wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.3 Darah Manusia

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi darah manusia?

a)

Mengangkut bahan-bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrien

b)

Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh lain dari badan

c)

Mengangkut karbon monoksida ke dalam sel badan

2.

Darah merupakan sejenis....

a)

Sebatian

b)

Campuran

c)

Unsur

3.

Komponen darah boleh diasingkan menggunakan kaedah...

(a)  

4.

Fungsi utama sel darah merah ialah..

a)

membekukan darah bagi menghentikan pendarahan

b)

membantu mepertahankan badan daripada jangkitan penyakit

c)

mengangkut oksigen ke seluruh badan dan mengangkut karbon dioksida dari sel badan ke peparu

5.

Sel darah putih berfungsi untuk...

a)

mengangkut oksigen ke seluruh badan dan mengangkut karbon dioksida dari sel badan ke peparu

b)

membekukan darah

c)

membantu mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit

6.

Fungsi platlet ialah...

a)

membekukan darah bagi menghentikan pendarahan

b)

membantu mempertahankan badan dari jangkitan penyakit

c)

mengangkut oksigen ke seluruh badan

7.

Komponen darah: Darah terdiri daripada ampaian...


i. sel darah merah

ii. sel darah putih

iii. platlet

iv. plasma

a)

i sahaja

b)

i dan ii

c)

i dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

8.

Apakah bentuk sel darah merah?

a)

cakera dwicekung

b)

tidak tetap

c)

bulat

d)

serpihan sel

9.

Plasma merupakan bahagian cecair dalam darah yang berwarna ______________.

a)

merah

b)

kuning

c)

putih

d)

biru

10.

Sel darah putih lebih besar daripada sel darah merah.

a)

BENAR

b)

PALSU

11.

Tandakan semua komponen darah yang betul

a)

Sel darah merah

b)

Sel darah putih

c)

Platlet

d)

Plasma darah

12.

Kenal pasti komponen darah di atas.

a)

sel darah merah

b)

sel darah putih

c)

plasma darah

d)

platlet

13.

Apakah X?

a)

Sel darah merah

b)

Sel darah putih

c)

Plasma darah

d)

Platlet

14.

Apakah cecair kuning yang terdapat di dalam tabung uji ?

a)

Sel darah merah

b)

Sel darah putih

c)

Plasma darah

d)

Platlet

15.

Apakah kepentingan hemoglobin dalam sel darah merah?

a)

Untuk membunuh bakteria

b)

Membantu mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit

c)

Membantu dalam pembekuan darah

d)

Mengangkut oksigen dalam badan

16.

Darah manusia terdiri daripada dua bahagian, iaitu 55% __________ dan 45% sel darah.

a)

plasma

b)

platlet

c)

sel darah putih

17.

Pakar perubatan yang mengkaji komponen, kandungan dan penyakit yang berkaitan dengan darah manusia dikenali sebagai apa

a)

Pakar onkologi

b)

Ahli hematologi

c)

Ahli kimia

d)

Pakar kardiologi

18.

Tandakan antigen yang terdapat dalam darah individu daripada kumpulan darah AB

a)

Antigen A

b)

Antigen B

c)

Tiada antigen

19.

Apakah yang akan berlaku jika antibodi menyerang antigen yang sepadan dengannya

a)

Badan menjadi lebih kuat

b)

Darah sukar membeku

c)

Penggumpalan darah berlaku

d)

Tiada perubahan

20.

Tuliskan satu jenis antigen yang wujud dalam sel darah merah

(a)  

21.

Antibodi anti-A akan menyerang antigen apa?

a)

Antigen A

b)

Antigen B

c)

Antigen A dan antigen B

22.

Berapakah berat minimum untuk seseorang menderma darah?

a)

30 kg

b)

45 kg

c)

55 kg

d)

100 kg

23.

Nyatakan kumpulan darah penderma darah dalam rajah

a)

A

b)

B

c)

AB

d)

O

24.

Individu dari kumpulan darah manakah yang dikenali sebagai penerima universal?

a)

A

b)

B

c)

AB

d)

O

25.

Individu yang boleh menderma kepada semua kumpulan darah dikenali sebagai penderma universal. Apakah jenis darah individu itu?

a)

A

b)

B

c)

AB

d)

O

26.

Alice baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya. Beliau kehilangan banyak darah. Alice memerlukan seseorang untuk menderma darah kepadanya. Alice memiliki kumpulan darah jenis A. Jadi penderma dari kumpulan jenis darah yang manakah boleh menderma kepada Alice?

a)

A dan B

b)

A dan O

c)

A dan AB

d)

B dan AB

27.

Antara berikut, siapakah yang boleh menderma darah?

a)

Seorang yang berumur 17 tahun berjisim 60 kg

b)

Seorang yang berumur 18 tahun berjisim 44 kg

c)

Seorang yang berumur 19 tahun berjisim 45 kg

d)

Seorang yang berumur 60 tahun berjisim 58 kg

28.

Beg darah yang diderma oleh penderma mengandungi natrium sitrat. Apakah fungsi natrium nitrat?

a)

bagi menghalang pembekuan darah

b)

menjadikan darah beku

c)

menjadikan darah tahan lama

d)

menjadikan darah neutral

29.

Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk...

a)

menyelamatkan mangsa kemalangan

b)

merawat pesakit hemofilia dan leukimia

c)

menyembuhkan penyakit kencing manis

d)

merawat pesakit mental

30.

Pilih maklumat yang betul untuk menerangkan rajah di atas.

a)

Bunyi 'DUP' dihasilkan.

b)

Keadaan DIASTOL

c)

Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dipanggil bacaan DIASTOLIK

d)

Bacaan tekanan diastolik bagi seorang pemuda normal ialah 75 mm Hg

31.

Bunyi 'DUP' dihasilkan apabila

a)

Pengenduran Ventrikel.

b)

Penutupan injap sabit pada Aorta dan Arteri Pulmonari.

c)

Darah memasuki Ventrikel.

32.

Namakan alat ini yang digunakan untuk mengambil bacaan Sistolik dan Diastolik.

a)

Termometer

b)

Barometer

c)

Sfigmomanometer

33.

Mengapakah bacaan tekanan Sistolik 120 mm Hg lebih tinggi dari bacaan tekanan Diastolik 75 mm Hg?

a)

Dinding Ventrikel mengecut dengan kuat untuk menolak darah keluar dari jantung dan mengalir ke seluruh badan.

b)

Dingding Atrium mengecut dan menolak darah ke Ventrikel.

34.

Pilih faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi.

a)

Keaktifan aktiviti fizikal

b)

Jantina

c)

Umur

d)

Kesihatan badan

35.

Pilih situasi dengan kadar denyutan nadi paling tinggi.

a)
b)
c)
d)