Kong May _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
a)
guling-guling
b)
pusing-pusing
c)
pulang-pulang
d)
muntah-muntah
11.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.    
a)
buah hati
b)
buah pena
c)
buah mulut
d)
buah tangan
12.

Rusminah _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Hasyimah.

a)

menuliskan

b)

menyerahkan

c)

menyatakan

d)

mengumumkan

13.
Nenek Esah menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.                    
a)
minyak angin
b)
minyak masak
c)
minyak sawit
d)
minyak sayur
14.
Syahidah telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada peperiksaan akhir tahun yang lalu.
a)
klinik
b)
sekolah
c)
syarikat
d)
universiti 
15.
Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.                      
a)
Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dirasmikan oleh Guru Besar.
b)
Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa Melayu.
c)
Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru Besar rasmikan.
d)
Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh Persatuan Bahasa Melayu.
16.
Pilih ayat yang betul.
a)
“Kamu sedang baca buku apa?” tanya Mawar kepada Diana.
b)
“Sejak bila engkau mula menulis cerpen?” tanya wartawan itu kepada Encik Kasman.
c)
“Marilah ikut kita bermain buaian petang nanti,” pelawa Chan kepada Ramu.
d)
“Amboi, sakitnya perutku ini!” kata Syazira.
17.
Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?  
a)
Permainan yang berdarjat
b)
Permainan berbentuk pertempuran 
c)
Permainan bangsawan
d)
Permainan orang India
18.
Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur? 
a)
Pergerakan bebas
b)
Pergerakan melawan arus
c)
Pergerakan mengikut darjat
d)
Pergerakan menyilang
19.
Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi ............... 
a)
darjat dan kedudukan
b)
bilangan buah catur
c)
jumlah petak papan catur
d)
sejenis permainan tradisional
20.
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
a)
Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.
b)
Permainan catur memerlukan 64 buah catur.
c)
Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain.
d)
Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400.