WorksheetsRUMUSAN
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Dalam penulisan sesebuah rumusan, rumusan yang lengkap mempunyai ____ perenggan.
satu
dua
tiga
empat
Panjang sesebuah penulisan rumusan ialah ...
melebihi 120 patah perkataan
tidak melebihi 120 patah perkataan
kurang daripada 100 patah perkataan
tidak melebihi 100 patah perkataan
Apakah kata kunci yang sinonim dengan perkataan sebab-sebab?
implikasi-implikasi
faedah-faedah
faktor-faktor
usaha-usaha
Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan kelebihannya kepada para pelajar.
Berdasarkan tajuk rumusan di atas, yang manakah cara penulisan rumusan yang betul?
Rumusan membincangkan kesan-kesan guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Rumusan membincangkan punca-punca guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Rumusan membincangkan tentang punca-punca guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Petikan membincangkan punca-puna guru harus dihormati dan kelebihannya kepada pelajar.
Berapakah isi tersurat yang maksimum diperlukan dalam penulisan sesebuah rumusan yang lengkap?
5 isi
6 isi
7 isi
8 isi
Sekiranya isi tersurat penulisan kamu ialah 6, berapakah isi tersirat yang diperlukan dalam sesebuah rumusan?
1 isi
2 isi
3 isi
4 isi
Apakah elemen yang perlu ada dalam perenggan penutup sesebuah rumusan?
cadangan dan harapan
pihak yang terlibat dan cadangan
peribahasa
pihak yang terlibat, cadangan dan harapan
Buat satu rumusan tentang sebab-sebab guru harus dihormati dan kelebihannya kepada para pelajar.
Berdasarkan tajuk rumusan di atas, bagaimanakah cara permulaan untuk menulis bahagian isi tersurat yang betul?
Antaranya ialah...
Antara sebab-sebab guru harus dihormati ialah...
Antara sebab guru harus dihormati ialah...
Sebab-sebab guru harus dihormati ialah...
Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan ialah...
Subjek + Keterangan
Subjek + Predikat
Frasa Nama + Keterangan
Predikat + Frasa Kerja
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan peranan?
cara-cara
akibat
tugas
kriteria
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan keunikan?
faedah
keistimewaan
implikasi
kriteria
Bagaimana murid mengenal pasti isi tersurat?
cari dalam petikan
buat sendiri
boleh diabaikan
Nyatakan bahagian perenggan tersebut.
Perkataan berikut sinonim dengan cara-cara KECUALI
Usaha-usaha
Langkah-langkah
Ciri-ciri
Tindakan
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan kebaikan?
Punca
Manfaat
Tindakan
Fungsi
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan implikasi?
Kesulitan
Alasan
Natijah
Usaha
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan halangan ?
Keburukan
Kesulitan
Potensi
Kesan
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan strategi?
Peranan
Akibat
Langkah
Potensi
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan kesan positif ?
Kepentingan
Potensi
Pendekatan
Fungsi
Apakah kata kunci yang sinonim/sama maksud dengan perkataan kepincangan ?
Punca
Kesan
Usaha
Tanggungjawab
Yang manakah betul?
Satu langkah
Salah satu langkah
Yang manakah betul?
Antara cara
Antara cara-cara
Yang manakah betul?
dalam menangani wabak
untuk menangani wabak
Yang manakah betul?
dari kerajaan
daripada kerajaan
Yang manakah betul?
kolaborasi angkatan tentera
kolaboratif angkatan tentera
Yang manakah betul?
dinasihati agar duduk di rumah
dinasihatkan agar duduk di rumah
Yang manakah betul?
boleh membasmi kuman
dapat membasmi kuman
Yang manakah betul?
menggunakan hand-sanitizer
menggunakan pensanitasi tangan
Yang manakah betul?
kena marah oleh
kena marah dengan
Yang manakah betul?
berbuat bising
membuat bising
Nelayan-nelayan itu tidak akan turun ke laut selagi ombak belum teduh.
Perkataan seerti bagi teduh ialah
reda
naik
pasang
kocak
Puan Zaiton menjunjung bakul yang sarat dengan ubi keledek.
Perkataan seerti bagi menjunjung ialah
menghela
membawa
mengheret
menjinjing
Ramli berasa kurang senang kerana pendapatnya sering disanggah.
Perkataan seerti bagi disanggah ialah
ditegur
diherdik
dibantah
ditengking
Puan Ida membantah keras cadangan suaminya untuk berpindah ke rumah baru.
Perkataan seerti bagi keras ialah
kasar
tegas
segera
marah
Persatuan belia di kampung saya mengadakan bengkel menganyam tikar.
Perkataan seerti bagi menganyam ialah
menjalin
membuat
menyusun
menyulam
Perigi itu menjadi tohor akibat banjir lumpur.
Perkataan seerti bagi tohor ialah
luas
cetek
halus
sempit
Penonton tergelak apabila melihat persembahan badut itu.
Perkataan seerti bagi tergelak ialah
tertawa
terbeliak
tersenyum
terperanjat
Ismail dan rakannya sedang menunggu Amin di perhentian bas.
Perkataan seerti bagi menunggu ialah
menengok
menanti
menjemput
menyambut
Nenek mengunyah sirih sehingga hancur sebelum menelannya.
Perkataan seerti bagi mengunyah ialah
menyiat
menggigit
mengoyak
memamah
Ahli Jawatankuasa Kebajikan telah mengesyorkan perkara itu dalam mesyuarat yang lalu.
Perkataan seerti bagi mengesyorkan ialah
melaporkan
merakamkan
menyarankan
mengisytiharkan
Bingit telinga saya mendengar jerit pekik para penonton di stadium itu.
Perkataan seerti bagi Bingit ialah
Kasar
Bising
Lantang
Gempita
Perompak itu telah diberkas oleh polis setelah berlaku kejadian tembak-menembak.
Perkataan seerti bagi diberkas ialah
diikat
dihalau
ditambat
ditangkap
Setelah paras air mulai susut mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing.
Perkataan seerti bagi susut ialah
lisut
surut
kecut
kurang
Peserta kita telah kalah dalam pertandingan bahas pagi tadi.
Perkataan seerti bagi kalah ialah
punah
binasa
tewas
hancur
Sewaktu berjalan ke rumah neneknya, Alimin terlanggar banir pokok durian.
Perkataan seerti bagi terlanggar ialah
terkena
tergesel
terhalang
tersadung
Pihak pengurusan akan menyaring semua pemohon yang akan diambil bekerja.
Perkataan seerti bagi menyaring ialah
menapis
menekan
memeriksa
menyunting
Ibu menghela adik yang malas mandi pagi ke bilik air.
Perkataan seerti bagi menghela ialah
menarik
menolak
membawa
mendorong
Badan ayah berpeluh selepas memotong rumput di halaman rumah.
Perkataan seerti bagi berpeluh ialah
berkeringat
berpercikan
bermandian
berbasahan
Semua peserta perkhemahan yang ingkar akan arahan akan dikenakan hukuman.
Perkataan seerti bagi ingkar ialah
cuai
salah
patuh
mungkir
Rasa seronok juga sekali-sekala menjengah ke rumah ibu di kampung.
Perkataan seerti bagi menjengah ialah
melihat
melawat
menjenguk
berkunjung
