NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa 1
Total questions: 32
Worksheet time: 16mins
Perlawanan bola sepak yang sedang __________ itu dijangka tamat pada pukul lima petang.
berlangsung
berjalan
dimainkan
berlaku
Cikgu Zarina akan_________ sebuah buku kepada murid yang mendapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Melayu.
menjual
menghadiahkan
menyediakan
menunjukkan
Kakak_______ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
mencuci
membersihkan
menyiang
memotong
Anisah bekerja sebagai_______di syarikat permodelan terkenal itu.
pramugari
pramusaji
pramugara
peragawati
Setelah lama_____hutan belukar itu, akhirnya mereka tiba di kawasan yang dituju.
meraduk
meneroka
meredah
melalui
Tindak-tanduknya yang_____itu telah menyebabkan ramai orang telah tertipu.
pantas
bahaya
licik
naif
Ibu______sup ayam selama beberapa jam sebelum dihidangkan di atas
meja.
merebus
menanak
mereneh
mengukus
Demonstrasi jalanan itu benar-benar telah______imej negara dalam kalangan pelancong asing yang mengunjungi kawasan tersebut.
mengotorkan
mencemarkan
meranapkan
mengalahkan
Semua pelajar digalakkan___________laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke universiti.
menonton
memasuki
melayari
menerokai
Lukisan-lukisan yang cantik di galeri itu telah musnah______api dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.
dijulang
dimakan
hangus
dijilat
Dari masa ke masa, pihak polis meronda di kawasan perumahan itu kerana______menjadi tempat persembunyian penculik.
disangsi
diyakini
disyaki
disasarkan
Kakak telah menerima hadiah sebuah komputer riba daripada ayah kerana berjaya memperoleh keputusan yang______dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
tinggi
memuaskan
cemerlang
cantik
Anak Raja Gondang yang_______di Istana Kayangan itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu yang cantik jelita.
tinggal
bersemayam
beradu
bertitah
Pakaian basah yang______atas ampaian itu jatuh bertaburan kerana ditiup angin petang.
di
terletak
tersadai
tersidai
Pengguna tidak perlu melakukan pembelian______apabila sesetengah barangan kekurangan dalam pasaran kerana tindakan itu akan mendorong para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan.
cemas
kalut
segera
panik
Kakitangan awam yang hidup mewah berbanding dengan pendapatan mereka sudah tentu______terlibat dalam aktiviti mempergunakan kedudukan dan jawatan mereka demi kepentingan sendiri.
dikhuatiri
disyaki
ditangkap
diberkas
Golongan yang cuba menafikan kepentingan bahasa kebangsaan masih belum dapat______kenyataan bahawa negara sudah lama bebas daripada belenggu penjajahan.
meyakini
menyambut
mencari
menerima
Restoran Anis dan Alisya menyediakan pelbagai______yang menyelerakan demi memuaskan hati para pelanggan mereka.
resipi
citarasa
menu
tips
Ketagihan melayari Internet dalam kalangan remaja mampu memberikan ancaman dan meningkatkan risiko kesihatan mental, walaupun belum ada______rasmi mengenai hal ini.
dialisis
pengumuman
ujikaji
diagnosis
Pemain-pemain badminton negara perlu menjalani ujian______bagi memilih pemain-pemain terbaik yang akan mewakili negara dalam kejohanan Piala Thomas
pelepasan
saingan
saringan
sengit
Para pengguna diseru oleh kerajaan agar berbelanja secara______menjelang musim perayaan untuk mengelakkan diri daripada masalah kewangan.
teratur
berhemah
berhemat
berdisiplin
Dalam______alu-aluan yang disampaikan oleh pengacara majlis, beliau merakamkan penghargaan atas kehadiran para tetamu dalam majlis tersebut.
kata
pidato
ucapan
ceramah
Firma yang dilantik oleh syarikat insurans masih belum membuat______tentang jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh mangsa kebakaran itu.
tafsiran
tolak campur
kerja
taksiran
"Demi negara tercinta, saya sanggup______segala-galanya," kata Siti Afiat kepada kawan-kawannya.
melalui
menghalang
berjuang
berkorban
Di kampung itu, Haji Fawaz merupakan______yang sering menghulurkan wang untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.
sukarelawan
karyawan
sasterawan
dermawan
______akhlak remaja semakin berleluasa kerana pengaruh budaya Barat yang banyak didedahkan melalui media elektronik.
Kejatuhan
Kemelesetan
Keruntuhan
Kemenjadian
Ramai anak muda yang______dalam masalah sosial pada era globalisasi.
terjatuh
menyertai
terikut-ikut
terjerumus
Masalah tekanan perasaan yang dialami dalam kalangan kanak-kanak boleh menjejaskan______fikiran mereka.
kecergasan
kecerdasan
intelektual
genius
Habis semua khemah yang disimpan di dalam stor stadium mini itu______oleh tikus yang berkeliaran di situ.
digigit
dimakan
ditarik
dikerit
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila beberapa buah rumah dimasuki air selepas banjir______melanda kawasan rendah di ibu kota.
segera
laju
kilat
besar
Ahli keluarga perlu memberi______kepada remaja yang bermasalah agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang boleh menggelapkan masa depan.
prihatin
perhatian
larangan
ganjaran
Kerajaan menandatangani perjanjian perdagangan dengan negara-negara______seperti Singapura dan Thailand demi meningkatkan ekonomi negara.
terdekat
serantau
sebelah
berkaitan
