wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 4 - PROSES HIDUP MANUSIA

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara penyataan yang berikut, manakah yang benar tentang menarik nafas?

a)

UDARA KELUAR MELALUI HIDUNG

b)

UDARA KELUAR MELALUI MULUT

c)

UDARA MASUK KE DALAM HIDUNG

d)

UDARA MASUK KE DALAM TELINGA

2.

Johan mendapati kadar pergerakan turun dan naik dadanya bertambah selepas dia berlari di padang. Mengapakah kadar pergerakan dadanya bertambah?

a)

UNTUK MENGAWAL SUHU BADAN

b)

UNTUK MEMASTIKAN PEPARU TERUS BERFUNGSI

c)

UNTUK MEMBOLEHKAN OKSIGEN MASUK KE DALAM PEPARU

d)

UNTUK MEMBEKALKAN LEBIH BANYAK OKSIGEN YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN

3.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang udara hembusan?

a)

UDARA HEMBUSAN MENGANDUNGI LEBIH BANYAK KARBON DIOKSIDA

b)

UDARA HEMBUSAN MENGANDUNGI KURANG OKSIGEN

c)

UDARA HEMBUSAN MENGANDUNGI KURANG KARBON DIOKSIDA

d)

UDARA HEMBUSAN MENGANDUNGI LEBIH BANYAK OKSIGEN

4.

Seorang budak lelaki menarik tangannya apabila memegang gelas yang berisi air panas. Apakah gerak balas yang berlaku?

a)

GERAK BALAS TERHADAP CAHAYA

b)

GERAK BALAS TERHADAP BUNYI

c)

GERAK BALAS TERHADAP BAU

d)

GERAK BALAS TERHADAP SENTUHAN

5.

Gambar menunjukkan gerak balas manusia terhadap rangsangan. Apakah kesimpulan yang boleh dibentuk?

a)

MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP AIR

b)

MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP HABA

c)

MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP BUNYI

d)

MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP BAU

6.

Mengapakah seseorang yang minum minuman beralkohol tidak dibenarkan memandu kenderaan?

a)

INDIVIDU ITU TIDAK DAPAT MELIHAT DENGAN JELAS

b)

INDIVIDU ITU BOLEH MENDAPAT SERANGAN JANTUNG

c)

INDIVIDU ITU MENJADI LEBIH MENGANTUK

d)

INDIVIDU ITU BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN DENGAN PERLAHAN

7.

Gambar menunjukkan organ pernafasan manusia. Apakah nama organ pernafasan tersebut?

a)

JANTUNG

b)

PEPARU

c)

GINJAL

d)

USUS BESAR

8.

Antara aktiviti yang berikut, manakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling tinggi?

a)

MEMBACA

b)

MELAYARI INTERNET

c)

TIDUR

d)

BERENANG

9.

Antara berikut padanan yang manakah salah?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang proses menghembus nafas?

a)

ISIPADU RONGGA DADA MENINGKAT

b)

DADA BERGERAK KE DALAM DAN KE BAWAH

c)

UDARA SEDIKIT PANAS

d)

UDARA BERGERAK DARI LUAR KE DALAM RONGGA DADA

11.

Apakah fungsi diafragma?

a)

MEMBANTU MELINDUNGI PEPARU DARIPADA KECEDERAAN

b)

MEMBANTU MENGAWAL TEKANAN UDARA DALAM PEPARU

c)

MEMBANTU DADA MENGEMBANG SEMASA MENARIK NAFAS

d)

MEMBANTU DADA MENGEMPIS SEMASA MENGHEMBUS NAFAS

12.

Rajah menunjukkan seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kwashiorkor. Apakah punca kanak-kanak mengalami penyakit tersebut?

a)

PENGAMBILAN DADAH YANG BERLEBIHAN

b)

PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK BERKHASIAT

c)

PENGAMBILAN MAKANAN YANG TERLALU BANYAK

d)

PENGAMBILAN MINUMAN BERALKOHOL

13.

Mengapakah manusia menjalakankan proses perkumuhan dan proses penyahtinjaan?

a)

UNTUK MEMASTIKAN PROSES PERNAFASAN BERFUNGSI DENGAN BAIK

b)

UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN BADAN

c)

UNTUK MEMBERSIHKAN DARAH MANUSIA

d)

UNTUK MEMBERSIHKAN ORGAN-ORGAN MANUSIA

14.

Gambar menunjukkan salah satu organ perkumuhan. Apakah hasil perkumuhan organ ini?

a)

PELUH

b)

WAP AIR

c)

AIR KENCING

d)

KARBON DIOKSIDA

15.

Apakah maksud hasil perkumuhan ?

a)

BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DICERNAKAN

b)

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN

c)

BAHAN-BAHAN BUANGAN YANG TIDAK DIPERLUKAN OLEH BADAN

d)

BAHAN-BAHAN BUANGAN YANG DIKUMUHKAN MELALUI NYAHTINJA

16.

Apakah gerak balas pertama kamu apabila mendengar bunyi guruh?

a)

MENJERIT DENGAN KUAT

b)

MENYOROK DI BAWAH SELIMUT

c)

BERLARI KE DALAM BILIK

d)

MENUTUP TELINGA DENGAN CEPAT

17.

Apakah amalan baik untuk memastikan organ perkumuhan sentiasa dalam keadaan baik?

a)

MENGAMBIL MINUMAN BERALKOHOL

b)

BERSENAM SETIAP HARI

c)

MEROKOK SETIAP HARI

d)

MENGAMBIL MINUMAN BERKARBONAT

18.

Gambar menunjukkan reaksi seorang budak lelaki apabila seekor katak tiba-tiba melompat ke arahnya. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak itu?

a)

MANUSIA AKAN TERNGANGA APABILA TERKEJUT

b)

MANUSIA AKAN MENJERIT APABILA TERKEJUT

c)

MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

d)

MANUSIA MELINDUNGI KATAK DARIPADA BAHAYA

19.

Antara tabiat berikut, yang manakah boleh menyebabkan kanser paru-paru ?

a)
b)
c)
d)
20.

Bahan makanan yang tidak tercerna perlu disingkirkan dari badan. Antara yang berikut, yang manakah kesan jika bahan makanan tidak tercerna itu tidak disingkirkan?

a)

KANSER USUS

b)

SAKIT JANTUNG

c)

OBESITI

d)

DIABETES

21.

Antara poster yang berikut, manakah yang paling sesuai digunakan dalam kempen menentang minum minuman keras?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Issabela mempunyai anak mata yang berwarna coklat. Antara pernyataan berikut, daripada siapakah Issabela mewarisi warna anak mata itu?

a)

AYAH ISABELLA MEMPUNYAI ANAK MATA BERWARNA HITAM

b)

IBU ISABELLA MEMPUNYAI ANAK MATA BERWARNA HITAM

c)

DATUK ISABELLA MEMPUNYAI ANAK MATA BERWARNA COKLAT

d)

ADIK ISABELLA MEMPUNYAI ANAK MATA BERWARNA COKLAT

23.

Gambar menunjukkan Zaki menyedut dan menghembus nafas. Jika X mewakili udara yang disedut dan Y mewakili udara yang dihembus, manakah antara pernyataan berikut adalah benar?

a)

X BERISI LEBIH OKSIGEN

b)

Y BERISI KURANG OKSIGEN

c)

X BERISI LEBIH KARBON DIOKSIDA

d)

Y BERISI KURANG KARBON DIOKSIDA

24.

Mengapakah apabila kita menyetuh objek yang panas, kita dengan serta merta menarik tangan kita dari objek itu?

a)

BADAN KITA BERGERAK BALAS TERHADAP OBJEK PANAS

b)

BADAN KITA TIDAK MERASA KEPANASAN

c)

BADAN KITA BOLEH MENAHAN KEPANASAN

d)

BADAN KITA BERGERAK BALAS TERHADAP SEBARANG OBJEK

25.

Antara yang berikut, yang manakah bukan organ perkumuhan?

a)
b)
c)
d)
26.

Jadual menunjukkan bilangan pergerakan dada selepas tiga aktiviti yang berbeza. Berdasarkan keputusan dalam jadual, pilih kesimpulan yang tepat ?

a)

BILANGAN PERGERAKAN DADA BERKURANG SELEPAS AKTIVITI CERGAS

b)

BILANGAN PERGERAKAN DADA BERUBAH APABILA AKTIVITI BERUBAH

c)

BILANGAN PERGERAKAN DADA BERTAMBAH APABILA KEAKTIFAN AKTIVITI BERTAMBAH

d)

BILANGAN PERGERAKAN DADA BOLEH DIKAWAL OLEH AKTIVITI YANG DILAKUKAN

27.

Gambar menunjukkan bahagian organ perkumuhan manusia. Apakah hasil perkumuhan organ tersebut?

a)

AIR KENCING

b)

PELUH

c)

KARBON DIOKSIDA

d)

WAP AIR

28.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan proses untuk manusia mendapatkan oksigen daripada udara?

a)

PERNAFASAN

b)

PENYAHTINJAAN

c)

PENCERNAAN

d)

PEMBIAKAN

29.

Gambar menunjukkan satu tabiat buruk manusia. Apakah kesan pengambilan dadah secara berlebihan kepada seorang individu?

a)

SAKIT JANTUNG

b)

OBESITI

c)

KEROSAKAN OTAK

d)

DIABETES

30.

Proses manusia yang menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

a)

PENYAHTINJAAN

b)

PENCERNAAN

c)

PERWARISAN

d)

PERKUMUHAN

31.

Makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh organ K. Apakah organ K?

a)
b)
c)
d)
32.

Apakah yang berlaku semasa menarik dan menghembus nafas?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

33.

Mengapakah manusia perlu menjalankan proses penyahtinjaan?

a)

UNTUK MENYINGKIRKAN AIR BERLEBIHAN DALAM BADAN

b)

UNTUK MENYINGKIRKAN BAHAN MAKANAN YANG TIDAK TERCERNA DARI BADAN

c)

UNTUK MENGELAKKAN OBESITI

d)

UNTUK MENGELAKKAN DIABETES

34.

Antara berikut, manakah ciri keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa?

a)

RUPA PARAS

b)

KEGEMARAN

c)

JENIS RAMBUT

d)

WARNA KULIT

35.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tabiat buruk?

a)
b)
c)
d)
36.

Gambar menunjukkan sejenis organ manusia. Bahan buangan yang manakah disingkirkan oleh organ ini?

a)

UREA

b)

TINJA

c)

PELUH

d)

KARBON DIOKSIDA

37.

Rokok mengandungi bahan yang berbahaya. Apakah kandungan asap rokok yang boleh memudaratkan kesihatan manusia?

a)

WAP AIR

b)

ASID

c)

ALKALI

d)

NIKOTIN

38.

Antara berikut, yang manakah memberikan kita kehidupan yang sihat?

a)

MAKAN MAKANAN RINGAN

b)

TIDUR LEWAT

c)

MINUM AIR BERKARBONAT

d)

MINUM AIR MASAK LAPAN GELAS SEHARI

39.

Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak yang memakan makanan yang tidak seimbang. Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang?

a)

KEROSAKAN OTAK

b)

KANSER OTAK

c)

OBESITI

d)

KANSER PARU-PARU

40.

Mengapakah menunggang basikal merupakan amalan hidup yang sihat?

a)

MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS

b)

MEMPERCEPATKAN TUMBESARAN

c)

MENYIHATKAN BADAN

d)

MELAMBATKAN TINDAK BALAS BADAN