wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN SEBENAR UPSR KATA GANDA 2011-2019 SK &SJK

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

SOALAN SEBENAR SJK 2012

'' Jangan _______________ adik yang hendek tidur, " kata ibu kepada Ah Chun.

a)

merayu-rayu

b)

mengada-ada

c)

meronta-ronta

d)

mengagah-agah

2.

SOALAN SEBENAR SJK 2014

Encik Adam terpaksa ________________ tempat kerja baharunya walaupun jauh.

a)

simpang-siur

b)

pindah-randah

c)

ulang-alik

d)

lalu-lalang

3.

SOALAN SEBENAR SJK 2018

Melalui kamera litar tertutup, kita dapat memantau _____________ individu yang memasuki kawasan rumah.

a)

mundar-mandir

b)

susup-sasap

c)

bolak-balik

d)

gerak-geri

4.

SOALAN SEBENAR SJK 2019

Mata Julia pedih semasa membantu ibu menghiris _________.

a)

bebawang

b)

lelabu

c)

bebola

d)

kekacang

5.

SOALAN SEBENAR SK 2012

Adik_______________ apabila dimarahi ole ibu kerana mandi di sungai yang dalam itu.

a)

terkebil-kebil

b)

ternganga-nganga

c)

tercunggap-cunggap

d)

tersipu-sipu

6.

SOALAN SEBENAR SK 2013

Penduduk Taman Cempeka Sari __________________ dan bermuafakat untuk menyelesaikan masalah mereka.

a)

bahu-membahu

b)

kuala-menguasai

c)

sambut-menyambut

d)

lindung-melindungi

7.

SOALAN SEBENAR SK 2015

Suasana di Stadium Bukit Jalil menjadi ______________ sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol.

a)

keluh-kesah

b)

hingar-bingar

c)

mundar-mandir

d)

segar-bugar

8.

SOALAN SEBENAR SK 2015

Ariana ________________ untuk membuat keputusan sama ada hendak mengikuti rombongan ke Melaka atau tidak.

a)

teragak-agak

b)

ternanti-nanti

c)

tertanya-tanya

d)

tercanggang-cenggang

9.

SOALAN SEBENAR SK 2016

Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ______________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.

a)

riuh-rendah

b)

simpang-siur

c)

kelam-kabut

d)

bengkang-bengkok

10.

SOALAN SEBENAR SK 2017

Struktur dan tiang bangunan itu diperkuat dengan ____________ besi agar bangunan itu kukuh.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

kekisi

d)

tetulang

11.

SOALAN SEBENAR SK 2018

Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang _______________ dipukul ombak.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

12.

SOALAN SEBENAR SK 2019

Amirul asyik memerhatikan cahaya ___________ yang berterbangan berhampiran khemahnya pada waktu malam.

a)

rama-rama

b)

kupu-kupu

c)

riang-riang

d)

kunang-kunang