wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kawad kaki TKRS Musleh

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN sikap yang betul bagi seorang jurulatih semasa mengajar kawad?

a)

Berdiri dengan cara yang betul

b)

Demonstrasi yang ditunjukkan hendaklah sentiasa kemas dan mantap

c)

Pakaian yang dipakai semasa mengajar tidak perlu kemas

d)

Pergerakan kepala, tangan dan badan hendaklah pada kadar minimum

2.

Setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelatih sebaiknya.......

a)

didenda oleh jurulatih dengan hukuman yang setimpal

b)

diperbetulkan dan dilatih secara berulang - ulang

c)

dikeluarkan pelatih tersebut untuk diberi rehat

d)

ditukarkan pelatih tersebut dengan pelatih yang lain

3.

Berdasarkan maksud ayat 4 surah as saff "Sesungguhnya Allah swt menyukai mereka yang berjuang di jalan Allah dalam keadaan ........... seperti satu binaan yang kukuh". Perkataan yang sesuai untuk tempat kosong adalah

a)

tersusun

b)

keras

c)

bersebelahan

d)

bersiap

4.

Dalam kedudukan ini, anggota hanya dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.


_____________________________

Berdasarkan pernyataan di atas, kedudukan yang dimaksudkan ialah ...........

a)

Senang diri

b)

Rehatkan diri

c)

Buka barisan

d)

Ke kanan lurus

5.

Dalam pergerakan kawad statik, perbuatan mengangkat kaki mestilah tidak melebihi ....... darjah

a)

35

b)

70

c)

45

d)

90

6.

Semua kedudukan di bawah adalah dibenarkan semasa melakukan kedudukan PARAS kecuali...

a)

Anggota tinggi di sebelah kanan, anggota rendah di sebelah kiri.

b)

Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kiri.

c)

Anggota tinggi di belakang, anggota rendah di hadapan.

d)

Anggota rendah di tengah - tengah.

7.

Berapakah bilangan langkah yang betul semasa melakukan cepat jalan dalam tempoh satu minit?

a)

120 - 128 langkah

b)

125 - 135 langkah

c)

115 - 125 langkah

d)

120 - 132 langkah

8.

Hukuman HENTI diberikan semasa cepat jalan ialah apabila

a)

Kaki kanan melalui kaki kiri

b)

Kaki kiri melalui kaki kanan

c)

Kaki kiri jejak ke tanah

d)

Kaki kanan jejak ke tanah

9.

"Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90 darjah dengan rusuk. Manakala hujung lengan, pergelangan tangan dan jari - jari hendaklah dalam keadaan lurus".


Pernyataan di atas adalah sebahagian penerangan mengenai ...........

a)

Tatacara hormat

b)

Perbuatan ke kanan lurus

c)

Perbuatan berpusing ke belakang

d)

Tatacara luruskan barisan

10.

"Check - hormat - 2 - 3 - potong - lengang"


Kiraan masa ini adalah merujuk kepada perbuatan ..........

a)

Hormat selalu terima sijil semasa cepat jalan

b)

Hormat ke hadapan semasa cepat jalan

c)

Hormat ke kanan semasa perlahan jalan

d)

Hormat ke kiri semasa cepat jalan

11.

Pilih satu hadith atau maksud hadith yang berkaitan dengan mukmin yang kuat dan mukmin yang lemah.

a)

Mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah

b)

Mukmin yang kuat adalah saudara bagi mukmin yang lemah

c)

المؤمن القوي من الإيمان

d)

المؤمن القوي أحسن عملا

12.

Apakah yang patut dilakukan oleh anggota berpangkat rendah apabila berjumpa atau berhadapan dengan seorang pegawai dalam bangunan (bilik, pejabat dan seumpamanya)

a)

Cuba bertanya jika dia memerlukan bantuan

b)

Memberi senyuman

c)

Memandang tepat ke matanya

d)

Memberi hormat