wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Sumber Manusia (Bab 1 Ting. 5)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

c)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

d)

Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

2.

"Lewat datang kerja sebanyak dua kali tanpa kebenaran penyelia". Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

a)

Dipecat kerja

b)

Amaran bertulis

c)

Ditahan kenaikan gaji

d)

Tiada kenaikan pangkat

3.

Organisasi manakah sesuai untuk mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

a)

Kilang perabot

b)

Universiti swasta

c)

Pengeluar kereta

d)

Kilang penapis minyak

4.

Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

a)

Kos operasi tinggi

b)

Mempunyai banyak cawangan

c)

Bilangan pekerja yang ramai

d)

Menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

5.

Syarikat Faraha akan memberikan pakej percutian kepada pekerja yang mencapai target jualan pada bulan Januari 2021. Apakah peranan pengurusan sumber manusia tersebut.

a)

Prestasi pasukan

b)

Latihan peningkatan kemahiran

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Pemberian insentif yang munasabah

6.

Antara berikut, yang manakah merupakan aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan?

a)

Pemberhentian pekerja

b)

Struktur organisasi

c)

Pengalaman

d)

Gaji

7.

Apakah fungsi struktur organisasi dalam sesebuah perniagaan?

a)

Penjelasan tanggungjawab seseorang pekerja

b)

Pemberian insentif kepada seseorang pekerja

c)

Penawaran kontrak kepada seseorang pekerja

d)

Penilaian ganjaran kepada seseorang pekerja

8.

Apakah struktur organisasi yang sesuai untuk syarikat yang mempunyai jumlah kakitangan yang ramai di bu pejabat dan memerlukan penyelarasan di setiap cawangannya?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan matriks

c)

Struktur organisasi berdasarkan wilayah

d)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

9.

Mengapakah ganjaran sangat penting kepada seseorang pekerja?

a)

Melatih pekerja secara individu

b)

Membangunkan prestasi pasukan

c)

Meningkatkan motivasi pekerja

d)

Melindungi pekerja daripada risiko

10.

Bagaimanakah sesebuah organisasi perniagaan boleh menarik pekerja baharu untuk berkhidmat di syarikatnya?

a)

Persekitaran kerja yang kondusif

b)

Sistem pengangkutan yang cekap

c)

Sistem penggajian yang kompetitif

d)

Penggunaan teknologi maklumat dalam syarikat