wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Bahan Buangan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

Bahan yang tidak digunakan dan disimpan

b)

Bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan

c)

Bahan yang dikeluarkan daripada rumah

d)

Bahan yang sudah rosak

2.

Bahan buangan ini terdiri daripada bahan sintetik, pembungkus makanan, botol dan bekas minuman


bahan buangan tersebut ialah...

a)

Kertas

b)

Kaca

c)

Sisa makanan

d)

Plastik

3.

Amin telah membuang dan menimbuskan kereta mainannya di dalam tanah di belakang rumahnya. 15 tahun kemudian sewaktu dia mengorek tanah di belakang rumahnya, dia terjumpa semula kereta mainan yang pernah dibuang olehnya dahulu dan masih dalam keadaan elok.


Mengapa kereta mainan tersebut masih elok lagi?

a)

Kerana tidak dirosakkan oleh adiknya

b)

kerana tidak terbiodegradasi oleh mikroorgnanisma

c)

kerana telah terbiodegradasi oleh mikroorganisma

d)

kerana kereta mainan itu kuat

4.

Kaca, plastik, logam dan sisa toksik merupakan bahan buangan

a)

Terbiodegradasikan

b)

Boleh diurai

c)

Boleh dimampatkan

d)

Tidak terbiodegradasikan

5.

Antara berikut, yang manakah bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan?

a)

Tulang ayam

b)

Botol plastik

c)

Kulit buah

d)

Daun kering

6.

Manakah tempat yang betul untuk membuang barang yang sudah tidak dipakai?

a)
b)
c)
7.

Jumlah pesakit demam denggi semakin meningkat sepanjang bulan Julai hingga Ogos.

Antara yang berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan perkara ini?

a)

Sisa makanan dibuang dan dilonggokkan di tepi jalan

b)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

c)

Banyak tin kosong dan bekas makanan yang dibuang di merata-rata tempat

d)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

8.

Sisa makanan dibuang di dalam tong ......

a)
b)
c)
d)
9.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

Bahan yang boleh diguna semula dan dikitar semula

b)

Bahan yang boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas oleh mikroorganisma

10.

Ramalkan apa yang akan berlaku jika semua bahan buangan tidak boleh mereput.

a)

Makanan untuk haiwan akan bertambah

b)

Haiwan mempunyai habitat baharu

c)

Tanah menjadi lebih subur

d)

Bumi akan menjadi tempat timbunan sampah dan tidak bersih

11.

Berikut merupakan tiga jenis bahan buangan


K- Botol plastik

L- Tin susu

M- Majalah lama


Apakah cara yang betul untuk melupuskan bahan-bahan buangan ini?

a)

Menjual

b)

Membakar

c)

Mengitar semula

d)

Menanam di dalam sungai

12.

Apakah kesan pembuangan bahan buangan tidak terbiodegradasikan secara tidak berhemah?

a)

Penyakit kulit

b)

Boleh menyuburkan tanaman

c)

Menjadi sumber ekonomi

d)

Mengakibatkan banjir kilat

13.

Antara berikut, yang manakah cara yang betul untuk melupuskan bahan buangan seperti di dalam gambar?

a)

Membuang ke dalam sungai yang jauh dari penduduk

b)

Membuang ke lubang tanah yang dikorek

c)

Membakar di dalam kebuk wasap

d)

Memasukkan ke dalam bekas khas

14.

Berikut ialah langkah-langkah menguruskan bahan buangan domestik oleh pihak berkuasa tempatan. Apakah langkah Q yang tidak dinyatakan


P Bahan buangan dikutip dan di hantar ke pusat pengumpulan sampah


Q


R Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar di dalam insinerator bersuhu tinggi


S Bahan buangan yang boleh dikitar semula dipadatkan dan dihantar ke kilang pemprosesan kitar semula

a)

Bahan buangan diisi di dalam bekas khas

b)

Bahan buangan diasingkan mengikut jenis yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula

c)

Bahan buangan dimasukkan kedalam tong sampah yang disediakan

d)

Bahan buangan dijadikan baja kompos

15.

Rajah menunjukkan cara yang betul untuk melupus sejenis bahan buangan. Apakah yang akan berlaku jika bahan buangan tersebut dilupus dengan cara yang tidak betul?

a)

Mengakibatkan penyakit berjangkit kepada manusia

b)

Menjadi tempat pembiakan haiwan perosak

c)

Memudaratkan haiwan dan tumbuhan akuatik

d)

Mengakibatkan banjir kilat di kawasan berhampiran

16.

Berikut merupakan kesan jika sampah tidak dilupuskan di kawasan perumahan.


I - Udara menjadi segar

II - Bakteria akan membiak

III - Udara berbau busuk

IV - TIkus dan lipas bertambah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

17.

Apakah maksud 3R?

( Tandakan jawapan yang betul )

a)

Guna semula

b)

Kurangkan penggunaan

c)

Beli semula

d)

Kitar semula

18.

Ronaldo menggunakan kasut bolanya yang telah rosak sebagai pasu bunga,

Apakah amalan 3R yang diamalkan oleh Ronaldo?

a)

Recycle (Kitar semula)

b)

Reduce (Kurangkan penggunaan)

c)

Rebuy (Beli semula)

d)

Reuse (Guna semula)

19.

Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula akan dibakar di dalam....

a)

Generator

b)

Insinerator

c)

Oven

d)

Relau

20.

Baja yang boleh dihasilkan daripada pereputan sisa makanan dikenali sebagai

a)

Baja kimia

b)

Baja kompas

c)

Baja kompos

d)

Baja asli