Font size
WorksheetsSEJARAH TING3 7.1 MATLAMAT&BENTUK PENENTANGAN
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Penentangan masyarakat tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke Tanah Melayu.
Mengapakah penentangan tersebut berlaku?
Mendapatkan kemerdekaan negara
Menjamin perpaduan pelbagai kaum
Membuktikan taat setia kepada sultan
Mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
Pilih 3 bentuk penentangan oleh masyarakat tempatan.
Penentangan bersenjata
Menggunakan tipu helah
Menggunakan perundangan
Mencabar perjanjian
Mendesak sultan dan pembesar
Siapakah yang membantu Dato' Bahaman dalam gerakan penentangan British di Pahang pada tahun 1891?
Mat Kilau
Tok Gajah
Dato' Kelana
Penghulu Remai
Apakah matlamat perjuangan masyarakat tempatan terhadap British?
Mengembalikan sistem pentadbiran tradisional
Menentang perbezaan warna kulit dan bangsa
Menuntut adat resam orang Melayu dipelihara
Mengabaikan kebajikan penduduk tempatan
British telah berjaya menakluki pusat pentadbiran di Naning.
Dimanakah pusat pentadbiran tersebut?
Jasin
Taboh
Rembau
Alor Gajah
Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan penentangan pemimpin tempatan berikut.
Penghulu Dol Said - Naning
Dato' Maharaja Lela - Pahang
Rentap - Perak
Mat Salleh - Sabah
Maklumat berikut berkaitan dengan penentangan Rentap di Sarawak.
Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang
pada tahun 1853.
Apakah kesan penentangan tersebut?
James Brooke menyerah kalah
Rentap dilantik sebagai penghulu
Pegawai James Brooke terkorban
British mengembalikan hak pembesar
Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.
Apakah gelaran yang diberi kepada beliau?
Raja Sungai
Raja Dihilir
Raja Darat
Raja Ulu
Bagaimanakah strategi Sharif Masahor untuk menggulingkan Dinasti Brooke?
Mewujudkan tipu helah
Mewujudkan manipulasi
Mengadakan pakatan sulit
Menandatangani perjanjian
Apakah tindakan Dinasti Brooke terhadap kedua-dua tokoh berikut?
- Sharif Masahor
- Datu Patinggi Abdul Gapur
Dipenjarakan
Dibuang negeri
Dihukum gantung
Dilucutkan jawatan
Pada tahun 1898, Cowie telah mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal, Sabah.
Apakah kepentingan perjanjian tersebut terhadap Mat Salleh?
Beliau diberi hak memungut cukai
Beliau dilantik menjadi ketua Datu
Beliau diberi elaun tahunan dan pencen
Beliau dibenarkan mentadbir Tambunan
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Mat Sator terhadap British di Sabah.
-Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama, Tambunan
Apakah tujuan Mat Sator membina kubu tersebut?
Mengugut menentang SBUB
Melambatkan serangan British
Menjatuhkan British dari arah Barat
Merancang menyerang Pulau Gaya
Mengapakah Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah tokoh berikut?
- R.C.Woods, peguam dari Pulau Pinang
Menubuhkan Jabatan Kehakiman
Membatalkan hak pemungut cukai
Memansuhkan Perjanjian Pangkor
Menggubal undang-undang negeri
Terdapat pelbagai bentuk penentangan masyarakat tempatan terhadap British.
Siapakah tokoh yang menggunakan perundangan untuk menentang British?
Mat Salleh
Tok Janggut
Dato' Bahaman
Haji Abdul Rahman Limbong
Apakah tindakan Haji Abdul Rahman Limbong untuk mewakili penduduk Ulu Telemong menentang British?
Bertindak sebagai peguam
Menghantar surat bantahan
Mengadakan pakatan rahsia
Berkumpul mengadakan mogok
Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di Naning. Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?
Pembinaan balai polis
Mencabuli perjanjian damai
Arahan membayar cukai hasil
Pengenalan peraturan tanah
Pada tahun 1831, dalam Perang Naning Pertama, Dol said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British.
Apakah faktor kejayaan Dol Said?
Permuafakatan pembesar
Bantuan tentera Melaka
Risikan berkesan
Senjata moden
Pada tahun 1876, Yamtuan Antah telah berunding dengan Gabenor Negeri-negeri Selat, Willian jervois untuk berdamai.
Apakah kesan perundingan tersebut ke atas kedudukan Yamtuan Antah?
Diberi gaji tetap
Diberi kuasa memungut cukai
Dikembalikan semula kuasanya oleh Dato' Kelana
Diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
Mengapakah Dato' Bahaman menentang British di Pahang?
Pembinaan balai polis
Pencabulan perjanjian
Pengenalan perdagangan bebas
Pelaksanaan pendidikan sekular
Siapakah tokoh yang menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan telah membunuh Allan Lee?
Asun
Rentap
Banting
Sharif Masahor
Apakah tindakan James Brooke yang menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?
Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran Brooke
Membawa masuk kaum imigran
Membersihkan kawasan petempatan
Membina pusat pentadbiran
Mengapakah Tok Janggut, seorang tokoh pejuang tempatan menentang British di Kelantan?
Pemecatan pembesar
Pengenalan cukai tanah
Pengambilan buruh paksa
Penangkapan pengikut setia
Mengapakah siri perjuangan Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara (SBUB) di Sabah berakhir di Tambunan?
SBUB memberi pampasan
Menawarkan jawatan pentadbiran
Mat Salleh terkorban dalam pertempuran
Mat Salleh dijatuhi hukuman buang negeri
Jadual berikut berkaitan dengan kekejaman yang dilakukan penjajah British terhadap pejuang kedaulatan tanah air
- Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor-Dijatuhi hukuman bunuh
- Sultan Abdullah, Raja Ismail-Dibuang negeri
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada kekejaman tersebut?
Berbangga terhadap keupayaan sendiri
Menghargai warisan budaya bangsa
Bersama menegakkan undang-undang
Berwaspada terhadap anasir luar
Charles Brooke gagal menawan kubu Rentap di Bukit Sadok pada tahun 1857 dan tahun 1858. Apakah keistimewaan kubu tersebut?
Dilindungi binatang buas
Dibina di kawasan yang tinggi
Dipagari dengan kayu berlian
Dikelilingi sungai
