Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 4 : TATABAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pagi _______, kami akan mendaki Gunung Nuang bersama dengan Abang Razman.

a)

itu

b)

ini

c)

sana

d)

sini

2.

Iris _____________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.

a)

akan

b)

masih

c)

boleh

d)

sedang

3.

Ibu melarang Maria keluar rumah ______________ cuaca di luar sangat panas.

a)

hingga

b)

malahan

c)

kerana

d)

sungguhpun

4.

Ibu ______________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.

a)

menatang

b)

menjinjing

c)

menjulang

d)

memegang

5.

Suasana di pasar malam itu kedengaran_________________.

a)

punah-ranah

b)

kacau-bilau

c)

kucar-kacir

d)

riuh-rendah

6.

Buku yang laris ____________ pasaran itu dikarang oleh angkasawan negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

a)

di

b)

pada

c)

ke

d)

kepada

7.

Sesi __________________ untuk mencari wakil pemantun sekolah sedang diadakan di dalam dewan itu.

a)

temu bual

b)

temu mesra

c)

uji bakat

d)

uji kaji

8.

" Kamu semua dikehendaki menyerahkan tugasan _______________ esok, " kata Cikgu Khairul kepada murid-muridnya.

a)

setiap

b)

masing-masing

c)

setengah

d)

sebahagian

9.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
10.

Disebabkan sikap Rani yang garang seperti ________ , dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya.

a)

semut

b)

kancil

c)

keldai

d)

singa

11.

Semasa perhimpunan pagi, semua murid dikehendaki ____________ ikrar sekolah dengan penuh semangat.

a)

meluahkan

b)

menuturkan

c)

melafazkan

d)

mengucapkan

12.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
a)
Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Aziymei terus menendang bola itu.
b)
Kaki Aziymei terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.
c)
Aziymei dan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.
d)
Apabila pengadil meniup wisel, Aziymei pun ditendang bola.
13.

Guru Besar ________________ atas kejayaan pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri tahun ini.

a)

besar hati

b)

murah hati

c)

panjang akal

d)

manis mulut

14.

Sejak dari kecil dia merupakan seorang yang ___________________. Tidak hairanlah jika dia sering terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato.

a)

tajam akal

b)

mulut manis

c)

fasih lidah

d)

ringan tulang

15.
Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.
a)
khabar baik
b)
surat khabar 
c)
khabar angin
d)
khabar gembira