Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 3

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Pada Zaman Paleolitik, manusia menggunakan peralatan yang diperbuat daripada ...kecuali

a)

batu

b)

besi

c)

kayu

d)

tulang binatang

2.

Gambar berikut menunjukkan Stonehenge di Britain yang dibina antara 3700 hingga 1600 SM. Apakah ynag boleh dikaitkan dengan binaan tersebut?

a)

Kawasan perkuburan

b)

kawasan perumahan

c)

tempat mengkaji bintang

d)

tempat melukis

3.

Gambar berikut menunjukkan Catal Huyuk, Turki. Kawasan tersebut telah didiami oleh manusia Zaman Prasejarah antara 7100-600SM. Apakah aktiviti utama manusia pada ketika itu?

a)

perikanan

b)

pelayaran

c)

pertanian

d)

pertukangan

4.

Gobekli Tepe, Turki diduduki oleh manusia pada 12000M. Binaan batu di tapak tersebut berkaitan dengan

a)

acara sukan

b)

upacara ritual

c)

aktiviti pertanian

d)

urusan perdagangan

5.

Lenggong, Perak merupakan antara tapak Zaman Prasejarah yang terpenting di rantau Asia. Apakah penemuan penting yang dapat membuktikan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara kita?

a)

Penemuan Perak Man

b)

Penemuan Peking Man

c)

Perjumpaan cap mohor

d)

Perjumpaan batu bersurat

6.

Apakah aktiviti utama yang dijalankan oleh manusia di Sa Hyun, Vietnam (1000SM - 200M)?

a)

menenun kain

b)

membuat tembikar

c)

mengutip hasil hutan

d)

menjalankan perdagangan

7.

Mengapakah aktiviti mengumpul makanan semakin berkurangan pada Zaman Neolitik?

a)

Aktiviti pertanian dijalankan

b)

perkongsian makanan berlaku

c)

bahan makanan semakin kurang

d)

perpindahan manusia ke tempat lain

8.

Manusia Zaman Neolitik menguruskan mayat dengan teliti dan mengebumikan mayat dengan sempurna. Mengapakah mereka berbuat demikian?

a)

kepercayaan animisme

b)

kehidupan mereka bahagia

c)

kepercayaan kehidupan selepas mati

d)

kesayangan mereka kepada si mati

9.

Peralatan yang dihasilkan oleh manusia Zaman Logam lebih mementingkan

a)

saiz

b)

kualiti

c)

bentuk

d)

nilai estetika

10.

Gambar berikut menunjukkan Angkor Wat yang dibina di Kemboja. Apakah tujuan bangunan tersebut dibina?

a)

keagamaan

b)

kebanggaan

c)

pelancongan

d)

pentadbiran

11.

Antara berikut, yang manakah bukan tapak Zaman Paleolitik di Malaysia?

a)

Tingkayu, Sabah

b)

Gua Niah, Sarawak

c)

Kota Tampan, Perak

d)

Jenderam Hilir, Selangor

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan tapak Zaman Logam di Malaysia?

a)

Lembah Bernam, Selangor

b)

Jenderam Hilir, Selangor

c)

Gua Kecil, Pahang

d)

Lubang Angin, Sarawak

13.

Gua Madai, Sabah dan Gua Cha, Ulu Kelantan merupakan tapak Zaman _____________________ di Malaysia.

a)

Paleolitik

b)

Hoabinhian

c)

Neolitik

d)

Logam

14.

Apakah bahan yang digunakan oleh manusia Zaman Prasejarah untuk membuat lukisan pada dinding gua?

a)

cat dan arang

b)

arang dan oker merah

c)

oker merah dan pisau

d)

pisau dan cat

15.

Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit. Amalan tersebut adalah berkaitan dengan

a)

pertanian

b)

perburuan

c)

kesenian

d)

kepercayaan

16.

Apakah kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh manusia di lokasi-lokasi berikut?

Hulu Tembeling, Pahang Jenderam Hilir, Selangor Lembah Nenggeri, Ulu Kelantan

a)

penanaman padi

b)

pemburuan binatang liar

c)

pengumpulan hasil hutan

d)

perdagangan antara kawasan

17.

Berikut ialah Zaman Batu kecuali

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Logam

d)

Zaman Neolitik

18.

Apakah penemuan yang ditemui di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor?

a)

manik

b)

lukisan gua

c)

ukiran batu

d)

loceng gangsa

19.

Aakh yang dimaksudkan dengan Zaman Prasejarah?

a)

Zaman sebelum manusia bertamadun

b)

Zaman sebelum manusia mengenal api

c)

Zaman sebelum manusia mengenal tulisan

d)

Zaman manusia hidup bersama haiwan

20.

Apakah bentuk kepercayaan manusia Zaman Paleolitik?

a)

Animisme

b)

Penyembahan patung

c)

Kehidupan selepas mati

d)

Kepercayaan kepada Tuhan