WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3 -Kata Penguat
Total questions: 30
Worksheet time: 14mins
Rasa kopi yang dibancuh oleh Aqilah _________ manis.
sekali
benar
betul
agak
Danial merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
sekali
benar
betul
paling
Tulisan Umairah_________ cantik dan kemas.
sekali
benar
sungguh
nian
Cerita yang dikarang oleh Balqis itu _________ menarik.
sekali
benar
nian
amat
Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Celine ____________rangup.
sekali
benar
nian
amat
Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
terlalu
sekali
betul
nian
Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.
agak
paling
sekali
terlalu
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
agak
betul
paling
terlalu
Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
amat
agak
paling
terlalu
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
Sungguh kurang sopan perangai kamu.
Betul kurus kamu sekarang.
Lembut nian kek yang dibuat oleh Mazni itu.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Cuaca pada hari ini panas betul.
II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Kamus biru itu __________ tebal.
sekali
terlalu
benar
Antara batu permata itu, berlianlah yang ___________ mahal.
paling
sekali
benar
betul
Sang monyet _______ pintar kerana berjaya menipu Sang Belang.
sungguh
terlalu
paling
agak
Datuk yang baru balik dari kebun tadi kelihatan letih _____ .
nian
benar
tidak
terlalu
Rasa kopi yang kurang gula itu _________ pahit.
nian
agak
betul
benar
Para doktor dan jururawat ___________ letih menguruskan pesakit COVID-19 itu .
amat
sekali
betul
nian
Tindakan yang _________ tegas akan diambil jika melanggar peraturan itu.
amat
benar
nian
sekali
Jalan di kawasan itu agak bahaya.
BETUL
SALAH
Sekali cantik rantai mutiara itu.
BETUL
SALAH
Cantik amat pemandangan di tepi pantai itu.
SALAH
BETUL
Pilih ayat yang menggunakan kata penguat yang betul.
Kereta itu sungguh cantik dan menarik.
Kereta itu cantik dan menarik agak.
