NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu PT3 (Peribahasa) - Cikgu Ross
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kumar menjadi ... pasukan sekolahnya dalam perlawanan hoki pada petang itu.
anak didik
ayam tambatan
kaki ayam
anak emas
Pegawai tentera yang ... itu telah dihukum penjara seumur hidup.
bertegang leher
berat sebelah
berpaling tadah
pisau cukur
Puan Kamari sentiasa ... dengan sikap suaminya yang curang itu.
makan dalam
makan hati
makan suap
makan ulam
Sejak Pak Husin jatuh sakit, keluarganya terpaksa ...
makan hati
ikat perut
makan suap
bersusah payah
Hamidah ... apabila melihat berbagai-bagai jenis kain baju yang dijual di kedai itu.
ada hati
sakit mata
rambang mata
sejuk mata
Sikap Encik Zaini yang menghadiahi Mak Munah sehelai kain kerana Mak Munah menjaga rumahnya adalah seperti ...
ada gula ada semut
alah bisa, tegal biasa
beri betis, hendak peha
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Pegawai itu menuduh kami dengan ... tanpa menyiasat terlebih dahulu.
bulat fikiran
membabi buta
hentam saja
serkap jarang
Dia dan keluarganya ... apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.
langkah seribu
angkat kaki
berpatah arang
berpaling tadah
Sejak mendapat keuntungan menjual saham, Haron bagai ...
kucing kehilangan anak
tikus membaiki labu
tikus jatuh ke beras
kacang lupakan kulit
Nasib Budin sungguh malang kerana ...
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
siapa makan lada, dia terasa pedasnya
masuk telinga kiri, keluar telinga kanan
lepas mulut buaya, masuk mulut harimau
Kerja itu tidak sempurna dilakukan kerana bagai ...
melepaskan batok di tangga
bumi dengan langit
rumput di tepi jalan
gergaji dua mata
Keluarga Encik Murad dan Encik Hasan seperti ...
ular kena palu
anak ayam kehilangan ibu
aur dengan tebing
cincin dengan permata
Disebabkan sikap Ali yang sombong, saya tidak akan berkawan dengannya lagi ibarat ...
menanam tebu di tepi bibir
alang-alang mandi biar basah
melukut di tepi gantang
berpatah arang berkerat rotan
Kamal sentiasa mengikut sahaja semua kata dan arahan ketuanya itu tanpa sebarang bantahan ...
bagai katak di bawah tempurung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti abu di atas tunggul
umpama galah di tengah arus
Walaupun Rosli yang berbuat bising, namum kami turut didenda oleh Cikgu Kalsom umpama ...
seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
rambut sama hitam, hati lain-lain
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
lembu punye susu, sapi dapat nama
