WorksheetsBAHASA MELAYU UPSR KATA KERJA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Hafiz_____________ rumput di belakang rumahnya.
menetak
menyelam
menebas
menyiram
Syafiqah dan keluarganya selalu _____________ pada waktu pagi.
tidur
bersenam
belajar
bertepuk
Borang ini hendaklah dihantar _____________ setem satu ringgit Malaysia.
beredar
berehat
berterima kasih
berserta
Adib _____________ 6A dalam UPSR.
memperoleh
menyertai
menduduki
mengalami
Puan Sri Banum bekerja mengambil upah _____________ baju.
membaca
menyediakan
membilas
menjahit
Ketua pasukan bola sepak ____ piala yang dimenangi pada Pertandingan Bola Sepak Malaysia.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Adik_______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi
membonceng
menunggang
mengayuh
menaiki
Noraini ____ halaman buku teks itu dengan cermat.
menyelak
menampal
membalut
mengalas
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
menyalai
menjerang
menanak
memanggang
Aishah ______tepung itu untuk dibuat roti canai.
menguli
mengisar
mencanai
melenyek
Beg yang berat itu tidak ____________ olehnya.
bergalas
menggalas
tergalas
digalas
Menjelang senja, banyak burung __________ di dahan pokok jejawi.
bertenggek
bertenggong
duduk
berlunjur
Pelancong dari Amerika begitu teruja melihat ketelitian para nelayan ___________ jala di jeti Pulau Pangkor.
menganyam
menjahit
menenuh
membubul
Pak Cik Amiril __________ air dari sebatang anak sungai lalu menyiram sayur di kebunnya.
menceduk
menimba
mengaut
memuat
Ibu _________ ikan yang baru disiang itu dengan asam untuk membuang bau hanyir.
melamar
menguli
melumur
meramas
Syafiq ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Filzah __________kerana ketakutan.
menggeliat
menggeletar
menggelupur
menggelepar
Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
dihalang
dibuang
dihalau
ditindas
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Berisu akan ______pameran lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
melahirkan
Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi
Ular sawa itu __________ seekor kambing.
melulur
meneguk
mengunyah
menghisap
Rosela sedang _________ air di dapur.
menjerang
mengukus
memasak
menanak
Afiq _____________ buku cerita yang dipinjamnya kepada Aliff.
memberikan
menyerahkan
memulangkan
menghulurkan
Lidahnya melecur kerana __________ air yang masih panas itu.
terhisap
tertelan
tersedut
terhirup
Banduan itu terpaksa _________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
menetap
menginap
meringkuk
menumpang
Mulut adik ___________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
tertutup
tersengih
terlopong
terkatup
Beberapa ekor burung kenari __________________ di atas sebatang dahan.
duduk
bertenggek
bertinggung
berbual
Jack dan Susan _____________ beg untuk pergi ke sekolah.
memegang
menggalas
mengandar
membawa
Setiap hari Ahad, Kamil belajar __________ dengan kakaknya.
melukis
menconteng
mencatat
menggaris
Azfar ________ tangan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh gurunya.
menghulur
memberi
menaikkan
mengangkat
Beberapa ekor kambing peliharaan pak mail __________ rumput di tepi swah.
meregut
meragut
mengugut
menggigit
Rozaini ___________________ tangan adiknya ketika melintas jalan yang sibuk itu.
menghela
menonton
menarik
memimpin
Juliana _______ ke kiri apabila dia disapa oleh budak itu.
melangut
mendongak
menunduk
menoleh
Farisyah _________ sejumlah wang tunai di tepi longkang.
bertemu
menemui
menemukan
ketemui
Hakim _______ pesalah itu hukuman penjara seumur hidup.
jatuh
terjatuh
menjatuhkan
menjatuhi
Kolek yang diletakkan di tepi sungai itu ______ menggunakan seutas tali.
diikat
dibelit
dililit
ditambat
Datuk sering ________ barangan tembaganya sehingga berkilat.
mengelap
menggilap
mengesat
menyapu
Suhaimi _______ burung di dahan itu menggunakan batu.
menembak
melastik
membedil
menangkap
Air mata nenek ____________ apabila mendengar berita sedih itu.
berhamburan
bercucuran
bertakungan
berterusan
