NEW
Font size
WorksheetsBAHASA ISTANA (SR)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali
beliau - baginda
abang - kekanda
adik - adinda
kakak - kakanda
Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali
saya ( rakyat) - patik
saya (raja) - beta
kamu (rakyat) - tuan hamba
kamu (raja) - baginda
Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
mandi - bersiram
makan - santap
rumah - kediaman
pergi - berangkat
Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
marah - durjana
pergi - berangkat
sudi berkunjung - mencemar duli
setuju - berkenan
Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
mandi - siram
tidur - beradu
setuju - titah
makan - santap
Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali
meninggal - mangkat
kubur - pusara
marah - murka
bersetuju - berkenan
Puteri Sofia biasanya akan ................. pada pukul 10.00 malam.
gering
mangkat
beradu
bersiram
Sultan Abdullah akan .................. untuk solat Jumaat di Masjid Negara esok.
bertitah
menuju
bergerak
berangkat
Permaisuri berkenan menyediakan juadah ................. baginda sultan.
peraduan
santapan
makanan
hidangan
"......... telah mendapat perintah daripada ............untuk memperketat kawalan di sempadan kota, " kata Temenggong kepada Syahbandar.
Hamba..... tuanku
Hamba....tuan hamba
Hamba....baginda
Hamba.....beta
"Adakah ........... berhajat untuk mengikuti ..........ke Gunung Ledang ?, " tanya Laksamana kepada Bendahara.
tuan hamba........hamba
tuanku.....patik
hamba .......tuan hamba
patik .......hamba
"............. menitahkan Laksamana membunuh lanun yang membuat kacau di Kampung Raja Parit , " kata Bendahara kepada Laksamana Hang Tuah di anjung rumahnya.
Baginda
Tuanku
Patik
Beliau
"............tuanku sembah......... harap diampun, " kata Hang Nadim di hadapan Sultan Mizan Alaudin Riayat Shah di Balai Seri Istana.
Ampun......patik
Patik..... ampun
Ampun...... sultan
Ampun........beta
"Sultan Muhammad dalam keadaan................ " kata Bendahara Tun Perak kepada pembesar istana.
gering
sakit
mangkat
sihat
" Marilah .............. temankan tuan puteri ke taman," kata inang.
beta
patik
hamba
baginda
