wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 Unit 10 Gerhana

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah menyebabkan gerhana Bulan berlaku?

a)

Bulan menghalang cahaya matahari

b)

Bulan memantulkan cahaya matahari

c)

Bulan berputar pada paksinya

d)

Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi

2.

Antara berikut yang manakah akan berlaku apabila seluruh Bulan berada dalam kawasan bayang-bayang Bumi yang gelap?

a)

Gerhana Bulan penuh

b)

Gerhana Bulan separa

c)

Gerhana Matahari penuh

d)

Gerhana Matahari separa

3.

Pada fasa bulan manakah gerhana bulan akan berlaku?

a)

Anak bulan

b)

Bulan sabit

c)

Bulan purnama

d)

Bulan hampir purnama

4.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai gerhana Matahari?

a)

Kekal selama beberapa jam

b)

Berlaku pada waktu malam

c)

Bulan berada di antara Matahari dan Bumi

d)

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

5.

Apakah yang berlaku di Bumi semasa gerhana Matahari penuh?

a)

Berlaku ribut kencang

b)

Suhu sekeliling meningkat

c)

Keadaan menjadi gelap seketika

d)

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

6.

Asni ingin melihat gerhana matahari. Dia menggunakan negatif filem untuk membina sebuah model kamera projektor. Apakah tujuan Asni menggunakan negatif filem untuk membina model kamera tersebut?

a)

Untuk melihat Bulan

b)

Untuk mengambil gambar matahari

c)

Untuk mengelakkan kerosakan pada mata

d)

Untuk melihat gerhana matahari dengan jelas

7.

Berapakah tempoh bagi gerhana matahari berlaku?

a)

Beberapa hari

b)

Beberapa jam

c)

Beberapa minit

d)

Beberapa saat

8.

Antara yang berikut, yang manakah kesan fenomena Gerhana Matahari kepada Bumi?

a)

Haiwan-haiwan bertempiaran

b)

Suhu di Bumi di kawasan gerhana turun sedikit

c)

Berlaku ribut di Bumi

d)

Kawasan sekeliling bertambah cerah

9.

Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus. Ini merujuk kepada fenomena

a)

Gerhana Matahari

b)

Gerhana Bulan

c)

Gerhana Bumi

d)

Gerhana Bintang

10.

Antara yang berikut, yang manakah sebab berlakunya kejadian Gerhana Matahari dan Bulan?

a)

Bumi berputar pada paksinya

b)

Bulan memantulkan cahaya matahari

c)

Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari dan Bulan mengelilingi Bumi

d)

Bumi mengelilingi Bulan dan Matahari