NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
"___________ akan berjumpa dengan Cikgu Mala pada petang nanti," kata Hazizi kepada Hadif.
Saya
Beta
Patik
Kami
"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mahmod Syah.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
Walaupun Malaika anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.
dia
baginda
beliau
mereka
"Sebagai murid, _____________________ mesti menghormati guru," kata Kyairah kepada kawan-kawannya.
kami
engkau
kita
kalian
"______________________ tidak bersalah tuanku," kata Hang Jebat.
Patik
Beta
Saya
Aku
"________________ berjanji akan memastikan rakyat negeri ini hidup dalam aman dan makmur" titah Sultan Adam Shah.
Baginda
Beta
Hamba
Patik
Puan Zanariah ialah guru besar sekolah saya._______________akan bersara pada minggu hadapan.
Baginda
Kalian
Dia
Beliau
Mengapakah________________tidak hadir ke sekolah semalam?'' tanya cikgu Fahada kepada Azizi.
engkau
kamu
mereka
dia
"...........................tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat," kata Dhuha setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Suffian.
Kami
Saya
Beta
Hamba
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fasihah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
saya
kalian
kami
awak
.............pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku,” kata Aliya kepada Katrina
Aku
saya
Saya
Kami
“...........turut gembira atas kejayaan kamu dalam pertandingan perbahasan itu,”kata Zulkarnain kepada Fariz.
Saya
Kami
Kita
Kamu
" _____________hendak ke mana?" tanya Hafiz kepada pemuda itu.
Dia
Awak
Baginda
Saya
Batrisyah dan Aleeya berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.
Mereka
Engkau
Dia
Beliau
"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.
beta
tuanku
patik
hamba
Aminah seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 6 Tekun.
Hamba
Patik
Saya
Dia
Sultan Selangor akan berangkat menghadiri majlis itu. _____ akan diiringi oleh Menteri Besar.
Beliau
Dia
Baginda
Mereka
"Sebagai murid, ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata Cikgu Junaina.
dia
kita
kamu
mereka
Cikgu Manisa sudah sebelas tahun bertugas di sekolah ________ . _________ akan bersara pada tahun hadapan
kita ... Ia
kami ... Dia
saya ... Dia
kami ... Beliau
"Ampun ___________ beribu ampun, sembah ____________ harap diampun", sembah Panglima Emir di hadapan Sultan Zulkarnain Shah.
patik, tuanku
tuanku, patik
hamba, tuan hamba
patik, beta
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.
ia
dia
beliau
baginda
Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul
Dia, Kami, Kita
Mereka, Beliau, Baginda
Saya, Kami, Beta
Baginda, Dia, Kalian
"Cikgu Amira menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Intan kepada kawan-kawannya.
saya
kamu
kita
kalian
"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Nadhirah kepada kakaknya.
mereka
kalian
kami
kita
