NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
cair
putih
pekat
merah
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singkat
longgar
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
Marsya berasa ______________ semasa meraikan harijadinya.
pilu
malu
cemas
gembira
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang _______.
tinggi
besar
kontot
panjang
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ___________ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Roziah yang ringan mulut itu sungguh _____________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam ____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.
sangsi
hairan
kagum
kaget
Dia didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan fikiran yang _______________.
bersih
betul
baik
waras
Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.
laju
deras
kencang
pantas
Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.
cermat
baik
bijak
teliti
Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.
keras
liat
empuk
lembut
Dulang tembaga di dalam almari itu ... sahaja kerana sudah lama tidak digilap.
muram
kusam
malap
suram
Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.
laju
licin
halus
santai
Syifa terpaksa membuang minyak masak itu kerana telah berbau ............... .
tengik
basi
hanyir
hamis
