wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Darjah 3

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

“ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,” kata Hanis dan Siti.

a)

Saya

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Mereka

2.

Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.

a)

Dia

b)

Engkau

c)

Awak

d)

Saya

3.
Pengawas itu menaikkan ____________ ketika murid-murid menyanyi lagu kebangsaan.
a)
Jalur Gemilang
b)
Jalur Cemerlang
c)
Jalur Harapan
d)
Jalur Wawasan
4.
________ ditugaskan merawat pesakit di hospital.
a)
Inspektor Shafiei
b)
Doktor Shafik
c)
Cikgu Sakinah
d)
Datuk Murad
5.
Farah dan Puspa berjalan kaki. _______ hendak pergi ke perpustakaan desa.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Mereka
d)
Dia
6.
Jasmin muntah-muntah setelah termakan nasi lemak ______.
a)
basi
b)
gelojoh
c)
tajam
d)
garang
7.
Faridah ________ baju di jemuran kerana cuaca agak cerah.
a)
membasuh
b)
menyimpan
c)
mengangkat
d)
menyidai
8.
Puan Halimah menggubah bunga ________ mendengar radio.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
9.
Yuna membuka buku latihan ______ menulis sebuah karangan.
a)
atau
b)
dan
c)
sambil
d)
lalu
10.
"Tolong sampaikan surat ini ______ ayah kamu," kata Encik Rusdi kepada Arif.
a)
pada
b)
dari
c)
kepada
d)
daripada
11.
Gasing yang dijual oleh lelaki itu diperbuat ______ kayu.
a)
dari
b)
oleh
c)
akan
d)
daripada
12.
Kejohanan sukan di sekolah itu akan diadakan _______ hari Sabtu.
a)
pada
b)
dari
c)
hingga
d)
daripada
13.
"Bilakah bas itu akan bertolak _________ Sungai Petani?" tanya Amir.
a)
hingga
b)
ke
c)
pada
d)
daripada
14.
_________ tidak digalakkan makan banyak gula-gula.
a)
Anai-Anai
b)
Rama-rama
c)
Kanak-kanak
d)
Baju-Baju
15.
Tangga rumah itu telah reput dimakan _________.
a)
anai-anai
b)
rama-rama
c)
kanak-kanak
d)
baju-baju
16.

Anak-anak Encik Saiful bijak belaka. ________________ juga berbudi bahasa.

a)

Engkau

b)

Mereka

c)

Kamu

d)

Dia

17.

Cikgu Rahmah ialah guru besar. ____________ sangat tegas.

a)

Beliau

b)

Awak

c)

Dia

d)

Ia

18.

"_____________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin," kata Suraya dan Aleeya.

a)

Mereka

b)

Kamu

c)

Kami

d)

Saya

19.

Kakak melayari Internet ______________ mendapatkan maklumat tentang berita semasa.

a)

untuk

b)

sambil

c)

kerana

d)

kemudian

20.

"________________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!" keluh si Monyet.

a)

Aduhai

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis