Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIRAH (PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peperangan pertama yang berlaku dalam Islam selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah?

a)

Perang Khandak

b)

Perang Uhud

c)

Perang Badar

d)

Perang Hudaibiyyah

2.

Berikut adalah tarikh peperangan Badar bberlaku.

a)

7 Ramadhan tahun 2 hijrah

b)

7 Ramadhan tahun 1 hijrah

c)

17 Ramadhan tahun 2 hijrah

d)

17 Ramadhan tahun 1 hijrah

3.

Di manakah peperangan Badar berlaku?

a)

Di Makkah

b)

Di Madinah

c)

Di Lembah Uhud

d)

Di Lembah Badar

4.

Berikut adalah tujuan peperangan Badar kecuali

a)

Untuk menyekat pedagang Musyrikin

b)

Untuk mempertahankan hak umat Islam

c)

Untuk membunuh sesuka hati

5.

Jumlah tentera musyrikin dalam peperangan Badar ialah

a)

1000 orang

b)

10,000 orang

c)

313 orang

d)

3130 orang

6.

Abu Jahal merupakan

a)

kawan Rasulullah s.a.w

b)

bapa saudara Rasulullah s.a.w

c)

panglima perang kaum musyrikin

d)

tentera biasa musyrikin

7.

Pilih penyataan yang betul

a)

Tentera Islam yang mati syahid adalah 313 orang

b)

Tentera musyrikin yang berjaya ditawan ialah seramai 70 orang

c)

Tawanan musyrikin telah dibunuh semuanya

d)

Tentera musyrikin yang mati ialah seramai 70 orang

8.

Mengapakah perang Uhud dinamakan dengan Uhud?

a)

Kerana ia terjadi di bukit Uhud

b)

Kerana ia dinamakan oleh orang ramai

c)

Kerana Uhud adalah nama yang unik

d)

Kerana peperangan tidak terjadi

9.

Peperangan Uhud berlaku pada Bulan Syawwal Tahun ke 3 Hijrah.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Mengapakah jumlah tentera Islam berkurangan dari jumlah asal?

a)

Kerana ramai tentera yang sakit

b)

Kerana sebahagian tentera rasa takut

c)

Kerana golongan munafiq tarik diri

d)

Kerana ada tentera yang tercedera

11.

Menurut kefahaman anda, apakah itu kaum munafiq?

a)

Orang yang setia

b)

Orang yang berpura-pura beriman

c)

Orang yang sombong

d)

Orang yang cedera dalam peperangan

12.

Berikut adalah jumlah tentera musyrikin dalam perang Uhud

a)

1,000 orang

b)

700 orang

c)

10,000 orang

d)

3,000 orang

13.

Khalid al Walid merupakan panglima atau ketua tentera musyrikin dalam perang Uhud.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Mengapakah tentera musyrikin menyertai peperangan Uhud?

a)

Untuk melatih pasukan tentera

b)

Untuk membalas dendam atas kekalahan lalu

c)

Untuk menguasai lembah Uhud

d)

Untuk meningkatkan stamina

15.

Pilih penyataan yang betul

a)

Jumlah tentera Islam yang mati syahid lebih ramai dari tentera musyrikin yang mati.

b)

Jumlah tentera Islam yang mati syahid lebih sedikit dari tentera musyrikin yang mati.

c)

Jumlah tentera musyrikin yang mati ialah 33 orang

16.

Apakah punca kekalahan umat Islam dalam perang Uhud?

a)

Sebahagian tentera Islam tidak cukup kuat

b)

Sebahagian tentera Islam tidak patuh pada arahan

c)

Sebahagian tentera Islam tidak bersedia

d)

Sebahagian tentera Islam ketakutan

17.

Siapakah ketua pasukan pemanah?

a)

Abdullah Bin Jubair

b)

Abdullah Bin Zubair

c)

Khalid Bin Al Walid

d)

Hamzah Bin Abdul Muttalib

18.

Apakah arahan Rasulullah s.a.w kepada pasukan pemanah?

a)

Jangan balik ke Madinah

b)

Terus menyerang

c)

Kekal di atas bukit

d)

Tinjau musuh di Makkah

19.

Siapakah panglima musyrikin yang telah berjaya menguasai bukit pemanah?

a)

Abdullah Bin Zubair

b)

Khalid Bin Al Walid

c)

Abu Jahal

d)

Abu Sufian

20.

Siapakah bapa saudara Rasulullah s.a.w yang telah mati syahid dalam perang Uhud?

a)

Abu Lahab

b)

Abu Talib

c)

Abbas Bin Abdul Muttalib

d)

Hamzah Bin Abdul Muttalib

21.

Apakah gelaran untuk Hamzah Bin Abdul Muttalib?

a)

Harimau Allah

b)

Kuda perang Allah

c)

Singa Allah

d)

Hamba Allah

22.

Siapakah yang telah mengarahkan Wahsyi Bin Harab untuk membunuh Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib r.a?

a)

Hindun Binti Utbah

b)

Abu Jahal

c)

Abu Lahab

d)

Abu Sufian

23.

Apakah nama lain bagi Perang Ahzab?

a)

Perang Gali

b)

Perang Uhud

c)

Perang Khandak

d)

Perang Badar

24.

Perang Ahzab berlaku pada 15 Syawwal Tahun ke 7 Hijrah

a)

Betul

b)

Salah

25.

Pilih penyataan yang betul.

a)

Panglima tentera musyrikin ialah Abu Jahal

b)

Jumlah tentera musyrikin amat sedikit berbanding tentera Islam

c)

Hanya kaum musyrikin sahaja yang terlibat dalam peperangan Ahzab

d)

Kaum Yahudi turut berpakat dengan musyrikin untuk memerangi umat Islam

26.

Apakah tujuan di sebalik peperangan Ahzab?

a)

Untuk merampas kota Madinah

b)

Untuk membunuh Rasulullah s.a.w sahaja

c)

Untuk menghapuskan umat Islam habis-habisan.

d)

Untuk menangkap Rasulullah s.a.w hidup-hidup

27.

Siapakah yang telah mencadangkan strategi menggali parit?

a)

Khalid Al Walid

b)

Abdullah Bin Jubair

c)

Salman al Farisi

d)

Bani Nadhir

28.

Mengapakah perang Ahzab dinamakan juga dengan perang Khandak?

a)

kerana strategi membina kubu

b)

kerana strategi menggali parit

c)

kerana nama itu lebih unik

d)

kerana ia dipilih oleh umat Islam

29.

Pilih dua pengajaran di sebalik peperangan Uhud

a)

Kita hendaklah ikutkan hawa nafsu

b)

Kita hendaklah patuh pada arahan pemimpin

c)

Kita hendaklah setia kepada pemimpin

d)

Kita tidak boleh turun dari tempat tinggi

30.

Apakah akibat memerangi Islam dan Rasulullah s.a.w?

a)

Disanjung tinggi oleh masyarakat

b)

Dimurkai Allah dan ditimpa azab

c)

Disenangi orang ramai

d)

Mendapat kejayaan di dunia dan akhirat