WorksheetsKATA PERINTAH
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
"_____ pastikan nama kamu dituliskan pada kertas jawapan “ kata pengawas peperiksaan kepada calon-calon.
Jemput
Jangan
Tolong
Usah
“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu."
Jangan
Tolong
Minta
Usah
____ buangkan tulang ikan ke dalam tong sampah.
Harap
Jemput
Usah
Tolong
_____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
Jemput
Tolong
Jangan
Minta
______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini
Sila
Tolong
Usah
Harap
“ _____kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar lagi,” kata pengacara majlis.
Harap
Usah
Jangan
Tolong
______tuangkan saya segelas jus oren.
Harap
Jemput
Sila
Tolong
_____lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
Sila
Usah
Minta
Jangan
______ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
Jangan
Minta
Jemput
Usah
______ berebut-rebut semasa menaiki bas.
Tolong
Sila
Jemput
Jangan
