wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2nd Battle : [Kuiz] Ramadan Genius

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah hukum puasa bagi orang Islam yang cukup semua syarat-syarat wajib puasa?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Haram

2.

Berikut merupakan cara-cara untuk menetapkan awal Ramadan, kecuali

a)

Rukyah iaitu melihat anak bulan Ramadan pada petang masuk hari yang ke-30 bulan Syaaban.

b)

tekaan.

c)

Hisab iaitu mengikut perkiraan Ilmu Falak.

3.

Adik Jali bernama Ajiz berumur 12 tahun masih belum baligh. Adakah Ajiz wajib berpuasa?

a)

Ya

b)

Tidak

4.

Jali sekeluarga berbuka puasa dengan makan buah tamar. Apakah yang dipraktikkan oleh Jali sekeluarga?

a)

Wajib puasa

b)

Sunat puasa

c)

Makruh puasa

5.

Akibat terlalu penat bermain bola sepak di halaman rumah, Jali dan adiknya Ajiz telah berbuka puasa 1 minit awal secara sengaja kerana terlalu dahaga. Apakah hukum puasa Jali dan adiknya Ajiz?

a)

Sah

b)

Batal

6.

Ibu Jali bernama Limah mengandung. Apakah hukum puasa Ramadan bagi Limah?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

7.

Jali sekeluarga tidak berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka. Situasi ini menggambarkan bahawa Jali sekeluarga mengamalkan _____________.

a)

syarat wajib puasa

b)

adab ketika berpuasa

c)

makruh ketika berpuasa

8.

Kakak Jali bernama Nana kerap berkumur-kumur ketika berpuasa. Apakah hukumnya?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

9.

Jali mempunyai seorang nenek bernama Opah Fathum berumur 89 tahun dan sudah uzur. Adakah Opah Fathum wajib berpuasa?

a)

Ya

b)

Tidak

10.

Pada Ramadan kedua, Jali telah menjadi gila. Adakah Jali masih diwajibkan puasa pada hari tersebut?

a)

Ya

b)

Tidak

11.

Pada Ramadan ketiga, kakak Jali bernama Nana datang haid 5 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Adakah puasa Nana pada hari itu sah?

a)

Ya

b)

Tidak

12.

Pada Ramadan kelima jam 9.05 pagi, Ibu Jali selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Mina. Apakah hukum puasa Ibu Jali pada hari tersebut?

a)

Sah

b)

Batal

13.

Pada Ramadan ketujuh, Ajiz telah menggosok gigi ketika mandi jam 9.06 pagi dan sesungguhnya Ajiz berpuasa pada hari tersebut. Apakah hukumnya?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

14.

Jali sekeluarga terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19 pada Ramadan kelapan. Adakah puasa Jali sekeluarga batal pada hari tersebut?

a)

Ya

b)

Tidak

15.

Pada Ramadan kesembilan, ayah Jali bernama Seman dipanggil untuk berkhidmat sebagai frontliner. Pada pukul 3.01 petang, Seman berasa terlalu dahaga sehingga tidak mampu berdiri. Apakah hukum berbuka bagi Seman?

a)

Haram

b)

Sunat

c)

Harus