WorksheetsPenggunaan Kata dan Istilah
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Kakinya __________ke dalam lubang perangkap itu lalu berdarah
terjelepok
terperosok
terjunam
tersungkur
Pekerja itu sedang ___________barang perhiasan sehingga berkilat
menggilap
menggosok
mengelap
menyapu
Tetamu yang hadir____________air mawar kepada mempelai yang duduk di pelamin.
menyimbah
menyembur
menyiram
merenjis
Emak ______________sebuah bakul ke pasar pagi tadi.
menatang
menjunjung
menjinjing
mengelek
Adik Aiman ____________sup kambing itu perlahan-lahan
menghirup
menghisap
menghidu
mencium
Polis sudah__________gerak-geri pengedar dadah itu selama seminggu.
melihat
meneliti
memerhati
mengintai
Ibu meminta Aminah____________air untuk membancuh kopi.
memasak
menjerang
mengukus
menanak
Penjual daging itu______________daging ayam sehingga lumat
memotong
menghiris
mengerat
mencencang
Bangunan -bangunan tinggi _____________semasa berlakunya gempa bumi di Sumatera, Indonesia.
bergerak
bergegar
bergoyang
berkocak
Anjing-anjing liar ___________________di kawasan pembuangan sampah sarap.
bertempiaran
berkejaran
berlarian
berkeliaran
Ibu yang mengandung suka memakai baju yang ___________
besar
luas
longgar
lebar
Dia suka melihat matahari____________pada setiap pagi.
terbit
keluar
muncul
timbul
Walaupun tandas sudah dibersihkan oleh pekerja itu, namun masih berbau _____________
hamis
hangus
hanyir
haring
Sebanyak lima orang ________________dalam kebakaran di taman perumahan itu
rentung
hangus
hangit
busuk
Datuk ___________tebu itu pendek-pendek
memotong
mengerat
menghiris
memangkas
Ibu Asraf sedang _________________buku laporan kemajuan adik Asraf
melihat
meneliti
menonton
mengintai
Ular sawa dapat ________________mangsanya walaupun sebesar seekor kambing dewasa.
menelan
melulur
memakan
mematuk
Emak masih dapat _____________kain songket dengan begitu halus sekali.
menenun
menganyam
menyulam
memintal
Tikus telah _______________________baju yang baru saya beli semalam.
memagut
menggigit
mengunyah
menggerit
Jangan guna cawan yang sudah _____________
retak
pecah
hancur
belah
Benang pada baju Siti sudah ______________
retak
putus
patah
retas
Buah yang belum masak perlu ____________
diperap
diperam
disimpan
dibalut
Perbuatan Ali yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah telah _____________keluarganya
mengabadikan
mengabdikan
mengaibkan
mengabaikan
Dia cuba ___________lubang pada dinding
menumbuk
menembok
menembuk
menambak
Anak lembu tiu sedang___________rumput di padang
memakan
menggigit
mengunyah
meragut
Sebilah kapak digunakan untuk ____________kayu itu
memotong
membelah
memangkas
mencantas
Keropok itu sudah _______________dan tidak sedap dimakan
lembik
lembut
lemau
empuk
Pekerja-pekerja di restoran itu sedang _______________tepung untuk membuat kuih.
mengisar
melumatkan
menguli
menumbuk
Dia tidak dapat bernyanyi kerana suaranya______________
sumbing
sambung
sumbang
samping
Dia tidak dapat membuat ______________yang tepat kerana kurang memahami isi kandugan teks itu.
taksiran
takrifan
tarifan
tafsiran
